::SERUAN,JERITAN DAN PANGGILAN KEPADA MAYAT::

Dalam suatu riwayat disebutkan takala roh berpisah dari tubuh, maka ia dipanggil dari langgit dengan 3 kali jeritan :- 


WAHAI ANAK ADAM ; 
1) Apakah kamu meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan 
kamu ? 


2) Apakah kamu mengumpul dunia, atau dunia mengumpulkamu ? 


3) Apakah kamu mematikan dunia, atau dunia mematikan kamu ? 


Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan : 


WAHAI ANAK ADAM ; 
1) Dimanakah tubuh yang kuat, bukankah sekarang kamu 
menjadi lemah ? 


2) Dimanakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang kamu 
menjadi diam ? 


3) Dimanakah semua kekasihmu, bukankah mereka sekarang 
mengasingkan kamu ? 


Dikala mayat diletakkan ditempat kafan, ia dipanggil tiga kali jeritan : 


WAHAI ANAK ADAM ; 
1) Pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal ! 


2) Keluarlah kamu dari rumahmu dan tidak usah kembali ! 


3) Ingatlah kamu akan mendiami di dalam rumah yang penuh 
kesedihan ! 


Sewaktu mayat diletakkan untuk di solatkan maka ia dipanggil tiga kali teriakan : 


WAHAI ANAK ADAM ; 
1) Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat ! 


2) Jika amal perbuatanmu baik maka kamu akan melihat 
kebaikan ! 


3) Jika amal perbuatanmu buruk kamu akan melihat keburukan ! 


Sewaktu mayat dipikul di atas usungan, ia dipanggil tiga kali jeritan : 


WAHAI ANAK ADAM; 
1) Sangat bhagiakah kamu jika kamu termasuk orang yang 
bertaubat. 


2) Sangat berbahagiakah kamu jika amalanmu baik..


3) Sangat berbahagiakah kamu jika sahabatmu dalam keredaan 
Allah dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang 
yang dimurkai Allah..


Apabila mayat sudah berada ditepi kubur maka ia dipanggil lagi tiga kali teriakan


WAHAI ANAK ADAM; 
1) Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit 
ini ? 


2) Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini ? 


3) Bukankah kamu membaw cahaya penerang ditempat yang 
gelap ini ? 


Dan jika mayat diletakkan pada liang kubur maka ia pun dipanggil dengan tiga kali lagi: 


WAHAI ANAK ADAM ! 
1) Kamu di atas punggungku bersenda gurau tapi kamu dalam 
perutku menjadi sedih..


2) Kamu berada di atas punggungku bergembira ria tapi kamu 
dalam perutku menjadi cemas dan duka..


3) Kamu di atas punggungku dapat berbicara tapi kamu dalam 
perutku menjadi bisu. 


Setelah para manusia pulang meninggalkan kubur lalu Allah berfirman :


 WAHAI HAMBAKU KAMU TETAP TERPENCIL DAN SENDIRIAN, MANUSIA SUDAH PERGI DAN PULANG MENINGGALKAN KAMU DALAM KEGELAPAN. PADAHAL KAMU TELAH BERBUAT MAKSIAT KEPADA KU.. KERANA MANUSIA, KERANA ISTERI DAN KERANA ANAKMU. NAMUN AKU SANGAT KASIHAN KEPADAMU PADA HARI INI DENGAN LIMPAH RAHMAT YANG SANGAT MANUSIA KAGUMI. AKU LEBIH KASIHAN KEPADAMU DARIPADA KASIH IBU KEPADA ANAKNYA." 


Demikianlah keterangan dalam satu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang ditujukan kepada MAYAT sejak rohnya dicabut keluar sehinggalah mayat diusung ke tanah perkuburan. 


Nilailah dengan mata hati,bukan dengan hawa nafsu... 


::petikan buku Alam Kubur::



Comments

Popular Posts