Cerpen:Lafaz Yang Tersimpan
Keriuhan
suara para pelajar tingkatan satu di hari pertama melangkah kaki ke alam
sekolah menengah jelas menunjukkan kegembiraan dan tak terkecuali juga
kebimbangan akan kehidupan yang akan mereka lalui sepanjang belajar di
sini.Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang(SMKA
TAHAP),sekolah menengah agama berasrama penuh yang terletak di
Jerantut,Pahang.Dalam kesibukan para pelajar bergerak ke kelas masing-masing
aku juga mengarahkan kaki menuju ke arah kelas ku,1 Ibnu Hazim.
Sewaktu aku melangkah masuk ke dalam
kelas itu kelihatan hampir semua tempat telah diisi.Aku mengatur langkah menuju
ke arah meja yang masih kosong di hadapan kelas kerana sudah menjadi adat di
sekolah agama pelajar lelaki wajib duduk di bahagian hadapan manakala pelajar
perempuan di bahagian belakang.
“Assalamualaikum,boleh
sy duduk di sini?”,tegur seseorang kepadaku bertanyakan tempat kosong di
sebelahku.
Aku
tersenyum,”silakan.tempat ini masih kosong.Saya Amir Asyraf.Panggil saja Amir.”
“Terima
kasih Amir.Panggil saja saya Adam,Adam Aiman.Nampaknya nama kita berdua
sama-sama double A ye.Macam kembar pula.”Kami tertawa bersama-sama sambil
berkenalan.
Kelihatan
kelibat pelajar-pelajar perempuan bertudung labuh dan menutup aurat memasuki
kelas.
“Ahh,indahnya
ciptaan Allah,wanita-wanita yang sopan menjaga aurat dan kesopanan demi
mencapai redhaNya.Pasti permandangan seperti ini tidak akan dapat ku temui di
sekolah biasa.Tiba-tiba mataku terleka memandang seorang pelajar perempuan yang
berwajah manis tapi kelihatan seperti takut-takut.Hatiku terusik seketika tapi
segera ku larikan pandanganku kerana bimbang ada yang memerhati.
Sesi berkenalan telah pun
selesai.Liana.Itulah nama pelajar perempuan yang ku perhatikan tadi.Namanya
semanis tuannya.Aihh.Apa yang aku sedang fikirkan ni.Aku datang sini untuk
belajar,bukan untuk bercinta.Wake up Amir!
Hari
demi hari berlalu.Walau aku cuba untuk membuat tidak tahu tapi hati ku seakan
tidak mahu menuruti fikiran ku.Liana.Gadis pendiam yang duduk di bahagian
belakang kelas.Tidak pernah ku lihat dia tersenyum mahupun mendengar suara
keluar daripada bibirnya.Dia seakan-akan berada di dalam dunianya sendiri.Aku
teringin hendak menegurnya tetapi apa yang akan orang katakan.Sebagai pelajar
sekolah agama kami mempunyai batasan dalam pergaulan antara pelajar lelaki dan
perempuan.Lagi pula aku juga sebenarnya sangat pemalu dengan makhluk Allah yang
bernama wanita.Lalu ku pendamkan saja niatku.
“Assalamualaikum
ustazah,”ucap Akmal selaku ketua kelas.Kelas malam yang diadakan di makmal
memberi suasana yang berbeza bagi kami.
Ketika Akmal sedang
membacakan doa sebelum memulakan kelas,aku terasa seperti pelik dan lain pula
bacaan doanya,tiba-tiba semua pelajar di dalam kelas ketawa.Rupa-rupanya Akmal
telah tersalah membacakan doa untuk tidur.Bahana kelas malam mungkin.Aku turut
tersenyum memikirkan gelagat manusia yang pelbagai ragam.Tiba-tiba mataku
tertangkap satu wajah yang sedang ketawa.Cukup indah dipandangan mataku.
Liana.Pertama kali aku
melihatnya ketawa.Aku terpaku memandangnya.
“Eh
Amir!Kau tengok siapa tu?,”tegur Adam.
“Ha,Adam.Terkejut
ana.Aa,ana tak tengok sesiapa pun,”dalihku.
“Jangan
tipulah.Kamu lihat Liana ye?haa,”
“Eh
mana ada.memandai sajalah kamu ni Adam.Dah jom kita belajar,”aku segera
memandang ke hadapan kelas cuba menyembunyikan kegugupanku.
Aku
mengelamun sendirian.Ahh.Perasaan apakah ini Ya Allah.Tiba-tiba aku teringat
pesan umi ku supaya menjaga hatiku.Jangan biarkan nafsu menguasai diri.capailah
cita-citamu terlebih dahulu.Jangan sia-siakan masamu dengan pekara yang
sia-sia.Astaghfirullahhalazim.Aku telah terleka.Aku harus mengutamakan
pelajaranku terlebih dahulu.Lalu aku kembali fokus memandang papan hitam di
hadapan.
Sudah
tiga bulan aku bergelar seorang pelajar di sekolah ini.Aku cuba menyibukkan
diriku dengan urusan pelajaran disamping menimba ilmu akhirat.Banyak yang telah
aku pelajari.Aku bersyukur kerana menjadi pelajar sekolah agama kerana akau
percaya jika di luar aku tidak akan didedahkan dengan ilmu agama seperti ini.
