ya dzaljalali wal ikram


Ya Allah!Yang Maha Agung dan Maha Pemurah,
matikanlah kami dalam agama Islam,
wahai yang Maha Mengetahui akan rahsia kami,
janganlah Engkau tanggalkan hijab daripada kami,
berikanlah kami 'Afiyah dan maafkanlah kami,
bantulah kami dimana saja kami berada,
wahai Yang Maha Pemurah!berilah kami kurnia-Mu,
kebaikan hanya datang dariMu dan di sisi-Mu,
melebihi apa yang diharapkan hambaMu,
maka berilah bantuan dengan rahmatMu dengan segera,
wahai Allah Yang Maha Esa,
hamba Mu berhajat di pintu kemurahanMu,
menghadap dengan penuh kesal,
serta insaf setelah tersilap,
wahai Pencipta seluruh makhluk!
yang memberi keluasan pada mereka dalam kebaikan,
hamba memohon kepadaMu agar menutup untuk hamba,
atas segala keburukan dan kesilapan,
wahaia Yang Maha melihat kepada rahsia hatiku,
cukuplah bagiku pengetahuanMu atasnya,
maka hapuskanlah dosaku dengan maafMu,
luruskanlah niat dan perbuatanku,
Ya Allah!kepadaMu juga aku bersandar,dengan sungguh-sungguh 
dan puncak tujuanku adalah keredhaanMu selalu,
wahai Allah!sesungguhnya hamba mohon maaf segala dosa,
semoga sangkaanku tidak akan hampa,
wahai Allah Yang Maha Kaya,
hamba mengadu serta menangis,kerana banyaknya dosa diri dan dusta,
jahat perbuatan,kurang amalan,banyak mengumpat,banyak mengata,
Ya Allah!hambaMu berdiri di pintuMu kerana takut akan pedihnya seksaMu,
ia(hambaMu)mengharap akan pahalaMu,
sungguh curahan rahmatMu sangat deras,
hamba mengharap pertolongan dariMu wahai Tuhanku!
untuk mengubat karat kotor hatiku serta hapuskan penderitaanku,
maka pandanglah(wahai Allah) penderitaan ini nescaya terhindar,
wahai Allah!Engkau adalah penolongku,berilah hamba segala yang baik,
jadikalah syurga tempat tinggalku,tetapkanlah iman di akhir hayat,
Ya Allah!Ya Allah!Ya Allah!,
kurniakanlah aku husnul khatimah

(sebahagian lirik dari qasidah ya dzaljalali wal ikram-al-imam abdullah bin alawi alhaddad)

Comments

Popular Posts