cerpen:lafaz yang tersimpan final


“Amir.Apa perancangan kamu?Mahu bekerja terus atau berehat dahulu?”soal abi ketika kami sedang menikmati minum petang selepas seminggu aku pulang ke kampung selepas menamatkan pengajianku.
“Amir ingin mencari kerja terus abi.Amir mahu segera mengumpul duit.Mahu membalas jasa dan budi baik abi dan umi yang selama ini sudah bersusah payah membesarkan Amir sejak kecil sehingga lah sekarang dan……,”kataku terhenti.
“Dan apa Amir?,”soal umi.
Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengumpulkan kekuatan untuk menyatakan hasrat di dalam hatiku.
“Amir mahu abi dan umi meminangkan seseorang untuk Amir.Abi dan umi restukan?,”soal ku.

“Alhamdulillah.Sudah tentu kami merestui.Perkara yang baik perlulah disegerakan.Perkahwinan itu kan satu ibadah. Hadis Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, selain pernikahan. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
 "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik”.Adakah kamu sudah yakin dengan pilihan kamu?Abi tidak melarang bahkan gembira jika dia seorang yang beragama.Itu sudah cukup bagi abi dan umi.Abi juga percaya yang kamu sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dalam membimbing isteri dan anak-anakmu kelak. Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan.Abi percaya kamu seorang lelaki yang mempunyai sifat pelindung itujawab abi sementara umi mengangguk tanda setuju sementara wajahnya ternyata gembira mendengar berita tersebut.

“InsyaAllah,abi umi.Alhamdulillah setelah melakukan istikharah dan menyerahkan segalanya kepada Allah,Amir mendapat keyakinan dan petunjuk yang positif.InsyaAllah agamanya juga Amir redhai.InsyaAllah Amir akan laksanakan tanggungjawab Amir mengikut cara yang telah Allah tetapkan.Al-Quran dan sunnah sentiasa menjadi santapan hati Amir.Akan Amir genggam kemas kedua-duanya dalam mengemudi kehidupan Amir.Hanya restu abi dan umi yang Amir perlukan,”luahku.
“Kami merestuimu anakku.Umi setuju dengan abimu.Amir seorang anak yang bertanggungjawab dan soleh.Umi percaya Amir tahu apa yang perlu dan tidak boleh dilakukan.Umi juga percaya Amir sudah menilai semua baik buruknya sebelum membuat sesuatu keputusan.Bila kamu mahu kami pergi meminangnya?,”soal umi.
“Kalau abi dan umi setuju,kalau boleh Amir mahu segera merisiknya.Bimbang ada yang mendahului jika lambat.Minggu hadapan boleh?Amir mahu mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sementara Amir mengumpulkan duit.Tempoh pertunangannya setahun.InsyaAllah Amir akan cuba menyediakan apa yang termampu untuk kami.Harap abi dan umi restu,”
“Eloklah jika menyegerakannya.Tidak elok berlengah-lengah dalam perkara begini.Bimbang tergoda dengan nafsu dan syaitan.Abi dan umi akan pergi ke rumahnya minggu hadapan,” abi menyatakan persetujuannya.
“Terima kasih abi,umi,”aku segera memeluk mereka.Lega dan tenang hatiku kini.

        Pada minggu hadapannya,aku datang ke Pahang seorang diri terlebih dahulu untuk berjumpa dengan ibu dan ayah Balqis.Jika mereka setuju barulah aku akan meminta abi dan umiku datang untuk merisik dan bertunang.Alhamdulillah.Kedatanganku disambut mesra oleh kedua ibu bapa Balqis.Pada ketika itu Balqis tiada di rumah.Dia di rumah abangnya bagi menghadiri temuduga di ibu kota.Ibu dan bapa Balqis meminta masa untuk mendapatkan jawapan dari Balqis terlebih dahulu.Aku bersetuju.Aku juga meminta kepada ibu bapa Balqis untuk tidak menyatakan yang aku dan Balqis belajar di tempat yang sama.Sengaja aku ingin rahsiakan dahulu.
       