Soal
Liana pula aku hanya pendamkan sahaja kerana aku sedar perasaan ini boleh
melalaikan ku daripada mengingati Allah.Nauzubillah.Jauhkan aku daripada godaan
syaitan dan nafsu Ya Allah.
Tapi
pada suatu hati ketenangan hatiku terusik.Liana tidak hadir ke kelas pada hari
ini.Kenapa?Sakitkah dia?Ahh.Aku tidak seharusnya memikirkan mengenai
dia.Tiba-tiba guru kelas ku masuk ke dalam kelas dan memberitahu bahawa Liana
telah berpindah ke sekolah lain.Aku tergamam.satu berita yang tidak aku
jangkakan.Aku tidak mampu menafikan adanya rasa sedih bertandang di dalam
hatiku mendengar berita itu.
Sepanjang
hari itu aku tidak mampu untuk memberi perhatian pada pengajaran guru di
hadapan.
“Kau
kenapa Amir?Ana tengok kamu macam tidak fokus pada pengajaran je hari ni,tak
sihat ke?,”tanya Adam prihatin.
“Ana
sihat je Adam.Mungkin penat sikit kot,”selindungku.
“Atau
ana sebenarnya sedih sebab Liana sudah berpindah?,”serkap Adam.
“Eh
tak adalah Adam.Kamu ni suka betul mengenakan ana ye.Ana debik baru
tau,”gurauku.
“Eh
jangan-jangan.Ana bergurau sajalah Amir.Tapi tak betul ke?Ana rasa kamu macam
ada hati je dengan dia.”
“Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan
penipuan,kekecewaan,dan tak kekal.Tapi carilah cinta Allah,tiada
penipuan,tidakkan pernah mengecewakan,itulah cinta abadi,cinta yang diredhai.Ana rasa kita patut ke surau sekarang.Dah
lambat ni,”terangku sambil tersenyum.
“Haha,baiklah
Ustaz Amir.Jom kita ke surau.”
Malam
itu aku bertahajjud kepada Allah.Aku meminta kekuatan daripada Allah untuk
menjaga hatiku.Aku memanjatkan doa kepada Yang Maha Kuasa "Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku
tidak terjatuh dalam jurang cinta semua. Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah
hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu. Ya Rabbal Izzat, jika aku
rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya
Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan
syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya
Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau
halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.”
Selepas menyerahkan seluruh jiwa dan raga pada
Allah akhirnya hatiku kembali tenang.Sebagai seorang pelajar yang belajar
mengenai agama aku lebih mengetahui apa yang patut aku lakukan dan apa yang
tidak patut aku lakukan tapi benarlah sesungguhnya manusia itu makhluk yang
lemah.Aku juga seorang insan yang lemah tapi aku tidak akan biarkan kelemahan
ini menguasaiku.Aku harus bangkit memperjuangkan agama Allah.Itu nekadku.Sebaris
ayat daripada senior ku bermain-main di fikiranku “selesaikanlah urusan cintamu
pada Allah,maka Allah akan selesaikan urusan cintamu di dunia”.Aku yakin dengan
janji Allah lalu ku tanamkan azam dalam diriku untuk mencari cinta yang hakiki.
Hari-hari yang berlalu
seterusnya ku lalui dengan istiqamah dan lebih tenang.Ilmu-ilmu yang ku
pelajari ku gigit kemas sebagai pemandu hidup.Ajaran Islam menjadi haluan
hidupku.Al-Quran dan sunnah menjadi sumber utamaku.Tidak dinafikan dengan
perwatakan dan paras rupaku aku mempunyai tarikan ku yang tersendiri sehingga
ada wanita-wanita yang cuba mengenaliku tetapi tidak ku endahkan.Bukan kerana
rasa diriku hebat tetapi takutkan azab dari Allah. "Cinta itu tidak
berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah
antara cinta dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu nasihat saya buat
mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang maka jadikanlah cinta
anda itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila
mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu akan mendapat kebaikan
daripada keimanannya!" [Emran
bin Ahmad].
Tahun demi tahun
berlalu,hatiku masih belum terbuka untuk mana-mana wanita.Aku semakin khusyuk
dalam menyemai cinta pada Allah S.W.T.
Kini aku sedang
menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi di dalam jurusan ilmu
wahyu.Aku bergiat aktif dalam sebuah kelab yang menegakkan agama Islam di
tengah-tengah arus kemodenan dan kesibukan para pelajar di situ.Adam,kawan
baikku sejak dari sekolah menengah turut sama melanjutkan pelajaran di universiti
dan jurusan yang sama denganku.Kami digelar kembar oleh rakan-rakan universiti
kerana asyik bersama ke mana-mana dan pastinya kerana ‘double A’.
“Assalamualaikum Ustaz
Amir,”sapa Adam.
“waalaikumussalam.Ada-ada
sajalah kamu ni Adam.Kalau tak mengusik ana sehari tak tenang agaknya hidup
kamu ye?,”balas ku sambil ketawa.
“Bukan setakat tak
tenang ustaz,tapi sampai tak tidur malam,”ketawanya.
“Kalau sampai macam tu
ana terpaksa carikan peneman untuk kamu lah baru kamu boleh tidur malam.Tak
begitu akhi Adam?haha.”
“Idea yang sangat bagus
tu ustaz.Ada ke calonnya?Ana setuju sangat-sangat ni.”
“Kalau kamu mahu ana
boleh masukkan nama kamu dalam ruangan mencari jodoh.Mahu?,”gurauku.
“Tak mahu lah begitu ya
ustaz.Tak menarik langsung.Ana ni bukannya bujang tak laku sampai nak masuk
ruangan mencari jodoh.Muka ana macam lelaki melayu terakhir pe.Ramai yang
terpikat tau,”tambahnya lagi.Kami tertawa bersama.
“Iyalah Adam.Kalau
dilayan kamu ni jawabnya macam-macam benda mengarut lah yang akan keluar
nanti.Jomlah kita pergi ke perjumpaan sekrang.Takut terlewat
pula,”senyumku.Kami beriringan berjalan menuju ke tempat perjumpaan kelab bagi
mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli baru.Aku sebagai presiden kelab perlu
memberi ucapan dan penerangan mengenai kelab.
“Ramai juga ahli-ahli
baru yang mendaftar ya.”
“Alhamdulillah.Kita
memang memerlukan banyak muka-muka baru bagi menerusakan misi dakwah dan
penyebaran agama Islam supaya tak lupus.Dalam sibuk mencari ilmu dunia kita
juga tak seharusnya melupakan ilmu akhirat.”
“Ana setuju dengan
akhi.”Selesai memberi ucapan selamat datang dan memperkenalkan kelab dan
jawatankuasa kelab terebut kepada ahli-ahli baru,agenda seterusnya adalah
merancang aktiviti kelab untuk semester tersebut.Sesi mencadang dibuka untuk
semua ahli.Salah seorang daripada pelajar perempuan di situ bangun untuk
memberi cadangan.
“Assalamualaikum.Saya
ingin mencadangkan supaya kelab ini melakukan aktiviti berkaitan kesedaran
menegenai nasib umat Islam di Palestin.Saya ingin mencadangkan supaya pihak
kelab mengadakan sebuah ceramah dan dokumentari mengenai nasib umat Islam di
Palestin seawal yang mungkin supaya membangkitkan kesedaran dalam diri setiap
pelajar di sini,kemudian sebagai susulan kita juga perlu mengadakan solat hajat
berdoa memohon keampunan daripada Allah dan pertolongan untuk saudara-saudara
se-Islam di Bumi Palestin.Solat hajat ini perlu dilakukan dalam bentuk yang
besar dan berterusan begitu juga dengan Qunut Nazilah sebagaimana pernah
dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kabilah Ri’lin dan Zikuan sekali
seminggu.”
Mataku terpaku melihat
dan mendengar tutur kata daripada pelajar perempuan tersebut.Wajahnya
seakan-akan pernah kulihat sebelum ini.hatiku bergetar tatkala tertembung mata
dengannya.Astaghfirullahalazim.Tundukkan pandanganmu Amir.Teringat aku pada Firman Allah: "Katakanlah
kepada lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memlihara
kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."
Seperti
diriku,pelajar-pelajar lain turut sama terpaku mendengarnya.Kelihatan ramai
yang menyokongnya dan memuji cadangan tersebut.Cadangan tersebut disambut baik
oleh semua ahli.
“Diminta
pelajar yang mengemukakan cadangan tadi untuk tunggu sebentar selepas majlis
bagi membincangkan dengan lebih mendalam cadangan tersebut,”ujar pengerusi
majlis.
“Cadangan
yang sangat bagus dari ukhti……emm,”puji penolong presiden kelab,Laila.
“Balqis.Panggil
saja saya Balqis,”ujar Balqis sambil tersenyum.
“Baik
Balqis.Jadi bolehkah jika ana meletakkan nama Balqis sebagai jawatankuasa dalam
menjayakan program ini memandang cadangan ini datangnya dari Balqis jadi saya
percaya Balqis sudah mempunyai perancangan yang tersendiri bukan?.”
Balqis
agak terkejut dengan jawatan yang diberikan.”Saya tidak pernah mengendalikan
program besar seperti ini sebelum ini.saya takut saya tidak mampu,”jujur Balqis
mengatakan isi hatinya.
“Tidak
mengapa.Ahli-ahli yang lain akan turut membantu.Ana rasa ketua nya biarlah dari
kalangan siswa.Emm,akhi Amir,bolehkah akhi menjadi ketua bagi program ini?.”
Aku
tersentak seketika apabila namanya disebut.”InsyaAllah,ana cuba.”
“Jadi
Balqis akan menjadi penolong kepada akhi Amir,”terang Laila kepada
Balqis.Balqis hanya mengganggukkan kepala tanda memahami.
Perbincangan
pada hari iu berjalan dengan lancar.rangka perjalanan aktiviti kesedaran
Palestin juga berjalan dengan lancar memandangkan Balqis sudahpun mempunyai
perancangannya.
Balqis.Seorang
gadis yang pemalu tetapi tegas bila berbicara.Mempunyai wajah yang manis yang
dapat menarik hati sesiapa yang melihat dengan kesopanannya.Gadis itu membuatku
merasa satu perasaan yang sama aku rasakan satu ketika dahulu.Liana.Aku seperti
melihat bayangan Liana pada Balqis.Ahh.Perasaan aku sahaja.Apa yang aku
fikirkan ni.Ya Allah,berikanlah aku kekuatan supaya tidak tergoda dengan
bisikan syaitan,monologku di dalam hatinya. Aku segera beristighfar atas
ketelanjuranku dalam tidak menjaga pandangan dan hatiku.Bait-bait kata di dalam
lagu Atas Nama Cinta-UNIC seakan-akan terngiang-ngiang di fikiranku.
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur
harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat
perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikkan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum
leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung
nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat
cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan
cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya....
“Akhi
Amir!Tunggu sebentar.Ana ingin memberi sesuatu,”laung Laila ketika aku dalam
perjalanan pulang dari kelas.
“Ya
ukhti Laila.Ada apa-apa yang pentingkah?.”
“Ini
ana ingin memberi sesuatu kepada akhi,”Laila menyerahkan sepucuk surat.
“Surat
apakah ini ukhti?,”
“Bacalah
nanti di bilikmu ya akhi.Ana minta diri dahulu.Assalamualaikum,”Laila berlalu
pergi.
“Waalaikumussalam.”
Seperti
biasa selepas selesai bersolat jemaah fardhu maghrib,aku bersama jemaah yang
lain akan duduk bersama-sama mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh
ustaz yang ditugaskan untuk member tazkirah pada setiap malam.
"Dijadikan indah
pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak,
harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang
ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi
Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” [QS
Ali ‘Imran, 3:14]. "Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang
membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta dan perbuatan manusia ketika
bercinta. Oleh itu nasihat saya buat mereka yang jatuh cinta atau sedang
mencintai seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta yang
membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila mencintai seseorang maka orang
yang dicintai itu akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!" [Emran bin Ahmad] Aku terasa seperti ayat yang disampaikan oleh Ustaz
Kamarul itu tadi benar-benar terkena pada batang hidungku sendiri.Aku mula
menginsafi diri dan kembali meletakkan cinta Allah sebagai yang paling utama.
Pulang
sahaja dari masjid aku mengambil buku dari dalam beg untuk mengulangkaji
pelajaran yang telah dipelajari siang tadi.sudah menjadi kebiasaan bagiku untuk
terus mengulangkaji pelajaran supaya tidak mudah lupa.Tiba-tiba sepucuk surat
terjatuh dari dalam begku.
Ini
surat yang Laila berikan padaku siang tadi.Aku sudah terlupa mengenainya.Lalu
kubuka dan kubaca isi kandungannya.
Assalamualaikum akhi Amir.Maaf jika surat ini
menimbulkan rasa tidak senang di hati akhi.Ana telah lama memikirkan tentang
patutkah ana menulis surat ini kepada akhi.Tapi ana nekad untuk melakukannya
supaya terluah apa yang tersimpan di lubuk hati ana.Pernahkah akhi dengar ayat
yang menyatakan “perbuatan menawarkan diri kepada lelaki
yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya
merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang
berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah
salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” Lalu ketika menceritakan
hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh
kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra :
“Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu
kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi
kebaikan.” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn
Majah).”Di sini ana ingin menjadi seperti wanita
yang digambarkan di dalam ayat tersebut.Ana mahu menawarkan diri ana kepada
akhi.Ana akui ana menyimpan perasaan kepada akhi dan ana rasakan akhi adalah
calon yang terbaik bagi diri ana.Ana dapat merasakan yang akhi dapat menjadi
imam yang mampu membimbing diri ana dengan akhlak dan agamamu.Akhir kata ana
berharap mendapat jawapan yang positif dari akhi.Assalamualaikum.
“Ya Allah.Apakah ini
Ya Allah,”aku meraup-raup wajahku seakan tidak percaya dengan apa yang baru
sahaja aku baca .Seorang ukhti yang ku lihat tidak cacat dan cukup sempurna
perwatakan dan akhlaknya sedang menagih cinta dariku.Sungguh tiada apa yang
cacat pada dirinya tetapi aku tidak pernah memikirkan perkara sebegini.
Malam itu aku
bertahajjud dan bermunajat kepada Allah memohon petunjuk dan ketenangan hati daripada
Allah.sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat diriku.Malam itu aku tidur dengan fikiran yang tenang selepas
mendapat keyakinan daripada Allah akan apa yang patut aku lakukan.Semoga
semuanya berjalan dengan lancar.Amin.
“Adam.Temankan ana
berjumpa dengan Laila sebentar boleh?,”tanyaku pada Adam selepas kelas
berakhir.
“Boleh sahaja
akhi.Tapi kenapa?Akhi mahu berdating ya?,”usik Adam.
“Aih kamu ni
Adam,dalam Islam mana ada istilah berdating dengan manusia ni.Berdating dengan
Allah pukul 3 4 pagi tu adalah.Yang tu ana mahulah,”balasku bersahaja.
“Ana bercanda
saja.ana kenal akhi bagaimana.Jangankan berdating,pandang siswi pun
xmahu.Maacamlah muka mereka tu macam hantu sampai akhi tak mahu
pandang.haha,”Adam masih dengan usikannya.
“Muka hantu pun ana
lebih rela pandang tau.Sekurang-kurangnya ana tak tergoda.Ni nanti kalau
tergoda dosa free je ana dapat,”balasku sambil tersenyum.Adam tertawa besar
mendengar jawapanku.
“Haa,itupun
Laila,”ujar Adam padaku.
Laila yang menyedari
kelibatku dan Adam segera menghampiri.Aku serahkan semula surat yang diberi
olehnya beserta surat jawapan dariku lalu kami pun berpisah menuju haluan
masing-masing.
“Ustaz Amir sudah
pandai main tulis-tulis surat pula ya sekarang ni.Ini dah bahaya ni,”usik Adam.
“Tak ada apa-apalah
Adam.Kamu ni mengalahkan wartawan gossip pula ya.”
“Cerita panas
mestilah,”usiknya lagi.”Tapi surat apa tu Amir?Lain macam je ana tengok muka
Laila tu tadi masa terima surat tu.Macam dapat surat cinta je gayanya.Kamu merahsiakan
sesuatu ya?.”
“astaghfirullahalazim.tak
baik menfitnah tau.Kamu mahu tanggung azabnya nanti?,”ugutku.
“Maafkan ana.Ana
bukan menfitnah.Sekadar bertanya.Bolehkan?,”Adam membuat muka tidak
bersalahnya.
“Hemm,ana hanya
menyatakan tentang apa yang patut ana katakan padanya.Ana tidak dapat menerima
dirinya kerana ana yakin jodoh yang lebih baik telah ditentukan oleh Allah
untuk dirinya.”
“Jadi maksud akhi
Laila menaruh perasaan pada akhi?.”Aku hanya menggangguk.”Lantas kenapa akhi
menolak?bukankah Laila itu seorang gadis yang baik dan beragama?apa tidak
sempurna lagikah dia?”soal Adam.
“Bukan kerana dia
tidak sempurna tetepi soal hati dan perasaan ini tidak boleh dipaksa.Lagipun
jodoh pertemuan,ajal,maut tu kan di tangan Allah.Ana mendoakan dia mendapat
jodoh yang lebih baik dari ana,”jelasku.
“Hemm,ana percaya
yang akhi dah pun berfikir dan memohon petunjuk dari Allah SWT dan membuat
keputusan yang akhi rasakan terbaik untuk diri akhi.Ana menyokong setiap
keputusan akhi,”balas Adam sambil menepuk-nepuk bahuku.
“Ahh!!Kenapa dia
menolak aku!apa kurangnya aku ini di matanya.Aku mempunyai wajah yang
cantik,pandai,dan terkenal dengan kehebatan pengetahuan agama ku.Apa aku tidak
layakkah baginya?kau kejam Amir!kejam!!,”raung Laila sambil menangis sendirian
di biliknya.Balasan surat yang ditunggu-tunggu rupanya menbawa khabar berita
yang menghancurkan hatinya.
Laila sebenarnya
sudah lama menyimpan perasaan kepada Amir sejak dari hari pertama dia melihat
Amir di kelas.Pelbagai cara telah dilakukan oleh Laila untuk menarik perhatian
Amir seperti menjadi penolong presiden kelab sebagai cara untuk mendekati Amir
tetapi Amir langsung tidak pernah menunjukkan tanda-tanda menyukainya maka
disebabkan itulah Laila nekad unuk menulis surat tersebut.
Siapa yang tidak
mahukan Amir.Seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya.Seorang Ar-Rijjal
yang sangat didambakan oleh srikandi-srikandi Islam masa kini.Laila sentiasa
membayangkan betapa bahagianya dia jika memiliki Amir sebagai pendamping
hidupnya tetapi kini impiannya telah musnah.
“Aku akan pastikan
kamu mendapat balasan atas kesombonganmu Amir,”nekad Laila.
“Perasaan aku sahaja
ni”,monolog Amir di dalam hati sambil melangkah menuju ke kelas.Setiap langkah
dan gerak gerinya seakan-akan diperhatikan oleh setiap mata manusia yang
dilewatinya.Ada juga yang mula berbisik-bisik apabila melihatnya.Sesampai
sahaja di kelas aku terus mengambil tempatku memandangkan kuliah yang bakal
bermula tidak lama lagi.Aku cuba membuat tidak tahu tapi aku tidak mampu
menidakkan tindak tanduk rakan-rakan sekuliahku yang memandangku dengan
pandangan yang seakan marah dan benci melihatku.”Tak sangkakan,seseorang yang
kelihatan alim dan baik di luar rupa-rupanya dalamannya tidak sebaik
luarannya,”salah seorang dari pelajar perempuan bersuara berbaur sindiran.Aku
hanya berlaku tenang membelek-belek tajuk yang bakal diajar sebentar lagi.Tidak
mahu campur apatah lagi mengandaikan kata-kata itu ditujukan untuk diriku.
“Amir,ana ada
perkara ingin nak bagitau akhi ni,”Adam yang baru sampai kelihatan tergesa-gesa
menemuinya seperti ada perkara besar telah terjadi.
“Apa dia
Adam?,”.Baru sahaja Adam ingin membuka mulut Ustaz Firdaus telah pun masuk ke
dalam kelas maka aku mengisyaratkan padanya supaya memberitahuku selepas habis
kelas nanti.Habis sahaja kelas Adam terus menarikku keluar dari kelas.
“Ya akhi,tahukah
akhi bahawa nama akhi sedang menjadi perbualan di seluruh kampus ini?”
“Benarkah?tapi
mengapa?apa yang diperkatakan?”
“Laila.Dia telah
menyebarkan cerita mengenai akhi kononnya akhi telah menolak lamarannya dan
menghinanya mengatakan bahawa dia tidak layak untuk akhi,”ujar Adam berwajah
serius.
“Astaghfirullahalzim.Sungguh
ana tidak pernah mengatakan begitu Adam,”terkejut aku mendengar cerita yang
tidak benar itu.
“Ana tau Amir.Ana
kenal akhi bagaimana.Tidak mungkin akhi akan berkelakauan begitu.Tapi ana tidak
sangka bahawa Laila itu perempuan yang sebegitu.Selama ini ana sangat mengagumi
sifat dan akhlaknya tapi rupa-rupanya sebaliknya.Nasib baik akhi tidak menerimanya
tempoh hari.”
“Terima kasih ya
sahabatku kerana mempercayai ana.”
“Ana kenal kamu
bukan baru Amir.Sejak dibangku sekolah lagi.Semua sifatmu ana tahu.Ana Cuma
kesal seorang yang baik seperti akhi dilemparkan fitnah sebegitu.Apa rancangan
akhi?tak kan akhi mahu membiarkan nama akhi tercemar.”
“Ana tidak mahu
mencari masalah.Biarkan sahaja.Ana terima ini sebagai satu ujian dari Allah
untuk ana.insyaAllah lama-lama mulut-mulut yang mengata itu akan penat dan diam
akhirnya.Lagipun ana tidak mahu orang ramai membenci Laila kemudian.Biarlah ana
yang menanggungnya.Jika ada yang bertanya kebenarannya maka ana akan
terangkan,”ujarku dengan hati yang redha dengan musibah ini.
“Tapi akhi.Orang
akan mula memandang serong padamu,”
“Ana
percaya,hati-hati yang bersih dan beriman kepada Allah tidak akan mempercayai
cerita ini tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.Bukankah ada hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah
mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan
tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati
yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik
hitam.InsyaAllah kebenaran akan terbongkar juga suatu hari nanti.Dah,mari kita
ke masjid.Sekejap lagi dah nak masuk waktu zohor kan,”ujarku sambil tersenyum.
“Jika itu sudah keputusanmu,”ujar Adam mengalah
tetapi dia bertekad mahu membersihkan semula nama baik sahabat karibnya itu.
Bukan sahaja di kelas,cerita mengenai Amir
menghina Laila itu turut menjadi perbualan di kalangan ahli-ahli kelab.Pada
saat ini,segala kebaikan dan kerendahan hati Amir tidak lagi menjadi pujian
para pelajar tetapi menjadi kutukan kerana menganggap Amir hanya berpuara-pura
secara luaran.Aku cuba berlagak tenang walaupun sedar banyak pelajar yang mempamerkan
kebencian terhadapku ketika mempengerusikan mesyuarat kelab untuk membincangkan
mengenai Malam Aman Palestin.Sepatutnya aku dipertanggungjawabkan untuk
menyampaikan sebuah puisi pada malam tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju
gara-gara fitnah mengenai diriku.Aku redha dan meminta sesiapa sahaja yang
sanggup untuk menggantikan tempatku tetapi malangnya tiada siapa yang
sanggup.Aku berasa sangat sedih kerana gara-gara fitnah mengenai diriku Malam
Aman Palestin yang menjadi mangsa.Tiba-tiba Balqis menyatakan persetujuannya
untuk menggantikan tempatku.
“Terima kasih sebab sudi menggantikan tempat
ana,”ujarku pada Balqis.
“Saya hanya tidak mahu program pada malam itu
tidak berjalan lancar gara-gara tiada yang dapat menggantikan tempat akhi.Lagipun
sebagai penolong program ini maka sudah menjadi tanggungjawab saya kan?tapi
saya ingin memohon maaf awal-awal kalau tidak sebaik akhi kerana saya
sebenarnya tidak pernah membaca puisi dikhalayak ramai.Darah gemuruh agak kuat,”jawab
Balqis sambil tersenyum.
“Ana pun biasa-biasa sahaja.Tinggi sangat
pujian ukhti pada saya.Yang penting ukhti yakin pada diri dan sampaikan dengan
sepenuh hati ukhti.Saya yakin ukhti dapat buat yang terbaik.InsyaAllah,”ujarku
memberi semangat.
“Jazakallahu khairan akhi.Kalau begitu ana
minta diri dulu.Jumpa lagi di Malam Aman Palestin nanti.”
“Afwan ya ukhti.Baik.Semoga semuanya berjalan
lancar.”
“Owh ya akhi.Saya harap akhi sabar dan tabah
ye. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt
mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau
hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana
sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya
jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang
penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.Assalamualaikum,”ucap
Balqis sebelum berlalu pergi.
“Syukran,”rupa-rupanya dia tahu akan musibah yang
menimpaku.Aku menyangkakan dia tidak tahu memandangkan dia dari jurusan
lain.Syukurlah dia tidak membenciku juga.Sedikit sebanyak nasihatnya tadi
memberi kesedaran padaku bahawa ujian ini hanyalah dugaan yang didatangkan
padaku untuk menguji keimananku.Tidakku sangka seseorang yang beserdahana
sepertinya mempunyai kata-kata yang mempunyai maksud yang mendalam.Aku merasa
kagum dengannya.
Malam Aman Palestin mendapat sambutan
ramai.Kelihatan dewan sudah penuh dengan para pelajar sejak awal lagi.
“Amir.Meriahkan malam ni,”puji Adam melihat
sambutan yang menggalakkan itu.
“Alhamdulillah syukur pada Allah.Nampaknya
masih ramai yang prihatin pada nasib umat Islam yang ditindas di Palestin,”aku
tersenyum gembira kerana turut tidak menjangkakan sambutan semeriah ini.
“Eh,ana mahu ke tandas sebentar ya.Nanti ana
datang semula,”Adam berlalu keluar dewan.
“Padan dengan muka Amir tu.Sekarang baru dia
tahu siapa aku.Berani sahaja dia menjatuhkan maruahku dengan menolak
lamaranku,”Laila tersenyum puas melihat semua orang memusuhi Amir kerana fitnah
yang disebarkannya.
“Kamu ini Laila.Tidak kasihankah pada Amir
tu?,”nasihat sahabat baik Laila,Siti.
“Dia yang bersalah.Siapa suruh dia berani
menolakku.Aku benci dia.Aku mahu semua orang membencinya supaya tiada orang
yang akan menyanjungnya lagi.Kalau aku tidak Berjaya mendapatkannya maka aku
tidak mahu orang lain mendapatkannya.”
“Owh jadi ini rancangan jahat kamu ye!,”sergah
Adam dari sebalik dinding.
“Adam.Err..macam mana kamu boleh ada di
sini?rancangan apa?Ana tak tahu apa yang akhi cakapkan,”dalih Laila yang jelas
kelihatan terkejut dengan kemunculan Adam.
“Sudahlah Laila.Aku sudah merakamkan segala
perbualan kamu tadi.Aku beri peringatan padamu.Kalau sahaja sampai hari esok
kamu tidak membersihkan semula nama baik Amir,aku akan dedahkan rakaman
perbualan kamu tadi kepada semua pelajar.Mahu?!,”Adam mengugut Laila.
“Jangan Adam..jangan!Ampunkan aku Adam.Janganlah
kau dedahkan rakaman itu.Malu aku nanti Adam,”tangis Laila teresak-esak sambil
merayu memohon simpati.
“Minta lah ampun pada Allah dan Amir.Bukan pada
aku.Baik.Aku takkan dedahkan asalkan kamu ikut syarat yang aku katakan tadi,”
“Baik.baik.Aku akan membersihkan semula nama
baik Amir.Aku berjanji.”
“Aku pegang janjimu itu Laila.Kalau tidak pada
hari lusa segala temberangmu akan ku dedahkan.Ingat tu.”
“Terima kasih Adam.Aku akan tunaikan
janjiku,”sesal Laila.Benarlah kata orang-orang lama ‘cakap siang pandang
pandang,cakap malam dengar dengar’.
Sementara itu di belakang pentas.“Balqis.Mengapa
ana melihat Balqis seperti tidak membenci Amir.Tidakkah Balqis tahu mengenai
cerita Amir telah menghina Laila?,”soal Fiza yang turut dipersetujui oleh mereka
yang lain yang berada di situ meguruskan kelancaran aktiviti pada malam itu.
“Maafkan saya.Walaupun saya memang tidak satu
jurusan mahupun satu kelas dengan saudara Amir tapi saya sudah banyak mendengar
dan melihat sendiri bagaimana sifat dan akhlaknya selama ini.Saya tidak percaya
seseorang yang begitu baik dan merendah diri serta sentiasa menjadikan Al-Quran
dan Hadis sebagai panduan hidupnya akan melakukan perkara sebegitu.Apa anda
semua mempunyai bukti menyatakan dia melakukan perkara tersebut?,”terang Balqis
dengan penuh kelembutan.
