Luahan Anak Yang Tidak Didengari Sesiapa
Seorang anak mempunyai isi hati yang mana kadang-kadang beliau sendiri tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata apakah maksud luahan hatinya itu. Mahu tidak mahu kita perlu memahami isi hatinya supaya dapat membentuk anak-anak kita dengan acuan yang betul.
Sikap anak-anak tidak sama. Namun isi hati mereka mungkin tidak jauh berbeza. Di sini disenaraikan 11 luahan hati anak yang mereka sendiri tidak mampu mengucapkannya.
11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap kepada ibu bapa:
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.
3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.
4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.
5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.
6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
7. Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan anak kecil.
8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.
9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.
10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.
11. Aku adalah ladang pahala bagimu.
cahayaislam.net
Comments
Post a Comment