ASAL BENCI MENJADI CINTA

                                                                         ......السلام عليكم

Pengisian kali ini tidak ada kaitan dengan cerita cinta seperti sinetron Indonesia “benci bilang cinta” ye. ^-^.
Pengisian ini mengenai perkara yang pernah kita tidak sukai pada satu ketika dahulu tetapi menjadi kecintaan kita sekarang.

Hari ini nur akan berkongsi cerita mengenai seorang ukhti ini yang mungkin dapat member sedikit inspirasi.insyaa Allah.

“Langkah pertama saya ketika memijakkan kaki kea lam sekolah menengah,saya telah terpilih untuk memasuki sebuah sekolah agama berasrama penuh di pantai timur.Perasaan saya ketika itu tidak tahu apa-apa kerana saya tidak seperti pelajar sekarang yang sudah memasuki sekolah agama ketika sekolah rendah lagi.Bermulalah episode baru dalam kehidupan saya ketika di awal usia 13 tahun itu.

Jujur saya katakan ketika saya bersekolah di sana,saya sangat,sangat,sangat tidak suka berada di sana.Saya mengalamai tekanan perasaan yang agak kritikal.Saya tidak mampu menyesuaikan diri dengan suasana di sana.Saya berasa sangat lemah ketika di sana.Saya merasa sangat menyesal kerana memasuki sekolah tersebut walaupun sekolah tersebut memang terkenal dengan pelajar-pelajarnya yang cemerlang.

Saya tidak dapat menguruskan masa dengan baik.Saya tidak dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran dan saya tidak dapat bergaul dengan rakan-rakan.Saya kerap meminggirkan diri dari orang ramai walaupun sebenarnya saya adalah seorang yang sangat ceria,banyak mulut dan suka ketawa.Tetapi bila saya di sana semua itu bagaikan hilang sehinggakan jika saya balik ke rumah kawan-kawan lama akan menegur diri saya yang sudah berat mulut.

Apa yang saya tidak suka di sana?banyak.terlampau banyak sehingga saya rasa seperti hampir hendak gila.Sebagai pelajar sekolah agama dan asrama penuh,kami dituntut untuk cemerlang dalam bidang agama dan juga pelajaran.Boleh dikatakan jadual sehari harian sangat padat sehingga tidak ada masa untuk berehat dan juga menyiapkan kerja yang diberikan.

Ketika bergelar pelajar di sana,saya perlu memakai tudung labuh yang menutupi bahagian pinggul dan bahagian hadapan labuhnya sehingga bahagian pinggang,memakai sarung kaki ke mana sahaja kecuali di dalam kawasan asrama,lengan baju haruslah dicekak,tudung biasa hendaklah dijahit tengah,memakai kain dalam,memakai tudung setiap masa walaupun di dalam kawasan asrama,memakai sandal yang bertali dan memakai sarung tangan.Kami juga mempunyai pakaian kokurikulum yang khas rekaannya telah diberikan bersama surat tawaran yang menampilkan cirri-ciri muslimah yang sopan dan menutup aurat.

Apa yang saya tidak sukakan mengenai pakaian adalah tudung labuh.Pada masa itu saya sangat benci dengan tudung labuh yang saya pakai.Ini kerana saya yang berbadan agak kecil ini menjadikan tudung tersebut seakan-akan lebih berat dari kepala saya jadi tudung tersebut sering tertarik ke belakang dan menyebabkan leher saya berasa sengal-sengal.Kemudian saya tidak suka dengan tudung tersebut kerana bahagian mukanya selalu tidak menjadi dan saya merasa wajah saya sangat hodoh jika memakai tudung tersebut.Saya bencikan tudung labuh pada ketika itu tetapi terpaksa memakainya.

Tadi saya sudah berkongsi mengenai etika pakaian.Sekarang saya akan berkongsi pula mengenai rutin harian di sana.Seawal jam 4pagi selalunya saya telah bangun untuk membersihkan diri dan bersiap.Ini bagi mengelakkan berebut giliran untuk ke bilik air dan mandi dan juga mengelakkan tidak ada air.Kemudian saya akan bersiap-siap untuk ke surau bagi solat subuh berjemaah.Ada pengawas yang akan memeriksa setiap bilik bagi mengelakkan ada yang memonteng solat jemaah.Selepas solat subuh berjemaah dan bacaan al-mathurat saya akan bergegas kembali ke asrama untuk memakai pakaian sekolah dan tepat jam 7.10pagi pintu pagar asrama akan ditutup.Selepas bersarapan pada jam 7.40pagi kami perlu beratur di sekolah.Berkejar-kejar jugalah saya untuk pergi ke tapak perhimpunan yang agak jauh dari asrama memandangkan panjangnya beratur tadi.Kadang-kadang sempat sarapan dan kadang-kadang tidak.

Selepas perhimpunan/tiada perhimpunan(selain hari isnin dan jumaat),sebelum masuk memulakan kelas kami perlu berada di luar kelas bagi bacaan doa bersama-sama yang akan diketuai oleh pelajar yang bertugas menggunakan speaker sekolah.Selepas itulah kelas akan dimulakan.Pelajar lelaki di bahagian hadapan kelas dan pelajar wanita di bahagian belakang.Pada waktu tengah hari,selepas habis waktu kelas dan pergi makan tengah hari,saya perlu bergegas naik ke bilik untuk solat dan pergi ke kelas prep petang di mana pintu asrama akan ditutup tepat jam 2.30petang.Kadang-kadang kalau terlambat saya akan singgah di masjid untuk solat zohor sebelum pergi ke kelas prep.

Untuk solat asar,kami perlu solat berjemaah di masjid.Selepas solat asar berjemaah kami akan duduk dalam bulatan yang besar dan membaca Al-Quran bersama-sama mengikut pelajar yang bertugas setiap hari.Selepas itu kami dibenarkan pulang ke asrama untuk melakukan aktiviti sendiri.Pada pukul 5.30petang kami diwajibkan untuk turun untuk beriadah dengan memakai pakaian yang saya nyatakan di awal tadi.Kami perlu menandatangani kad kehadiran turun beriadah pada pegawai yang menjaga kebajikan kami maka tiada peluanglah untuk memonteng.

Selesai beriadah,pada jam 6.15petang kami dibenarkan naik ke bilik untuk bersiap dan membersihkan diri untuk ke masjid.Pada jam 6.50petang kami sudah perlu ada di masjid bagi bacaan Al-Mathurat bersama-sama sebelum masuknya waktu maghrib.Selapas selesai solat maghrib berjemaah akan ada tazkirah maghrib dan juga sesi soal jawab.Selepas itu solat isya’ berjemaah dan kami akan terus pergi ke kelas prep malam dan tidak dibenarkan kembali ke asrama kerana pintu asrama sudah ditutup pada waktu maghrib tadi lagi.

Kelas prep malam habis pada jam 10.10malam.Pada pukul 11 malam pula kami perlu berda di bilik masing-masing dan membuat usrah di mana kami akan membaca surah-surah tertentu mengikut hari yang akan diketuai oleh pelajar yang bertugas menggunakan speaker yang ada di setiap bilik.Selepas bacaan al-quran tersebut kami bebas untuk melakukan aktiviti sendiri.Pada masa inilah saya akan merebut peluang untuk ke bilik seterika untuk menseterika pakaian dan selalunya memang ramai orang kerana hanya terdapat satu bilik seterika di setiap aras.Lampu asrama wajib ditutup 10minit sebelum pukul 12 tengah malam di mana selalunya saya masih sibuk dengan urusan seperti hendak seterika pakaian dan juga menyiapkan kerja sekolah yang banyak.Setiap malam saya terpaksa membuat kerja di tepi tingkap dengan sedikit suluhan lampu koridor di luar bilik.

Jujur saya akui saya mengalami kesusahan dalam mempelajari bahasa arab ketika di sana.Pernah satu ketika saya terpaksa meminta jawapan dari kawan sebelah untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru di hadapan.Saya rasa sangat tertekan kerana tiada satu pun pelajaran arab yang berjaya saya fahami setelah 2 bulan berada di sana.Seperti yang saya katakana tadi,kami perlu seimbang dalam bidang agama dan pendidikan biasa.Di samping belajar mengenai ilmu sains,math,geog,sejarah kami juga perlu menghafaz Al-Quran.Jadi masa yang ada di sana sangat menjerut saya.

Apa yang saya boleh katakan saya sangat tertekan dengan semua tugasan dan kesempitan masa apabila belajar di sana tetapi ajaibnya terdapat satu tempat dimana saya merasa sangat tenang dan damai serta tidak merasa tertekan di sekolah tersebut.Tempat tersebut adalah masjid sekolah tersebut.Setiap masa saya sentiasa menantikan saat di mana saya berada di dalam masjid tersebut kerana hanya di situ saya berasa tenang.
Selepas 3bulan belajar di sana saya telah mendapat tawaran untuk memasuki sebuah sekolah lain yang bukan sekolah aliran agama.Saya rasa sangat gembira dan merasa seperti Allah telah memakbulkan doa saya selama ini yang mahu keluar dari sekolah tersebut yang saya rasakan seperti penjara.Itulah kisah saya sepanjang bergelar pelajar sekolah agama.

TETAPI

Apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah kini semua itu datang semula ke dalam hidup saya walaupun sudah hamper sepuluh tahun saya tinggalkan semua itu.Selepas keluar dari sekolah agama tersebut saya akui saya telah terkeluar dari jalan sebelumnya.Saya sudah tidak memakai tudung labuh lagi dan segala etika pemakaian yang telah saya pakai di sekolah agama tersebut.Saya sudah tidak mengamalkan lagi rutin harian yang pernah saya lakukan di sekolah agama tersebut kerana sekarang saya sudh menjadi pelajar di sekolah biasa.

Tetapi kini Allah telah membuka pintu hati dan membuka mata saya semula untuk melihat manisnya keimanan dan ketaqwaan itu.Allah telah memberikan saya hidayah yang amat besar dan bermakna.Ingat lagi tudung labuh yang pernah saya kutuk dahulu??kini itulah yang yang menjadi kecintaan saya.benar pada awalnya saya agak ragu-ragu dan tidak yakin untuk memakainya semula tetapi hati saya yang memintanya.Hati saya mencintainya.Hati saya yang menginginkannya.Saya nekad untuk memakainya semula walaupun seribu tomahan akan saya terima.Keran hati saya sudah mula jatuh cinta kepadanya.Jatuh cinta kepada sesuatu yang pernah saya benci dahulu.Ajaibnya perasaan yang saya alami adalah sebuah ketenangan,kekuatan dan kecintaan yang sangat kuat.ALLAH!indahnya perasaan ini.

Ingat lagi rutin harian yang pernah saya rasa memenjarakan diri saya pada satu ketika dahulu?kini air mata saya akan mengalir setiap kali terkenangkan tarbiah yang saya dapat ketika di sana walaupun amat singkat.Ya Allah,baru saya sedar sekarang bahawa saya sudah kehilangan tarbiah yang sangat baik dan bagus dengan berpindah ke sekolah biasa.Saya rindukan majlis ilmu dan zikrullah di sana.Saya rindukan tarbiah dari sahabat-sahabat,guru-guru dan senior-senior di sana.Saya rindukan amal yang saya dapat lakukan di sana.
Teringat satu peristiwa di mana satu hari saya terlupa memakai sarung kaki ketika pergi ke dewan makan kerana baru beberapa hari memasuki sekolah tersebut.Tiba-tiba datang beberapa orang kakak senior yang mengelilingiku menyatakan bahawa saya seharusnya memakai sarung kaki keran kaki itu adalah aurat bagi ajnabi.Pada ketika itu saya menyangkakan mereka mahu memarahiku tetapi tidak.Akkak tersebut menasihatiku dengan baik dan mereka semua mengelilingiku hanya untuk menghadang dari auratku terlihat oleh pelajar lelaki.ALLAH!betapa indahnya ukhwah itu di mana manusia saling menjaga antara satu sama lain.ALLAHUAKBAR.

Tetapi betapa ruginya saya pada masa itu kerana tidak dapat melihat semua kebaikan itu bahkan berdoa meminta kepada Allah untuk diukarkan ke sekolah lain.Ya Allah,sesungguhnya akulah hamba Mu yang telah menzalimi diriku sendiriku sendiri.Astaghfirullahalazim.Lihatlah sekarang,saya terpaksa bermula dari awal dengan merangkak-rangkak dalam mengenal semula nilai keimanan dan ketaqwaan itu.Belajar mengenal erti cinta Allah dan Rasul sedangkan suatu ketika dahulu semua itu sudah terbentang luas di hadapanku tetapi telah saya sia-siakan.Betapa penyesalan itu saya rasai di setiap lubuk hati tetapi saya yakin masih belum terlambat untuk setiap hamba Allah itu berpaling kepada jalan yang benar tidak kira muda mahupun tua.
Saya berkongsikan cerita ini kerana saya tidak mahu ada lagi di luar sana hamba-hamba Allah yang akan mengulangi kesilapan yang pernah saya lakukan.
Sesungguhnya Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

Dan bagi mereka yang sudahpun terlajak melakukan kesilapan segeralah kembali ke pangkal jalan.

Kerana  Allah SWT berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (At-Tahrim: 8)

Dan bagi mereka yang menyatakan bahawa mereka masih belum mendapat hidayah maka carilah hidayah itu.Sesungguhnya jika kita bersungguh-sungguh mencari hidayah insyaa Allah kita akan menemuinya.Dan bagi sesiapa yang sudah pun disapa oleh hidayah dari Allah maka segeralah menyambut sapaan tersebut.JANGAN BERTANGGUH!KERANA KEMATIAN TIDAK DAPAT DITANGGUH.Jangan merugikan peluang yang diberi.

ALLAH berfirman yang bermaksud:

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Sekian sahaja kisah yang dapat nur kongsikan dengan pembaca sekalian.Mana yang baik segeralah diambil dan mana yang buruk kita tinggalkan.Semoga bermanfaat.=)

Comments

Popular Posts