        Selepas 3hari,aku mendapat panggilan daripada ayah Balqis menyatakan persetujuan Balqis.Alangkah bahagianya aku rasakan ketika itu.Segera ku khabarkan kepada abi dan umi.Keesokannya kami beserta beberapa saudara terdekatku membuat rombongan merisik ke rumah Balqis.Adam tidak dapat menyertai memandangkan ibunya tidak begitu sihat.Hanya doa dan ucapan tahniah disertakan tumpang gembira dengan berita tersebut.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Kedua-dua belah pihak bersetuju dengan tempoh pertunangan selama satu tahun dan cincin yang ku pilih istimewa untuk Balqis telah selamat disarungkan ke jari manisnya oleh umiku.Aku juga bersetuju dengan syarat ta’liq yang dikemukan oleh Balqis untuk tidak dimadukan selama dia mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sempurna. Bagi wanita yang tidak sanggup diazab hidup cemburu kerana takut agama mereka rosakpula, Islam meraikan pilihan mereka untuk mengenakan syarat ta’liq ketika akad nikah agar tidak dimadukan. (Rujuk lanjut buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kami Idamkan, karya Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi). Syarat ta’liq ini terpakai oleh jumhur ulama’ sejak zaman sahabat lagi. Itulah yang dicontohkan kepada kita oleh puteri-puteri Rasulullah SAW.
     Aku tidak hadir di majlis tersebut,sekadar menunggu di hotel berdekatan.Aku akan menjaga perhubungan pertunangan kita ini sebaiknya agar tidak dicemari dengan nafsu dan noda.Itu lah nekadku.Bertunang belum bermakna dia sudah pasti menjadi isteriku.Akan ku pastikan segala batas-batas agama ku patuhi.Begitulah cara aku menghormatimu Balqis.InsyaAllah semoga pertunangan kita diberkati Allah.Amin.
         Umi tidak henti-henti memuji Balqis.”Manis orangnya,sopan,peramah dan hormatkan orang tua.Tapi yang paling penting beragama.Sejuk mata dan hati umi melihatnya.Rasa mahu bawak balik rumah terus.Walaupun baru berjumpa umi sudah mengasihinya seperti anak umi sendiri,”antara kata-kata umiku di dalam perjalanan balik.Abi hanya tersenyum dan mengangguk setuju.Alhamdulillah abi dan umi suka dengan pilihanku.Senang hatiku mendengarnya.Tidak salah pilihanku.Allah telah memberikan aku seseorang yang terbaik buat diriku.Syukur Ya Allah.
           
           Dalam tempoh pertunangan kami,aku tidak pernah menghubungi  atau bertemu dengan Balqis.Segala persiapan dibuat oleh umi.Umi yang menghubungi Balqis untuk semua persiapan.Jika ada yang memerlukan pandanganku umi akan bertanya kepadaku terus.Balqis juga nampaknya cukup menjaga batas di antara kami.Tidak pernah sekali dia cuba menghubungiku.Semuanya akan ditanyakan kepada umi.Bukan aku tidak mahu membantu membuat persiapan tetapi aku terlampau sibuk dengan kerjaku.Menguruskan segala persiapan yang perlu untuk kami selepas berkahwin nanti.Aku tidak mahu isteriku merasa susah setelah mengahwiniku.Biar tidak mewah tetapi memadailah cukup keperluan yang wajib.Aku sebagai lelaki menggalas tanggungjawab yang besar dalam memastikan nafkah zahir dan batin isteriku mencukupi.Aku tidak mahu disoal di akhirat nanti jika aku gagal menjalankan tanggungjawab ku.Aku tidak merasa ianya satu beban bahkan merasa gembira jika dapat melaksanakan tanggungjawabku kerana aku tahu itu adalah tanggungjawabku dan juga penjamin dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat dan rumah tangga yang harmoni. Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis :Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah:Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud).

