CERPEN SEINDAH MAHABBAH:BAB 2


BAB 2: SEINDAH MAHABBAH UJIAN ALLAH

“Assalamualaikum,”Aira yang baru pulang memberi salam.

“Waalaikumussalam aira.Lambat balik hari ini.Sudah makan?,”soalku mengambil berat akan adik kesayanganku itu yang juga merupakan rakan sebilikku.

“Aah kak.Banyak kerja yang hendak disiapkan tadi untuk program pada hujung minggu ini nanti.Aira baru balik dari meeting dengan ajk-ajk program.Alhamdulillah,sudah kenyang dah cik perut saya ni kak,”jawabnya dengan senyuman sambil menuju ke katilnya.

“Akak sudah makan?kenapa aira lihat muka akak macam pucat sedikit?akak sakit ke?,”soal Aira yang baru melabuhkan badannya di atas katil.

“Tak adalah aira.Akak macam biasa je.akak tak sakit pun.Jangan risau ye,”senyumku.

“Betul akak?.”

“Betul.Kenapa aira?macam ada sesuatu je yang aira nak cakap pada akak,”soalku.

“Emm, kalau akak ada masalah akak boleh kongsikan dengan aira.Kadang-kadang sakit ni bukan pada yang zahir sahaja tetapi boleh jadi yang batin.”

Aku hanya tersenyum tipis dan kembali menyambung kerjaku.

“Akak,”panggil Aira selepas dia siap membersihkan diri.

“Ye aira.Ada apa?,”jawabku sambil memandang wajahnya.Bukankah Rasulullah telah mengajarkan kepada kita cara yang terbaik dalam menjaga silaturrahim adalah apabila Baginda bercakap dengan seseorang maka Baginda akan memalingkan seluruh badannya menghadap orang yang sedang bercakakp dengannya.

“Kalau aira tanya,aira harap akak tak marah ye,”

“Kenapa pula akak nak marah adik akak yang kiut miut lagi akak sayangi ni,”senyumku yang sedikit kehairanan dengan pertanyaannya.

“Aira ada dengar cerita tentang akhi Amar semasa meeting tadi.Akak sudah tahu?,”soalnya sedikit takut-takut.

“Akak tahu,”balasku tenang.

“Tak patut dia buat macam tu pada akak!”,balas Aira sedikit marah.

“Tak mengapalah Aira.Pasti ada sebabnya mengapa dia buat begitu.Akak redha.”

“Aira tak sangka kak.Aira ingat akhi Amar tu baik.Dia melamar akak tetapi tiba-tiba dengar dia bertunang pula dengan orang lain.Aira tak boleh terima ada orang yang menyakiti akak kesayangan aira,”Aira terus diamuk rasa marahnya.

“Sabar Aira.Bukankah di dalam Surah Al Hujurat ayat 12 telah menyatakan,"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.",aku cuba menenangkan Aira sambil menggemgam erat tangannya..

“Ya Allah,Aira terlalu mengikut perasaan kak.Maafkan Aira,”sesalnya.

“Tak mengapa aira.Akak faham.Akhi Amar ingin berjumpa dengan akak pada petang esok.Aira boleh temankan akak?,”soalku.

“Kenapa akhi Amar hendak berjumpa akak lagi?emmm.baiklah kak.Aira temankan.Kebetulan Aira tidak ada apa-apa pada petang esok,”balasnya.

“Jazakillahu khair adikku sayang.Dah la.Masa untuk tazkirah kecil bukan sebelum tidur?,”balasku sambil mencuit pipi Aira.

“Aah.hari ni giliran akak,”Aira membalas pula mencuit pipiku.Kami ketawa bersama.

“Baiklah.Kali ini akak hendak berkongsi tentang 7 cara untuk tidak lupa apa yang diajar oleh guru.Hari tu Aira ada tanyakan pada akak kan jika ada tips.Ini tipsnya,”

“Wahh,terima kasih kak.Aira memang sangat-sangat memerlukan tips-tips ini semua.Peperiksaan pun dah tak lama kan.Ni buat Aira sayang akak lebih ni,”Aira lantas memelukku manja.
“Akak pun sayang Aira juga.Baiklah.Itu sahaja untuk malam ini.Masa untuk tidur pula.Aira nak akak kejutkan untuk solat tahajjud nanti?,”soalku kepada Aira.
“Aira ABC kak,”balasnya.
“Air batu campur ke?,”soalku nakal.
“Taklah kak.Air batu cendol,”tercetus gelak kami berdua dengan keletah Aira.
“Yelah Aira.Nakal betul.Akak tidur dulu ye.Assalamualaikum,”sempatku mencubit manja pipi Aira sebelum ke katil.Begitulah mesranya kami seperti adik beradik kandung.
Sebelum memejamkan mata,tidak lupa ku baca ayatul kursi dan tiga kul,doa tidur dan juga doa untuk mudah bangun malam untuk tahajjud.

Pukul 3 pagi…
Ku orak langkah ke bilik air mengambil wudhu’ dan lantas kembali ke bilik.Ku bentangkan sejadah dan mula menunaikan solat tahajjud.Aku ingin berbicara dan menemui kekasihku bersendirian pada malam ini.Ada sesuatu yang aku sedang tanggung di dalam hati ini.

Teringatku kepada sebuah artikel yang ku baca mengatakan “Wahai jiwa yang sedang layu.Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.
Dan di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya: “Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajjud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah SWT.
Selesai memberi salam,aku mengangkat tangan menadah menghadap langit berdoa kepada Allah.
“Ya Allah,Ya Tuhanku.Hanya kepada Mu tempatku berserah.Hanya kepada Mu tempatku meminta pertolongan.Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini.Hatiku lemah kerana aku hanyalah manusia biasa.Hanya kepada Mu tempatku bermohon kekuatan.Aku yakin setiap ujian Mu itu tidak ada yang sia-sia.Pasti ada kebaikan disebaliknya.lapangkanlah hatiku untuk menerima ujian Mu ini.Berikanlah aku kekuatan untuk bersemuka dengan Amar pada hari esok.Semoga aku akan kuat dan redha dengan ketentuan Mu.”

“Ya Allah,jika dia bukan untukku.Maka redhakanlah hatiku dengan ketentuan Mu.Aku yakin pasti ada yang lebih baik daripadanya untukku yang telah Engkau tetapkan,”menitis air mataku tatkala berbicara dengan Allah.Tipu untuk aku katakana aku tidak kecewa dan sedih dengan berita pertunangan Amar.Masihku ingat lagi sebulan yang lepas lamarannya datang kepadaku melalui seorang pensyarah yang ku hormati,Ustaz Hadhari.

Tetapi aku bersyukur kerana aku masih belum memberikan jawapanku lagi walaupun sebenarnya aku sudah mahu memberikan jawapannya pada minggu ini.Perancangan Allah itu lebih hebat dari perancangan manusia.Pasti ada hikmah di sebaliknya.Aku cuba memujuk hatiku yang sedang parah.Aku perlu kuat dan sabar.Ini ujian Allah.Tanda Allah sayangkan aku.Teringatku pada satu riwayat hadis Muslim: "Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya".

Usai berdoa,aku kembali semula ke katilku untuk tidur.

Keesokan harinya….
“Akak pergilah berbicara dengan akhi Amar.Aira tunggu di sini,”

“Baiklah.Aira jangan jauh sangat ye sebab nanti tak manis orang lain memandang akak berbual dengan akhi Amar berdua sahaja,”terangku yang bimbang pertemuan kami akan mengundang fitnah.

“Baik kak,”

“Assalamualaikum ya akhi,”salam ku beri.

“Waalaikumussalam ya ukhti Nur,”jawabnya.

“Ada apa akhi ingin berjumpa dengan saya?saya tidak boleh lama-lama di sini,”soalku.

“Hemm.Sebenarnya saya ingin memohon maaf kepada Nur.Saya ingin beri penjelasan tentang perkara sebenar kepada Nur supaya Nur memahami situasi saya,”terangnya dengan wajah penuh kekesalan.

“Tiada apa yang hendak saya maafkan akhi.Akhi tidak bersalah pun.Ini semua ketentuan Allah.Saya redha.Mungkin akhi bukan jodoh saya,”balasku tenang.

“Tidak Nur.Saya bersalah pada awak.Saya tahu saya telah melamar Nur tetapi tiba-tiba bertunang dengan wanita lain pula.Tidak dapat saya gambarkan betapa bersalahnya perasaan yang saya rasakan sekarang.Sebenarnya Nur.Saya ikhlas melamar awak dan saya ikhlas ingin memperisterikan awak.Tetapi keluarga saya telah meminta saya untuk bertunang dengan sepupu saya.Saya telah menjelaskan pada keluarga tentang Nur tetapi mereka menolaknya dan tetap dengan keputusan mereka.Saya juga terluka Nur,”jelasnya panjang dengan wajah yang terpamer kesedihan di dalam hatinya.

Allah.Tersentuh hatiku mendengar penjelasannya.Tahukah kamu wahai Amar.Aku juga menyukaimu dan ingin menerima lamaranmu.Tetapi apakan daya.Kita tidak dijodohkan bersama.Aku harus kuat!

“Saya memahaminya akhi dan saya tidak salahkan akhi.Restu keluarga itu adalah penting dalam menggapai keberkatan dalam berumah tangga.Jika tunang akhi itu pilihan keluarga akhi maka akhi terimalah dengan hati yang terbuka.Insyaa-Allah dia adalah jodoh yang terbaik buat akhi berbanding saya,”tenang aku menuturkan keterbukaan ku dalam menerima situasi itu.

“Tapi Nur….,”

Segera aku memotong kata-katanya.

“Dan sebenarnya saya telahpun bersedia untuk menjawab lamaran akhi dahulu.Allah lebih mengetahui.Memang saya ingin menolak lamaran akhi.Maafkan saya.Saya tidak layak untuk akhi.Akhi pasti mendapat seorang serikandi Islam yang lebih hebat dan solehah dari saya,”sedikit bergetar suaraku dalam menuturkan setiap bait perkataan tersebut.

Allah!sakitnya hati ini Ya Allah.tapi aku yakin ini jalan yang terbaik.Kuatkan aku Ya Allah.Duhai air mata,janganlah engkau menitis sekarang.Bersabarlah duhai hati.Biar aku selesaikan perkara ini dahulu.

“Saya rasa sudah tidak ada apa untuk kita katakan.Saya doakan akhi bahagia bersama pasangan akhi nanti.Barakallahu fik.Saya minta diri dahulu.Assalamualaikum,”aku segera menamatkan perbualan dan beredar kerana bimbang air mata yang ku tahan ini akan memecahkan empangan mataku.Mujurlah secebis kain kecil yang menutupi wajahku ini dapat membantuku menyembunyikan riak wajahku yang sebenar.

Amar kelihatan terkejut dengan jawapan yang aku berikan.Dia masih tegak berdiri di situ tanpa sebarang kata-kata.Maafkan aku Amar.Aku juga terluka.Tetapi aku yakin Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Sepanjang perjalanan pulang ke bilik aku hanya berdiam diri melayani perasaanku.Aira seakan memahami keadaanku lalu dia tidak bertanyakan apa-apa.Sesampainya di bilik aku segera bersolat dan membaca kalam cinta Allah untuk ku meraih kekuatan dan ketenangan.Selepas aku merasa sedikit tenang aku merebahkan diriku di atas katil.Ya 
Allah,kuatkan hati hamba Mu Ya Allah.Rintihku di dalam hati.

“Akak…..,”lembut Aira memanggilku.

“Ye Aira,”jawabku lantas menyeka air mataku dan menghadap wajahnya.

“Akak okey?Aira ada untuk mendengar,”Aira memujukku dengan riak wajah yang penuh kerisauan.

“Akak okey.Tak ada apa-apalah,”aku cuba tersenyum walaupun aku tahu ianya hambar.

“Akak mungkin boleh tipu orang lain tetapi bukan Aira.Aira tahu apa yang terbuku di dalam hati akak yang sebenarnya.Jawapan yang akak berikan pada akhi Amar tadi tipu bukan.Aira tahu akak sukakan akhi Amar,”Aira menggemgam erat tanganku.

Aku tidak mampu untuk menjawabnya.Air mata yang ku tahan tidak mampu lagi dibendung.Pecah sudah empangan air mataku.Allah!Aira lantas memelukku.

“Akak terpaksa berkata begitu Aira supaya dia akan melupakan akak dan menunaikan permintaan keluarganya.Apalah gunanya jika akak menyatakan persetujuan akak jika ianya tidak akan membawa ke mana-mana.Pasti Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat kami.Akak redha.Cuma akak tak mampu untuk menyorokkan kesedihan yang akak rasa.Sakitnya luka kerana cinta ini memang menguji akak.Akak hampir rebah dik,”rintihku meluahkan apa yang ku rasa.

“Sabar ye kak.Aira mungkin tak merasai apa yang akak rasakan tetapi Aira yakin akak Aira ini seorang yang kuat dan tabah.Aira yakin Allah tidak akan menzalimi hamba Nya.Bukankah akak pernah memberitahu kepada Aira bahawa sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.”

“Akak tahu dan itulah yang sedang akak lakukan.Terima kasih Aira,”aku memeluk erat tubuh Aira.

“Aira doakan akak diberi kekuatan oleh Allah.Aira tak mahu lihat akak bersedih kerana Aira juga merasakan kesedihannya,”

“Akak beruntung mempunyai adik yang penyayang dan mengambil berat seperti Aira.Akak sayangkan Aira kerana Allah.Jazakillahu khair adikku sayang.Insyaa-Allah akak akan lebih kuat dan tabah selepas ini,”aku lantas menyeka air mataku yang berbaki dan cuba menghadiahkan senyuman kepada adik kesayanganku itu.

“Aira juga sayangkan akak kerana Allah.Aira yang lebih bertuah memiliki akak.Tanpa akak,Aira pasti tidak seperti yang akak lihat sekarang,”Aira ikhlas menuturkan kata-kata.

“Semoga perhubungan kita kekal ke syurga,”aku memeluknya.

“Amin kak,”kami saling mengaminkan doa tersebut.

Lama ku tenung wajah Aira.Aku masih ingat lagi detik pertemuan kami yang pertama.


Bersambung………

Comments

  1. :) bagus, banyak teladan y dpt dambil dri crta ni ya ukhti. :)
    tpi bkenaan panggil y Nur panngil utk Amar tu rsanya lebih manis digunakan enti-enta dri ukhti-akhi. ~hanya pendapat saya, apa pon terpulang kepada saudari sendri.. :)

    ReplyDelete
  2. jazakillahu khair bagi komen ukhti itu..saya sangat hargai..^-^
    begitu ye..mungkin kerana saya tidak biasa menggunakan enta enti jadi saya tidak gunakan di dalam penulisan saya..insyaa-Allah pada karya kan datang saya akan masukkan..=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts