untuk anak-anak muda
Kali ini ingin sekali saya menyentuh hati-hati anak-anak muda sekarang, terutama anak-anak saya sendiri yang berada di alam remaja.
Tiga orang anak lelaki saya yang sedang menikmati alam remajanya. Kadang-kadang tindakannya tidak menyenangkan dan membimbangkan saya. Saya terlalu takut mereka terpengaruh dengan masalah sosial sekarang. Saya ingin sekali mereka menjadi anak-anak yang baik.
Baik berpandukan Islam, bukan setakat baik budi bahasa, pelajaran dan akhlak pada pandangan manusia tetapi lebih dari itu iaitu "baik di sisi Islam dan Allah".
Perkara seperti ini amat membimbangkan saya. Setakat ini banyak perkara yang mereka lakukan yang menyebabkan saya sentiasa dalam kebimbangan dan curiga terhadap anak-anak sendiri.
Tetapi perasaan itu semua bukanlah satu kesalahan buat seorang ibu. Sebagai seorang ibu memanglah perasaan seperti itu mesti ada.
Menjadikan kita sentiasa berhati-hati, sentiasa memerhati dan sentiasa meneliti. Doa dan didikan sentiasa meniti hari-hari yang dilalui, apatah lagi usaha yang tidak henti-henti. Semoga di hujung usaha akan ada kejayaan yang menanti.
Itulah harapan saya bergelar ibu, walaupun usaha yang kita lakukan janganlah terlalu mengharapkan kejayaan di dunia ini. Usaha itu tetap ada ganjarannya di sisi Allah, andai tiddak dapat di dunia ini, pasti hasilnya akak terima di Akhirat nanti. Insya-Allah andai kita ikhlas...
"Usaha mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi"
"Kita Pasti Akan Terus Melakar Perjalanan, Mencanting Duka, Mewarnai Kehidupan, Membasuh Sisa, Berbatiklah Cabarannya.
Teruskanlah Perjuangan, Selagi Jari Boleh Menari, Selagi Hati Tidak Mati, selagi Nafas belum Berhenti, Selagi Jasad belum di Kebumi."
Itulah antara pegangan hidup saya. Semoga saya terus tabah meneruskan perjalanan hidup ini.
Untukmu yang bergelar ANAK MUDA. Lihatlah kegigihan Ulama/ ilmuan silam. Hebatnya mereka mengejar dan menuntut ilmu tanpa memikirkan rintangan yang bakal datang.
Kerana mereka percaya setiap kesusahan yang mereka alami akan dibayar ganjarannya oleh Allah s.w.t berlipat-lipat kali ganda dari kesusahan yang mereka hadapi.
Tetapi anak muda sekarang lebih suka mencari perkara-perkara yang senang dan mudah. Tidak mahu mencabar diri sendiri untuk mencari kebaikan di dunia apatah lagi untuk Akhirat.
Terlalu takut dengan kesusahan/ perkara-perkara yang belum pasti, tetapi amat mudah rasa tercabar kepada perkara-perkara yang tidak elok, seperti akan tercabar bila dikatakan kolot, tak macho dan sebagainya..
Kata mereka bukan anak jantan apabila tidak merokok, apabila tidak mampu menunjukkan kekuatan bila bergaduh dengan kawan-kawan dan banyak lagi di zaman serba cangih ini.
Ya Allah jauhkan perkara-perkara dan perasaan seperti itu daripada menimpa anak-anakku dan anak-anak generasi sekarang dan akan datang... Ameen...
Ingin sekali saya kongsikan apa yang tertulis di dalam buku KUNCI KEJAYAAN MINDA oleh Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni, dari Telaga Biru.
Jadikanlah ia sebagai motivasi diri anda wahai anak muda.
Di bawah inilah antara yang ada di dalam buku ini;
Tokoh-Tokoh Ilmuan Islam
Ahmad bin Hambal
Berjalan sejauh 30 000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta atsar dan mewariskan 40 000 hadis dalam musnad.
Berjalan sejauh 30 000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta atsar dan mewariskan 40 000 hadis dalam musnad.
Jabir Bin Abdullah
Sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari satu hadis.
Sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari satu hadis.
Ibn Musayyid
Pergi ke suatu tempat selama tiga hari untuk mencari jawapan kepada suatu permasalahan.
Pergi ke suatu tempat selama tiga hari untuk mencari jawapan kepada suatu permasalahan.
Imam al-Ghazali
Telah menghafal al-Quran pada usia enam (6) tahun dan menjadi ulama besar yang mengajar ulama seluruh negara pada usia sembilan (9) tahun.
Telah menghafal al-Quran pada usia enam (6) tahun dan menjadi ulama besar yang mengajar ulama seluruh negara pada usia sembilan (9) tahun.
Ibn Sina
Menulis kitabnya dalam satu hari 25 halaman.
Menulis kitabnya dalam satu hari 25 halaman.
Ibn Taimiyyah
Dapat mengarang 30 jilid kitab Majmu' Fatawa di dalam penjara.
Dapat mengarang 30 jilid kitab Majmu' Fatawa di dalam penjara.
Ilmu mereka samapi sekarang dikaji, digunakan dan dibaca sebagai panduan sehinggalah ke hari ini.
Lihatlah contoh anak-anak muda zaman lampau, mereka gigih mencari dan menyebarkan ilmu.. Insya-Allah usaha mereka akan terus mendapat ganjaran pahala sehingga ke hari ini walaupun mereka sudah lama pergi meninggalkan kita di sini.
Banyak lagi kisah-kisah kesusahan yang membawa kejayaan dari ilmuan-ilmuan Islam dahulu. Carilah dan bacalah untuk motivasi diri anda sendiri...
Penulis (Dr. 'Aid Abdullah al-Qarni) buku ini juga kalau tak silap saya, berjaya menulis buku LA TAHZAN (Jangan Bersedih) semasa di dalam penjara.
Bukunya dibaca dan diulas oleh berjuta-juta manusia di dunia ini sekarang. Pahalanya insya-Allah akan terus mengalir padanya semasa dia masih hidup dan sudah pasti buku ini akan terus dibaca walaupun selepas beliau pergi.
Tidak Mahukah Kamu Menjadi Seperti Mereka di Atas Wahai Anak Muda? Walaupun Tidak Sehebat Mereka, Sekurang-Kurangnya Berusahalah Ke Arah Itu.
Semoga Allah sentiasa menganugerahkan TAUFIQ dan HIDAYAH kepada anak-anakku Abdul Shofi, Abdul Muiz, Abdul Haziq, Abdul Sadiq, Siti Aisyah, dan untuk semua anak-anak generasi kita dan akan datang.. ameeenn.. insya-Allah..
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Comments
Post a Comment