Mencari Jodoh. Sejauh Mana Kita Perlu Memikat Hati Si Dia?
Bagi sesetengah orang, mencari jodoh bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Hidupnya mudah, meskipun tidak pernah bercinta atau bercouple (bercouple adalah haram) dengan sesiapa, bila tiba masa untuk dirinya berumah tangga, dia terus mendapat pasangan yang ideal dan terus melangsungkan perkahwinan. Ada orang pula pernah bercouple dengan beberapa orang sebelum bertemu dengan cinta sejati mereka sehingga akhirnya berjaya ke jinjang pelamin.
Perjalanan, pertemuan dan masa untuk seseorang bertemu jodoh masing-masing adalah berbeza. Ada orang yang terpaksa dikecewakan beberapa kali sebelum bertemu dengan buah hati yang setia. Ada orang lain pula meskipun telah bertemu jodoh, namun selepas berkahwin 1 hari, pasangannya telah meninggal dunia menyahut panggilan ilahi. Apa jua keadaan yang sedang kita hadapi, alami atau bakal lalui, teguhkan hati dengan menanam redha di dalam diri.
Seseorang yang mencari jodoh tentu berusaha untuk memikat hati si dia yang mungkin telah bertahta dihatinya. Namun sejauh manakah kita perlu berusaha memikat hatinya? Betulkah dengan cara memujuk, berbuat baik, menggunakan kata-kata romantik dan seumpamanya?
Cara-cara memikat si dia menurut Sunnah:
1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu.
Contoh: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim)
Fiqh: Apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dengan ayahnya dan ayah si gadis telah mengenali kita, maka mudahlah kita menyalurkan hasrat hati kepada ayahnya.
Contoh: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim)
Fiqh: Apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dengan ayahnya dan ayah si gadis telah mengenali kita, maka mudahlah kita menyalurkan hasrat hati kepada ayahnya.
2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini caragentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)
3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan Rasulullah s.a.w untuk masuk memikat hati perempuan (Bukhari 4642). Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda untuk meminang wanita tersebut.
4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.
Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan untuk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. Ada yang mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si gadis menurut As-Sunnah.
Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan untuk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. Ada yang mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si gadis menurut As-Sunnah.
Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata: “Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” Lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan.” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Cara-cara memikat si dia mengikut sunnah di atas diperolehi dari al-ahkam.net.
Tidak Perlu Melampau
Beginilah cara yang baik untuk memikat si dia mengikut sunnah. Tidak perlu ajak si dia keluar. Tidak perlu berusaha sedaya upaya mengambil hatinya dengan berlakon baik dan mengubah diri untuknya. Jika mahu berubah, biarlah kerana Allah.
Perbuatan kita yang terlalu kuat berusaha memikat hatinya hanya akan mendorong kita melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Kita mungkin akan berubah menjadi baik seketika untuk dirinya, namun selepas memiliki dirinya kita akan kembali kepada perangai asal. Pernahkah anda dengar ramai pasangan yang mengadu menghadapi masalah dalam perkahwinan kerana masing-masing mula mengubah sikap. Sebelum kahwin bukan main baik dan mesra, tetapi selepas kahwin perkara kecil pun boleh mencetuskan pergaduhan.
Usaha kita yang melampau untuk memikat hatinya juga akan menyebabkan dirinya menerima kita atas dasar kasihan, bukannya cinta yang sebenar. Mampukah faktor kasihan seperti ini memberikan kebahagiaan berpanjangan? Cinta dan kasih sayang yang paling baik adalah cinta dan kasih sayang kerana Allah.
Jika mahu memikat hatinya, jadilah seorang insan yang mengasihi Allah dan menjalankan tanggungjawab sebagai manusia dengan sempurna. Jika perkara ini belum cukup untuk memikat hati si dia, ketahuilah bahawa dia bukanlah orang yang sesuai untuk kita. Tiada cara memikat yang lebih baik dari cara yang diajarkan dalam Islam.
Perlukah Romantik?
Kadang-kadang ramai yang beranggapan kita perlu menjadi romantik dan becinta seperti pasangan suami isteri meskipun sebelum berkahwin. Barulah dapat mengenali hati budi masing-masing. Hakikatnya semua ini hanyalah tipu semata-mata. Ini ialah tipu daya syaitan! Orang yang bercinta sering berubah sikap seolah-olah sangat baik. Sikap yang digambarkan pada pasangan kekasihnya itu bukanlah sikap sebenarnya. Mereka ini akan berubah selepas berkahwin.
Selain itu pasangan yang bercinta juga sering mengalami kekecewaan kerana tidak dapat bersama. Samada mereka putus cinta, halangan keluarga, halangan kewangan dan sebagainya. Berbagai perkara boleh berlaku. Akibatnya ramai yang kecewa dan mengambil jalan mudah untuk membunuh diri. Hilang keyakinan pada diri sendiri. Benci membenci antara satu sama lain. Bermusuhan dan tidak kurang juga yang menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan hidup bekas kekasihnya.
Inilah antara perkara yang banyak berlaku kepada masyarakat kita hari ini. Jika mereka bahagia dan mesra bersama, mereka akan terlanjur melakukan zina pula. Sebelum mengatakan apa yang saya nyatakan ini tidak benar, cubalah sendiri membuat kajian berapakah jumlah bayi yang baru dilahirkan dibuang dan dibunuh hidup-hidup setiap tahun. Itu baru jumlah pembuangan bayi, berapa pula jumlah sepasang kekasih yang berzina?
Semua ini berlaku kerana sikap manusia yang kononnya mencari jodoh dan memikat pasangan mereka dengan cinta yang tidak berlandaskan syariat Islam. Semoga kita semua dijauhkan dari semua perkara yang dimurkai Allah ini. Sebagai manusia biasa, kita juga ingin hidup berpasangan, mencari jodoh dan memikat hatinya untuk membina sebuah institusi keluarga bahagia. Namun perjalanan untuk meraih kebahagian itu tidaklah mudah seperti yang digambarkan. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa semoga niat murni kita semua dilindungi-Nya dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah…
cahayaislam.net
Comments
Post a Comment