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.
“Aku terima nikahnya Nur Liana Balqis binti Mohd Ariff Mazlan dengan mas kahwin RM40 tunai,”dengan sekali lafaz aku melafazkannya di hadapan kadi.Upacara akad nikah yang dilakukan di masjid bersaksikan semua ahli keluarga,sanak saudara dan orang ramai berjalan dengan lancar.Aku melangkah ke arah Balqis bagi upacara membatalkan air sembahyang.Balqis yang menunduk malu segera menghulurkan tangan menyambut salam dariku lalu mengucup tanganku tanda menghormati selepas aku menyarungkan cincin pernikahan.Sejuk tangannya dan ada sedikit getaran ku rasakan.Ketika aku mengucup dahinya satu perasaan bahagia yang tidak mampu aku gambarkan bagaimana memenuhi seluruh ruangan hatiku.Inilah cinta yang Allah janjikan kepada hambaNya yang taat.Subhanallah,betapa indahnya perasaan ini.

”Ya Allah,inilah amanahku!Akan ku jaga dengan agamamu dan nyawaku,”ucapku.
  Pertama kali aku dapat melihat wajah Balqis sepenuhnya.Subhanallah.Indahnya ciptaanmu Ya Allah.Inilah bidadari hidupku mulai sekarang.Hatiku dipenuhi dengan perasaan kasih sayang dan cinta yang mengebu-gebu buat isteriku.Kulihat wajah Balqis sedikit terkejut tatkala memandang wajahku tetapi tidak lama dia menitiskan air mata lantas ku seka dengan tanganku.
“Balqis tidak gembira menjadi isteri abang?”soal ku sedikit gelisah melihat air matanya.
“Tidak.Balqis sangat gembira kerana tidak menyangka suami Balqis adalah abang.Balqis bersyukur,”jujur dia menyatakan.Barulah ku tahu rupa-rupanya Balqis tidak mengetahui yang orang yang akan dikahwininya adalah aku.Tetapi aku gembira mendengarkan Balqis dapat menerimaku dengan senang hati.
     Kami tidak dapat berbual panjang memandang majlis harus diteruskan.Adam yang menjadi pengapitku kelihatan segak dengan berbaju melayu biru turut ada di hari bahagiaku.Selesai sahaja aku melakukan sujud syukur setelah melafazkan akad nikah tadi segera aku dipeluk olehnya yang tenyata sangat gembira dengan perkahwinanku dengan Balqis.
        Majlis perkahwinan kami hanya diadakan secara sederhana tetapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Tidak menang tangan jugalah aku dan Balqis melayan tetamu yang hadir.

“Assalamualaikum.Tahniah dan selamat pengantin baru Amir.Semoga Allah memberkati perkahwinan kamu berdua.Tak sangka ya rupa-rupanya pengantin lelakinya kamu Amir,”seorang tetamu yang hadir menyapaku.
“Waalaikumussalam.Ya Allah!Kamu ya Azlan?Lamanya tidak berjumpa dengan akhi,”aku segera memeluk Azlan,kawan sekelasku ketika di sekolah menengah dahulu.Tidak menyangka akan bertemunya lagi.
“Jodoh pertemuan di tangan Allah.Kita berjumpa lagi akhirnya.Ana pun cuba menghubungi sahabat-sahabat kita tapi tidak mempunyai nombor akhi.Tapi nampaknya jodoh akhi dengan Liana lagi kuat ya,”Azlan tersenyum seribu makna.
‘Liana?Apa maksud akhi?,”soalku yang merasa hairan mengapa nama Liana muncul lagi setelah sekian lama aku sudah melupakannya.Hati dan cintaku kini hanya untuk Balqis.Ya Allah,peliharalah diriku.Mengapa aku masih merasa perasaan ini sedangkan aku sudah mempunyai seoraang isteri.Amanah dan tanggungjawabku kini.
“Iyalah.Liana.Tak kan lah isteri sendiri pun tak kenal?,”tawa Azlan.
“Maaf.Ana tak faham.Isteri sendiri?Isteri ana Balqis.Bukan Liana.”
“Subhanallah.Jadi akhi tak tahu yang Balqis tu dan Liana adalah orang yang sama??,”Azlan ternyata sangat terkejut.”Ana datang ke majlis ini kerana isteri ana Faidhah yang juga satu kelas dengan kita dahulu yang merupakan kawan baik Liana dijemput oleh isteri akhi untuk datang.”
“Subhanallah!Ana betul-betul tidak tahu.Ya Allah,betapa besarnya kekuasaanMu!,”aku juga turut terkejut mendengar berita itu.Ya Allah,aku tidak tahu bagaimana mahu mengucapkan betapa bersyukurnya aku kepadaMu.Subhanallah!subhanallah!subhanallah!Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha mengasihi.Lafaz yang tersimpan di dalam hatiku sejak dahulu telah engkau kurniakan kepadaku peluang untuk mengeluarkannya.Engkau telah kurniakan aku orang yang aku cintai di dalam diam sebagai ganjaran kepadaku kerana menjaga agamaMu.Subhanallah,betapa besarnya kekuasaanMu.Aku sendiri tidak menyangka Balqis itu adalah Liana.Indah sungguh perancanganMu Ya Allah.Terima kasih ya Allah.Alhamdulillah,syukur kehadratMu Ya Allah!

