cerpen:lafaz yang tersimpan 2


Selesai sahaja program Malam Aman Palestin itu aku terus beredar pulang ke bilikku.Sengaa aku mengelak daripada bertemu dengan Balqis memandangkan hatiku yang sedang tidak keruan sekarang ini.Aku tidak mahu penyakit dalam hatiku ini makin parah.Sampai sahaja di bilik aku segera melakukan solat sunat bersesuaian dengan cara yang diajar oleh Islam dalam mengawal nafsu kita perlu melakukan banyak solat sunat dan berpuasa bagi mencegahnya. 

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya berkahwin itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya" (Hadist).Malam itu aku bangun seawal 3 pagi bagi melakukan solat tahajjud beserta solat taubat dan juga solat istikharah.Aku memohon petunjuk dan perlindungan dari Allah mengenai perasaanku disamping memohon ampun atas keterlanjuranku dalam tidak menjaga pandangan.
         Aku mengadu dan meluahkan seluruh isi hatiku mengharapkan petunjuk dari Allah supaya membuat keputusan yang terbaik untuk diriku juga untuk agamaku,”Ya Allah,jika benar dia untukku,rapatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia,bukan untukku,damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.”Tidak ku sedari dalam kekhusyukanku bertasbih dan berzikir masa telahpun menginjak memasuki waktu subuh.Usai menunaikan solat subuh aku melanjutkan lagi dengan bacaan Al-Quran dan Al-Mathurat.Aku melangkah menuju ke kelas dengan hati yang lebih tenang dan yakin akan pertolongan daripada Allah.
    Baru sahaja kakiku mahu melangkah memasuki kelas,satu suara menyapaku.
“Akhi Amir.Ana mahu memohon ampun dan kemaafan dari akhi.Ana tahu dosa ana sangat besar pada akhi.Disebabkan nafsu dan amarah ana,ana sampai sanggup menfitnah seorang yang baik seperti akhi bahkan akhi langsung tidak mendedahkan perbuatan ana pada orang ramai.Sungguh mulia akhlakmu Amir.Memang ana tidak layak jika mahu digandingkan dengan akhi.Hati ana sangat kotor.Ana malu dengan akhi.Maafkan ana,”lirih suara Laila memohon kemaafan.

“Hemm.Ana sudah lama maafkan ukhti.Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan itu adalah dendam.Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan itu adalah perkara biasa.Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan itu adlah zalim.Jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah perkara mulia dan terpuji.Inilah yang selam ini ana pegang.Syukurlah sekarang ukhti sudah menyesal.Pohonlah keampunan dari Allah.Ana terima semua ini sebagai satu ujian menguji keimanan dan kesabaran ana sebagai hambaNya.Tiada sekelumit benci di hati ana.”
“Terima kasih Amir.Terima kasih.Ana telah pun membersihkan semula nama baik akhi.Semoga selepas ini akhi akan berjumpa dengan seorang srikandi Islam yang lulur hatinya sebagai sucinya hati akhi.InsyaAllah.Ana minta diri dahulu.Assalamualaikum,”Laila segera berlalu pergi.
“InsyaAllah.Waalaikumussalam,”aku pun segera memasuki kelas.Kelihatan semua rakan kelasku menunduk tatkala aku memsuki ruang kelas itu.Aku segera mengambil tempatku di sebelah Adam yang sedang tersenyum memandangku.
“Amir…,”Adam ingin berbicara tetapi telah dipotong oleh seseorang.
“Amir,kami semua ingin memohon maaf daripada kamu kerana selama ini telah salah faham dan menfitnah kamu.Kami tidak menyangka yang Laila sanggup membuat cerita tentangmu,”seorang wakil dari sekumpulan pelajar lelaki mengungkapkan kata maaf yang ikhlas terpancar kekesalan di wajahnya.
“Ya akhi Amir,kami juga pelajar-pelajar perempuan ingin memohon maaf atas keterlanjuran percakapan kami dan hati kami yang telah berburuk sangka pada akhi.Kami menyesal dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.”
“Ana sudah maafkan kalian semua.Ana percaya yang kebenaran akan diketahui juga akhirnya.Allah sentiasa bersama dengan pihak yang benar kan,”balasku sambil tersenyum.