“Tapi Laila sendiri yang memberitahu pada
kami.Tidak mungkin dia akan berbohong sedangkan dia merupakan seorang pelajar
yang sangat berakhlak dan beragama.Semua pelajar perempuan sangat mengagumi dan
menghormatinya.Ana tidak percaya dia kan berkata bohong,”
“Saya tidak mahu menghakimi sesiapa.Bukankah dalam Islam
telah memgingatkan kita supaya berbaik sangka pada seseorang.Buruk padahnya
jika kita menfitnah seorang yang baik. Sesungguhnya hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan
apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.Maka perlulah kita menjaga
hati dan lidah kita dari dosa dan perbuatan buruk.Tidakkah begitu
sahabat-sahabat sekalian?Anda semua dari jurusan agama,pasti anda semua lebih
mengetahui daripada saya,”jelas Balqis.”saya minta diri dulu kerana selepas ini
giliran saya untuk menyampaikan puisi.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Tanpa sesiapa
menyedari,rupa-rupanya Amir berada tidak jauh dari tempat mereka bertujuan mahu
melihat kerja di belakang pentas berjalan dengan lancar ataupun tidak.
Aku seakan tidak
percaya dengan apa yang baru aku dengari.Sungguh,wanita itu mempunyai sekeping
hati yang suci lagi bersih.Bagaimana dia telah mempertahanku walaupun semua
orang membenciku.Satu perasaan halus telah menyapa hatiku.Aku segera berlalu
pergi mengambil tempatku semula di dalam dewan.Lampu dipadamkan dan suara
seorang wanita mula bergema.Cahaya lampu meyirami sesusuk tubuh srikandi yang
memulakan bicaranya sambil satu video iringan ditayangkan bersama.
Jika kami belum berjaya melakukan jihad di Palestin kerana ketatnya
penjagaan,jika kami saat ini dilarang untuk bertempur di bumi Masjid
Al-Aqsa,semua ini tidak akan melupakan kami untuk tetap memikirkan Palestin.
Fikiran kami tidak akan tenang samapai kami dapat berjihad di
Palestin.Jasad kami berada di Afghanistan dan ini kewajipan dia atas bahu
kami.Namun,jiwa kami melayang-layang di atas Baitul Maqdis.
Masjid Al-Aqsa kami dikotori Yahudi!mereka tumbuh di sana tidak
terperi.Tipu muslihat milik Yahudi.Kakitangan tidak berbapa mengawasi.
Kami telah berjanji pada diri kami sendiri untuk tidak goyah daripada
halangan Rabani ini.Yang akan menghubungkan antara Kabul dan Quds.Dengan izin
Allah kami akan tiba.Walaupun jarak pemisah masih jauh,memerlukan masa yang
panjang dan jalan pun tidak lurus.
Kami terus terang di hadapan Yahudi dan sekutunya.Hanya ada satu
jalan.Jihad akan terus berlangsung.Para pemuda akan terus bangkit insyaAllah.
Wahai Quds,kami pulang!Untuk Tuhan sekalian alam.Kerana agama kita
menghancurkannya.Meraih kemenangan gemilang dan terbilang.
Rombongan Muslimin ini akan tetap berjalan,meskipun telah bersumpah di
hadapan Allah SWT,untuk menempuh jalan yang pasti mengundang kecederaan dan
disiram darah.Mereka hanya tunduk kepada Allah SWT dan berdoa kepaNya agar hati
dan kaki dimantapkan agar mereka diberi kemenangan.
“Inilah semangat waja
yang dinyatakan oleh al-Syahid Dr.Abdullah Azzam di dalam bukunya ‘Jihad
Syarat Kemenangan Islam’ yang dapat saya sampaikan pada anda semua.Semoga
semangat beliau ini dapat mebakar semangat kita semua untuk mencontohi
beliau.Sekian,terima kasih,”Balqis mengakhiri ucapannya.
Satu tepukan gemuruh
beserta laungan takbir oleh pelajar di dalam dewan jelas menunjukkan betapa
hati mereka cukup terkesan dengan ucapan yang disampaikan oleh Balqis
itu.Mereka seolah-olah seekor singa yang sedang kelaparan mahu menerkam mangsanya
tidak kira pelajar siswa mahupun siswi.Semua hadirin yang hadir memuji-muji
cara penyampaian Balqis yang sangat bersemangat serta meyentuh hati setiap yang
mendengarnya sehingga ada yang menitiskan air mata mendengar kata-kata yang
turut diiringi oleh video kekejaman Yahudi di Palestin.Aku juga turut merasai
sejuta macam perasaan melalui ucapan itu tadi.Marah,sedih,bersemangat dan..satu
perasaan aneh kian menjalar dalam hatiku.Aku seakan terpukau dan dipukau saat
aku melihat Balqis dihadapan tadi.Rasa kekagumanku padanya semakin tinggi.Ya
Allah,perasaan apakah ini.Aku cuba mengusirkan perasaan itu tapi semakin aku
cuba usir semakin kuat rasa itu bergelora di dalam hati.Ya Allah Ya Tuhanku,aku
berlindung denganMu daripada tipu daya syaitan.Amin.
sambungannya di tajok y sme yang ada nombor 2..itu part 2..=)
masyaAllah.. hebat sungguh ukhti dalam menyampaikan cerita. mesejnya sampai pada ana. syukran ukhti. hehehe~...
ReplyDeleteini penulisan yang tidak seberapa juga sebenarnya..disamping ingin mengingatkan diri sendiri dan kenalan agar berhati-hati dalam menjaga hati terutama sekali pada zaman remaja..syukran ya..^-^
ReplyDelete