       Azlan hanya tersenyum melihatku.Aku segera memohon meminta diri untuk pergi kepada isteriku Balqis a.k.a Liana.Nur Liana Balqis.Sungguh aku memang tidak pernah tahu nama penuh baik Liana mahupun Balqis sehinggalah semasa akad nikah tadi tapi tidak menjangkakan semua ini.Sebaik sahaja aku mendekati Liana aku terus menggemgam erat tangannya.Dia ternyata terkejut dengan perlakuanku itu tetapi kembali senyum menyenangkan hatiku.
“Abang ada sesuatu mahu dikatakan pada sayang,”bisikku setelah tiada orang berada berdekatan dengan kami.
“Apa dia abang?,”Liana memandangku.
“Abang cintakan isteri abang,Liana,Nur Liana Balqis,”luahku dengan sepenuh perasaan cinta dan kasih sambil tepat memandang matanya.Liana tertunduk malu mendengarnya tetapi tidak lama mengangkat wajahnya dengan wajah yang hairan.
“Liana?abang panggil Liana kan tadi?,”soalnya sedikit terkejut.
“Ya.Liana.Liana yang pernah abang cintakan dalam diam semasa terlihat dirinya di 1 Ibnu Hazim,SMKA TAHAP 12 tahun yang lepas.Allah datangkan semula sayang dalam hidup abang sebagai Balqis dan sebagai bidadari hidup abang sekarang,”jelasku sambil tersenyum bahagia.
“Subhanallah!sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.Sesungguhnya sayang juga mencintai abang dalam diam sejak terlihat abang di satu program ketika di universiti 3tahun yang lepas.Sayang juga tidak tahu yang tunang sayang adalah abang.Sayang menerima abang setelah mendapat keyakinan dan petunjuk darpada Allah selepas melakukan istikharah.Subhanallah.Allah sangat menyayangi kita!Allah telah memakbulkan lafaz kita yang tersimpan demi menjaga agamaNya dengan perancangan yang begitu indah,”Liana yang kelihatan begitu takjub turut merasa kebahagiaan yang aku rasakan.Ya Allah,inilah bukti kebesaranMu.Kami bersyukur Ya Allah.

p/s:diharapkan semua pembaca berpuas hati dengan cerita ini.kalau ada silap dan salah dalam penulisan saya harap dibetulkan.segala komen amat saya hargai.kalau anda semua perasan cerita ini banyak saya ceritakan di pihak watak utama lelaki kn?sebabnya saya mempunyai perancangan untuk membuat cerita seterusnya dari pihak watak utama perempuannya pula.InsyaAllah.tapi tidak tahu lagi bila baru akan memulakan penulisan tersebut.jazakumullahu khairan untuk masa para pembaca.=)

Comments

  1. aww~ so sweeet! ana suka lah ending cerita ni ukhti! kalau ada buat cerpen lagi bagitau ana ye? =')

    ReplyDelete
  2. baik..insyaAllah..berbesar hati untuk bagi ukhti membaca..^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts