Carilah Sahabat Kerna Ilahi Agar Engkau Tidak Rugi


Sahabat. Dalam memilih sahabat anda harus bijak, pilihlah sahabat yang selalu mengingatkan anda kepada Allah. Mahu atau tidak mahu, sahabat yang kita pilih itu pasti akan mempengaruhi cara hidup kita. Ada orang asalnya seorang yang baik, sopan dan pandai menghormati tetapi apabila sudah terbiasa bergaul dengan sahabat – sahabat yang yang kasar, yang kurang ajar dan selalu menuturkan perkataan yang tidak baik, dia juga berubah seperti sahabatnya yang teruk itu. Ada juga orang yang pada asalnya tidak baik, selalu tak solat, terlampau sosial tetapi bila selalu berdampingan dengan sahabat – sahabat yang baik dia berubah, dia yang dulunya tak baik semakin baik, dulunya tak solat semakin rajin solat berjemaah di masjid dan dia yang dulunya terlampau sosial kini sudah mula memahami syariat yang telah ditetapkan. Alhamdulillah.
Nak pilih kawan yang bagaimana? haa Imam Ghazali ada bagi panduan kepada kita.
  • Pilihlah kawan yang berakal. Jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
  • Pilihlah kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang dengan nafsu jahatnya itu.
  • Pilihlah kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang Fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
  • Pilihlah kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
  • Pilihlah kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Tetapi ada juga jenis manusia yang sangat allergic untuk berkawan dengan orang yang baik – baik. Pelik bin ajaib kan? ^^.
“ishh taknaklah kawan sangat dengan dia, baik sangat ! asik kena tegur je, ini tak betul, itu tak betul, rimaslah!”
Kata-kata di atas suatu realiti bukan?ok. Bayangkan, ketika anda berjalan-jalan bersama kawan anda dan anda terpijak najis, berdekah-dekah kawan anda mentertawakan anda dan mereka hanya membiarkan anda memijak najis itu. anda pasti rasa itulah kawan yang paling teruk anda pernah anda. namun, pasti lain situasinya ketika anda berjalan bersama-sama dengan rakan anda, anda hampir terpijak najis, namun cepat-cepat kawan anda menegur anda ada najis disitu, anda pun cepat-cepat mengelaknya dan bersyukur tidak terpijak najis itu dan bersyukur juga ada kawan yang begitu prihatin kepada anda.
Bayangkan juga saat anda tersesat jalan, jalan yang kamu pilih adalah jalan yang salah. Lalu, sahabat yang baik inilah yang memimpin tangan anda, memandu anda ke jalan yang betul. Jika kamu bersahabat dengan sahabat yang tidak baik pastilah mereka akan biarkan anda terus tersesat dan terus tersesat dan lebih malang jika mereka menggelakkan sahaja anda.
Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita amat bertuah jika masih ada yang mahu menegur kita, membimbing kita, dan membawa kita ke jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah redhai. dalam situasi di atas, sahabat yang menegur kita dan yang membimbing kita itulah yang dapat menolong kita daripada tergelumang dengan najis-najis dosa serta terus hanyut dalam kelalaian kepada dunia. Beruntungnya kita mempunyai sahabat yang sentiasa memandui kita menjalani liku-liku dunia yang mana begitu banyak benda yang indah di mata nafsu tetapi begitu jelik di mata iman.
Cuba bayangkan, kita dikerumuni kawan-kawan yang langsung tidak pernah membawa kita mengingati Allah, yang hanya tahu berhibur, bergelak ketawa dan mengajak kita kepada perkara-perkara yang membawa kemungkaran Allah. Iman kita pasti lambat laun akan goyah dan punah. Akhirnya, di akhirat nanti menyesal sudah tiada guna lagi lantaran keegoan kita yang tidak mahu tunduk pada kebaikan yang sering diserukan kepada kita. lebih malang lagi, apabila ajakan – ajakan ke arah kebaikan dan ke arah keredhaan Allah kita selalu entengkan malah lebih teruk jika kita mengata pula yang mengajak kita ke arah kebaikan itu. dikata ini, dikata itu. Umpamanya, kita mengata orang yang cuba memberitahu kita supaya mengelak daripada terpijak najis. tidakkah kita seorang yang sangat teruk jika berpelakuan seperti itu?

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata.. “nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.”.
Iya, nikmat sahabat yang soleh memang tidak ternilai, melihat gerak gerinya, mendengar tutur katanya, semuanya mengingatkan kita kepada Allah. SubhanAllah.
Dalam bersahabat juga, kita perlu ambil masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia biasa. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. kawan yang sentiasa membimbingnya dan menyedarkannya bahawa segala kekuatan itu datangnya dari Allah yang Maha Kuat dan segala apa yang kita ada juga datangnya dari Allah.
Semoga kita dapat mendidik diri agar tidak bosan menghulurkan tangan. Bukalah ruang rahmat dihati kita, sambutlah tangan mereka dengan penuh kasih sayang. Tiada kesempurnaan dalam diri manusia, bersabarlah menghadapi sahabat yang pelbagai. Semoga kita tergolong dalam golongan sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. bersahabat hingga Syurga ! insyaAllah. Sahabat kerana Ilahi, bertemu ingat Ilahi, berpisah juga masih ingat pada Ilahi. Indahnya.
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
 http://www.ilmi-islam.com/

Comments

  1. Assalamualaikum... sy nak sgt berkenalan dgn anda..sy dah try search kat fb.. tp x jmpe.. rase kecewa sgt :( x tw knp.. mgkn Allah yg gerakkn hati sy utk knl dgn anda.. sbb sy trjmpe dan bace blog anda waktu sy sedih.. dan post2 anda yg sy bace adalah penawar dan jwpn kpd sy waktu tuu.. utk pgethuan sy dh lame tggu anda post..sbb nak sgt berkenalan dgn anda.. tp post anda yg terkini 3 days ago.. hmm :( semoga Allah temukan sy dgn anda 1 hari nnti..InsyaAllah.. salam perkenalan ~

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga..terharu baca komen ukhti..sy balik kg 3hri y lps jd xupdate blog..rse nye org y sme kn y add di fb jd nnt kita sembang di sana ye..=)

    ReplyDelete
  3. ass, mksih y ats brbgi ilmunya,,

    ad peringatan agama, kelak d hari kemudian, smua persahabatan putus. kecuali yg di jalin oleh ketaqwaan, sekian banyak nanti d akhirat yg akan brucap" aduhai, seandainya dlu wakt ddunia aq mngangkat si A mnjd shbt, dan tdk mngangkat si B..,(alfurqan:27-29),smg qt brshabat,.....

    ReplyDelete
  4. SubhanaAllah , masyaAllah terima kasih atas prkngsian ukhti. .sgt bermanfaat. . Btw salam ukhuwah fillah dari ana

    ReplyDelete
  5. SubhanaAllah , masyaAllah terima kasih atas prkngsian ukhti. .sgt bermanfaat. . Btw salam ukhuwah fillah dari ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhwah fillah juga..
      insyaAllah..semoga bermanfaat =)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts