Monday, June 11, 2012

syair orang yang bertaubat


Syair Dr.Abdullah Aidh al-Qarni(seorang ulama dan pakar motivasi dari timur tengah)


Orang yang bertaubat adalah orang yang luluh hatinya,
Keluar airmatanya dengan deras
Dan hidup perasaannya

Orang yang bertaubat adalah orang yang jujur dalam ungkapannnya,
Tenang perasaannya,
Tergetar hatinya
Dan lembut nuraninya

Orang yang bertaubat terhindar dari sikap ujub,
Jauh dari kesombongan
Dan tidak suka mengaku-ngaku

Orang yang bertaubat mengetahui makna putus dan tersambung,
Pertemuan dan perpisahan
Sambutan dan sikap berpaling

Orang yang bertaubat mengambil pelajaran pada setiap kejadian
Jika ada burung merpati berbunyi dia menangis
Jika ada burung pipit bernyanyi dia meratap
Jika kilat memancar cahaya dia gementar

Orang yang bertaubat menemui manisnya ketaatan
Menemui keindahan dalam ibadah
Menemui makanan dalam iman
Dan menemui kelazatan dalam menghadap kepada Allah

Orang yang bertaubat  menulis kisah daripada air mata
Menyusun bait dari keluhan
Dan menyusun percakapan daripada tangisan

Orang yang bertaubat bagaikan ibu yang merampas anaknya dari tangan musuh
Bagaikan orang tenggelam dalam laut dan selamat dari ombak samapai ke pantai
Bagaikan orang yang mandul diberi anak,
Bagaikan orang yang akan dihukum mati lalau dimaafkan

Orang yang bertaubat adalah orang yang membebaskan lehernya dari belenggu hawa nafsu
Membebaskan rohnya daripada jerat kejahatan
Mengeluarkan dirinya daripada karat kesalahan

Orang yang bertaubat bagaikan burung yang luka tidak akan menipu
Bagaikan gerhana bulan tidak akan bercakap
Bagaikan bintang yang bertebaran di langit tidak akan berteriak

No comments:

Post a Comment