         Kelas bermula tatkala kelibat Ustazah Zura memasuki kelas.Aku merasa syukur kerana akhirnya nama baikku telah kembali bersih.Tiada lagi fitnah tentang diriku yang akan diperkatakan oleh para pelajar.
“Syukur ya Amir.Akhirnya kamu telah Berjaya membersihkan namamu,”Adam turut gembira melihat sahabat karibnya sudah terhindar dari fitnah itu.Mereka beriringan berjalan menuju ke dewan makan.
“Berkat dari doamu juga Adam dan sudah tentu pertolongan dari Allah.Alhamdulillah.”
“”tetapi mengapa ana melihat kamu seperti tidak gembira.Apa kamu tidak suka namamu kini telah dibersihkan?,”Adam yang pelik melihat wajah Amir yang sedikit tidak tenang itu sedangkan seharusnya dia berasa gembira.
“Ana bukan tidak suka.Tapi ana ada masalah yang lain yang sedang mengganggu ketenangan ana sekarang ini,”
“Masalah apakah itu akhi?”
“Tiada apa-apa lah.InsyaAllah ana dapat selesaikan sendiri nanti,”aku cuba mengelak dari menjelaskan pada Adam.Terasa malu untuk menceritakan pada Adam apa yang sedang mengganggu ku kini.
“Balqis ye?,”telahan Adam itu benar-benar memeranjatkan ku kerana tidak menyangka Adam dapat meneka apa yang ada dalam fikiranku.
“Bagaimana akhi tahu?”
“Ana kan sahabat baik mu.Ana yang sentiasa disampingmu.Sudah pasti ana perasan jika ada yang lain dengan sikap dan perlakuanmu.Ana perasan ada sesuatu yang lain pada pandanganmu kepada Balqis pada malam tadi.Disebabkan dia juga akhi balik tergesa-gesa malam tadi bukan?”
“Ya,ana mengaku.Hati ana terusik dan seakan terpukau dengan diri Balqis.Ana tidak mahu hati ana semakin jauh tersasar jika bertemu dengan dia.Disebabkan itu ana mengelakkan diri dari berjumpa dengannya,”perlahan suaraku menuturkan apa yang terbuku di dalam hatiku.
“Akhi sudah melakukan istikharah?”
“Sudah tapi masih belum mendapat petunjuk lagi.InsyaAllah ana akan cuba bermuhasabah diri supaya tidak hanyut dengan perasaan ana ini.Kebetulan study week pun dah nak bermula jadi ana akan menenangkan hati ana supaya lebih mengingati Allah dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang melalaikan semasa di kampung nanti. "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28].InsyaAllah,”senyumku.
“Baguslah jika akhi memikirkan sebegitu.Semoga akhi akan mendapat petunjuk dan perlindungan dari Allah.Ana sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu wahai sahabatku. Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.,”nasihat Adam.
“Jazakallahu khairan ya sohabati.Ana bersyukur dikurniakan sahabat seperti akhi.Sentiasa mempercayai dan menolong ana.Semoga Allah memberkatimu sahabatku,”aku segera memeluk Adam tanda kasih dan cinta seorang sahabat.
“Ana pun sama.Afwan ya akhi.”
Kami berbalas pelukan lalu beriringan menuju ke dewan makan.

         Minggu study week sudah pun bermula dan aku di sini.Di kampung halamanku di Kedah.Ketenangan yang aku cari dapat ku rasakan bila berada jauh dari masalahku.Suasana sawah padi yang menghijau seakan sebuah kanvas yang mempunyai gambaran yang sungguh menyejukkan mata.Betapa indahnya ciptaan Ilahi.Subhanallah.Hanya manusia yang sudah tidak mempunyai hati nurani yang tidak menyedari kebesaran dan kekuasaan Allah.

“Amir.Mari minum petang,”panggil umi ku yang kelihatan sedang menuangkan minuman ke dalam cawan di pangkin yang dibina di bawah sebuah pokok yang rendang menjadi pemayung yang menjadikan suasana redup untuk berehat bersama keluarga.Suasana sebegini sudah pasti tidak akan aku temui di bandar.Tali air dibelakang rumah itulah tempat yang selalu aku tujui sewaktu kecil untuk bermandi manda bersama rakan-rakanku dahulu sehingga ada suatu hari kerana terlampau leka tidak sedar yang hari sudah maghrib,tiba-tiba abi datang bersama rotan.Kelam kabut aku berlari balik rumah kerana takut dirotan.Indah sungguh kenangan lalu.Aku tersenyum sendiri.

“Senyum apa tu Amir?Teringatkan kekasih ke?,”soal ayah sekadar mengusik.
“Amir mana ada kekasih abi.Amir hanya terkenangkan kenangan sewktu kecil-kecil dahulu.Rindu pula rasanya.Baru perasan yang Amir sudah semakin tua,”tawaku.
“Kamu dah boleh jadi ayah orang pun dah Amir.Tak adakah siapa-siapa yang kamu suka di universiti tu?Boleh umi dan abi pinangkan.Kamu pun dah nak habis belajar bukan,”soal ibu.
“Belum ada lagi umi.Kalau sudah ada yang saya berkenan akan saya khabarkan pada abi dan umi.Jangan risau ya.Jodoh pertemuan di tangan Allah,”balasku.Aku terkenangkan Balqis tetapi segera menyingkirkan bayangan tersebut sambil beristighfar di dalam hati.
      Malam itu selepas solat berjemaah di surau semua jemaah duduk bersama-sama bagi mendengarkan tazkirah.Ustaz Haikal memulakan tazkirahnya,Dari Abu Hurairah ra. Berkata,Rasulullah SAW bersabda:”demi Dzat yang jiwa berada dalam genggamaNya,kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling cinta-mencintai.Apakah kamu sekalian mahu aku tunjukkan sesuatu di mana bila kamu sekalian mengerjakannya maka akan timbullah rasa cinta-mencintai di antara kamu sekalian?sebarkanlah salam di antara kamu sekalian”(riwayat Muslim).



SEBUAH KISAH CINTA SEJATI




Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali b Abi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di
dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.

"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala
Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

         Menitis air mataku mendengarkan kisah ini.Ya Allah.Ini barulah cinta yang sejati.Betapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada umatnya walapun tidak pernah bersua.Selawatlah ke atas junjungan mulia sebagai tanda kasih dan cintanya kita kepada baginda.Patuhilah sunnah baginda untuk mendapat keberkatan.Ya Allah,sampaikanlah salam dan kerinduan kami umat Nabi Muhammad kepada Rasul junjungan kami.
         Betapa aku telah mencemarkan hatiku dengan cinta kepada manusia sedangkan aku telah dicintai oleh Allah dan Rasul.Seharusnya aku berusaha untuk terus-terusan meningkatkan kecintaanku kepada Allah dan Rasul.Ya Allah,ampunilah kealpaan hambaMu ini.Malam itu aku bermuhasabah diri dan membuat keputusan untuk kembali fokus kepada agama ku dan pelajaranku.
      Seminggu aku berada di kampung cukup memberi ketenangan dan semangat yang baru kepadaku.Aku kembali pulang ke universiti dengan tekad dan azam yang baru.Semoga semua urusanku dipermudahkan oleh Allah.InsyaAllah.Fokus ku kini hanya untuk berusaha yang sebaik mungkin untuk peperiksaan terakhir ku.Aku bakal meninggalkan zaman belajar selepas ini.Semoga kejayaan itu dimiliki dengan keredhaan Allah.Aku masih lagi mengelak dari bertemu dengan Balqis.Urusan kelab telah ku serahkan kepada bakal penggantiku.Peperiksaan yang datang ku tempuhi dengan hati dan fikiran yang lebih tenang.

“Alhamdulillah.Akhirnya tamat sudah semua exam kita.Selepas ini kita akan membawa haluan masing-masing di dalam bidang kerja pula.Ana harap persahabatan kita akan terus kekal sehingga akhirat.Akhi jangan lupakan ana pula ya,”Bicara Adam sebaik sahaja kami selesai menjawab kertas terakhir.
“Ana tak kan pernah lupakan seorang sahabat seperti kamu Adam.Akhi lah sahabat dunia akhirat ana.Semoga hingga ke syurga.Emm.dah macam kekasih pula bunyinya kan,”tawaku.
“Aah kan.Kalau ada yang dengar ni silap-silap boleh fikir kita ni bengkok pula.Tak lurus,”Adam semakin galak ketawa.
“Merepek sajalah kamu Adam.Inilah yang dinamakan cinta mencintai kerana Allah. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”(Riwayat Muslim),”
“Betul tu.“Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan pada saudaranya itu bahawa ia mencintainya.”Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.Sebab tu ana beritahu pada akhi yang ana cintakan akhi…kerana Allah.Bukan sebab lain tau,”Adam masih lagi dengan gurauannya.
“Ana tahulah yang akhi cintakan ana kerana Allah.Tak kan yang lagi satu kn.Bahaya tu.Ana lari dulu kalau akhi ada perasaan serong pada ana,”tawaku.
“Tak mahulah ana.Ana sukakan perempuan.Bukan lelaki.Ramai lagi perempuan-perempuan cantik dan solehah di luar sana,”Adam mencebikkan bibirnya kemudian ikut sama tertawa.
“Cantik tu satu perkara yang subjektif. "Sesungguhnya wanita itu bila dilihat daripada depan dan belakang tampak memikat kerana ada pengaruh Syaitan. Apabila seseorang itu melihat lalu terpikat, maka segeralah pulang untuk menyetubuhi isterinya, kerana itu dapat meleraikan nafsunya." - Hadis riwayat Muslim (no: 1403).Tapi oleh sebab akhi belum mempunyai isteri maka cepat-cepatlah bernikah supaya terkawal sikit pandangan dan nafsu tu,”usikku.
“InsyaAllah.Doakan ana cepat bertemu jodoh ya,”
“InsyaAllah.Semoga akhi berjumpa dengan wanita solehah. “Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah”. (HR. Muslim). Dialah bidadari bumi, dialah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan bererti dari seluruh isi alam ini,”ucapku ikhlas mendoakan untuk sahabat yang sangat ku kasihi.
“Amin.Mudah-mudahannya begitulah.Semoga ana menjadi seorang suami yang soleh juga.Ana pun mendoakan akhi juga bertemu dengan seseorang yang solehah.”
“Amin.Marilah kita balik ke bilik sekarang.Ana mahu mengemas sedikit lagi barang.Petang nanti sudah mahu pulang.Ada kesempatan kita berjumpa lagi ya sahabatku.Jaga diri dan jaga iman.makan nasi minyak jangan lupa jemput.Assalamualaikum,”kami bersalaman sebelum berpisah.
“Akhi pun sama.Semoga Berjaya di dunia dan akhirat.Waalaikumussalam,”berat hati Adam untuk berpisah dengan sahabat baiknya itu.


sambungannya di tajok y sama yang ada tulis final..=)

Comments

  1. menarik! cinta yang sejati, hanyalah pada Allah dan RasulNYA. =') terkesan sangat dari cerita ni ukhti! ='))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts