BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAHAGIAN 4 (AKHIR)


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAITUL MUSLIM BAHAGIAN 4 (AKHIR)

“Assalamualaikum kak,”Aira menyapa ceria.

“Waalaikumussalam Aira,”aku menghadiahkan senyuman.

“Akak sihat?sejak kebelakangan ini Aira lihat akak kurang bercakap dan banyak 
termenung.Akak ada masalah ke?kalau akak ada masalah Aia boleh dengar dan mana tahu Aira boleh bantu,”Aira yang agak risau dengan sikap Nur yang berbeza ingin mengetahui apa sebabnya.

“Akak tak ada masalah pun Aira.Akak macam biasa sahaja.Jazakillahu khair sebab risaukan akak.Memang seorang adik yang prihatin,”ku usap mesra kepala Aira.

“Mestilah kak.Tak comel la kalau akak tak senyum.Macam cekodok tak jadi tau kak,”Aira dengan usikannya.

“Eee Aira ni.Ada ke samakan akak dengan cekodok tak jadi.Ni akak nak merajuk ni,”aku sengaja menarik muka masam.

“Alalala akak Nur yang Aira kasihi.Aira hanya bergurau.Kalau muka akak macam cekodok tak jadi,jawabnya famous la cekodok tu kak.Best seller in the world nanti,”Aira tertawa ceria.

“Tak habis-habis mengusik akak kan.Nasib baik akak sayang,”lantas pipi comelnya ku cubit sambil tersenyum dengan gelagatnya.

“Akak pula tak habis-habis cubit pipi saya.Jadi kita fair la kak,”

“Yelah Aira.Dah jom kita gerak ke kelas.Nanti terlambat pula,”aku segera menyarungkan kasutku.

“Akak.Umi akak ada telefon akak?,”soal Aira tiba-tiba.

“Tak ada.Kenapa?Tak pernah pun selama ni Aira tanyakan umi akak telefon atau tak kenapa tiba-tiba tanya ni?,”aku agak kepelikan.

“Tak ada apa-apalah kak.Nanti umi akak mesti akan telefon akak,”Aira segera beredar pergi ke kelasnya sambil tersenyum nakal dan meninggalkanku termangu-mangu sendirian.

“Kenapa ya?emm…,”soalku sendirian.

Aku segera bergegas ke surau untuk menunaikan solat sunat dhuha sebelum kelas bermula pada pukul 8.30 pagi nanti.Banyak kelebihannya jika kita melakukan solat sunat dhuha ini.Ia adalah kunci kepada pintu rezeki.Sejak aku dimaklumkan mengenai kelebihan solat sunat dhuha ini,aku terus mengamalkannya sehingga kini.

Selesai semua kelasku pada hari itu,aku melihat terdapat dua panggilan tidak dijawab.Umi yang menelefonku,lantas aku teringat kata-kata Aira pada pagi tadi.Segera aku menekan nombor telefon umi.

“Ya Allah Ya Tuhanku,kurniakanlah aku pasangan yang terbaik buat diriku.Tunjukilah aku jalan yang harus ku plih.Bantulah aku dalam membuat keputusan,”doaku selepas usai solat isya’.



Teringat kembali perbualanku berama umi pada petang tadi.Umi menyampaikan bahawa ada seseorang yang datang merisikku.Dan orang itu adalah ibu dan bapa Faliq.Ya Allah,alangkah terkejutnya aku mendengarkan berita tersebut.Umi tidak memaksaku untuk menerima.Aku meminta masa daripada umi untuk memikirkannya.Sementara itu aku meminta supaya umi dan abi untuk melakukan solat sunat istikharah buatku.Teringatku pada episod semanis kurma yang lalu di mana Ustazah Bahyah ada memberi petua dalam memilih pasangan adalah dengan meminta ibu dan bapa kita melakukan juga solat sunat istikharah.


Benar juga kata-kata Ustazah Bahyah itu memandangkan jika kita yang solat sunat istikharah maka mungkin hati kita berat kepada sesuatu keputusan.Macam keadaanku sekarang pastilah keputusanku berat kepada menolak lalu aku meminta umi dan abi untuk melakukan solat istikharah dan aku juga turut melakukannya.Aku redha dan bertawakal dengan apa jua keputusannya nanti.
“Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]”

Seminggu selepas itu….

“Akak.Aira dapat lihat akak banyak termenung dan tidak ceria sejak mendapat berita mengenai peminangan abang Faliq.Akak tidak suka pada abang Faliq ya?,”soal Aira.

“Asifah.Akak tidak mempunyai jawapan bagi soalan Aira.Akak masih mempertimbangkannya,”aku cuba mengelak dari menjawab soalan Aira.

“Aira tak tahu apa masalah sebenarnya tetapi Aira ingin memberitahu akak sesuatu.Abang Faliq dahulu memang seorang yang jahat tetapi dia sudah benar-benar berubah.Walaupun abang Faliq nakal tetapi dia tidak pernah membuat perkara tidak baik kepada wanita.Dia selalu berpesan kepada Aira dalam mempercayai lelaki.Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan.Dan abang Faliq juga seorang abang yang penyayang dan baik.Abang Faliq berpewatakan jahat itupun kerana dahulu ibu dan ayah hanya mementingkan bisnes berbanding keluarga.Aira harap akak akan mempertimbangkan dahulu peminangan tersebut ye.Tetapi andaikata akak tetap ingin menolaknya maka Aira harap hubungan kita tidak akan terjejas.Aira sayangkan akak macam akak AIra sendiri,”luah Aira ikhlas.

“Aira…,”aku tidak mampu meneruskan kata-kataku.

“Oh ye kak.Lagi satu.Abang Faliq minta Aira supaya memberikan akak ini.Dia juga pesan yang dia redha dengan apa jua keputusan akak dan memahami.Akak minta diri dulu ye.Aira ada meeting sekejap lagi.Assalamualaikum,”Aira menyerahkan diari biru kepadaku lalu beredar.

“Waalaikumussalam,”jawabku.

“Diari ini!,”alangkah terkejutnya aku melihat diariku sewaktu di sekolah dahulu yang telah hilang.Bagaimana Faliq boleh memiliki diariku ini.Pelbagai persoalan muncul di fikiranku.

Aku mengambil tempat di bangku kerusi di bawah sepohon pokok yang rending di hujung padang lalu meyelak satu persatu helaian diari lamaku itu.Setiap catatanku sewaktu mula melangkahkan kaki ke maahad dahulu,bagaimana mujahadahku dalam mencari cinta Allah dan mengenal Allah semua ku ctatkan di dalam diari tersebut.Diari itu benar-benar beharga buatku.Aku tidak pernah menyangka akan menemuinya semula.

Setelah tiba di muka surat terakhir catatanku iaitu pada hari terjadinya peristiwa yang tidak mahu aku ingati lagi dengan Faliq aku melihat terdapat catatan lain selepasnya.

“Tulisan siapakah ini?,”aku membaca setiap catatan yang terdapat selepas catatanku tamat.
Faliq rupanya yang telah menulis semua itu.Segala penjelasan dan pemohonan maafnya dicatatkan di situ sejak dari hari diari itu berada dalam pemilikannya.Segala catatan dan luahan hatinya sepanjang pengajiannya di pondok dan di Mesir juga dicatatkan di dalam diari ini.Muka surat terakhir di dalam diari itu berbunyi

“Ya Allah,Ya Tuhanku.Andai suatu hari nanti diari ini kembali kepada tuannya yang sebenar.Aku berharap agar Nur akan memaafkan segala kesalahanku.Andai diizinkan oleh Allah,aku ingin melamarnya menjadi bidadari dunia dan syurgaku.tetapi jika dia ditakdirkan bukan untukku maka aku doakan kebahagiaannya di dunia dan akhirat.”


Menitis air mataku membaca segala catatan Faliq yang terdapat di dalam diari tersebut.Betapa kuatnya dia mengharungi cabaran dalam mencari ilmu Allah sehingga akhirnya dia berjaya menapakkan kakinya di menara gading di Al-Azhar,Mesir.

“Engkau sungguh tabah Faliq.Aku pula telah berburuk sangka kepadamu dalam banyak perkara.Ya Allah,ampunilah keterlanjuranku.Benarlah kata Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

 Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."   

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Sebenarnya pada dua hari yang lepas umi ada menghubungiku menyatakan bahawa umi dan abi bersetuju untuk menerima peminangan Faliq.Solat istikharah yang dilakukan member keyakinan dan petanda yang positif pada mereka.Hanya aku yang masih tidak mahu menerimanya kerana masih teringatkan kisah lama.Tetapi pada hari ini Allah telah datngkan diari ini bagi memberi petunjuk kepadaku.

“Ya Allah.Sungguh benarlah janji-janjiMu bagi mereka yang meyakiniMu,”


Selepas aku merasa yakin dengan keputusanku,lantas aku menghubungi umi bagi menyatakan persetujuanku menerima peminangan tersebut.Umi dan abi tenyata gembira dengan keputusanku.Kami telah mengambil keputusan untuk bertunang dalam masa terdekat kerana memikirkan cuti Faliq yang akan habis tidak lama lagi dan berkahwin selepas tamat belajar iaitu satu tahun lagi dari sekarang memandangkan kami sama-sama berada di tahun akhir pengajian.

Doa Sayyid Qutb:"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua. Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu. Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Dua tahun kemudian…..

“Assalamualaikum anak ayah yang soleh di dalam,”Faliq memelukku dari belakang lalu mendekatkan wajahnya ke perutku yang sedang sarat mengandungkan imam kecil kami.Aku tersenyum melihat gelagatnya yang sangat tidak sabar menanti kelahiran permata hati kami itu.

“Anak ayah sihat hari ini?Umi dah ajarkan baca Al-Quran dan zikir pada anak ayah hari ini?Anak ayah nakal tak kat dalam ni?,”Faliq masih asyik dengan perbualannya.Itulah yang sehari-hari dia akan lakukan sebaik sahaja balik dari kerja.

“Pada umi nya ayah tak nak tanya ke?kesian umi kan Muhammad Syafi,”rajukku sambil mengusap-ngusap perutku.

“Alaa isteri abang yang comel ni.Bidadari abang di dunia dan di akhirat insyaa-Allah.Abang sengaja tak mahu bertanya sebab suka melihat wajah isteri abang yang berganda comelnya bila merajuk macam ni,”lantas pipiku dicubitnya mesra.

“Alaa abang ni.Tahulah sekarang sayang dah makin tembam.Nak perli la tu,”aku sengaja berpura-pura merajuk.

“Tembam ke Syafi?tak kan.Comel la sayang.Makin cantik dan makin bertambah sayang lagi abang pada sayang.Terima kasih sayang sebab sudi mengandungkan zuriat abang walaupun abang tahu betapa susahnya sayang dalam tempoh 9 bulan ini.Kesakitan semasa melahirkan nanti apatah lagi.Kalau lelaki yang diberi tugas mengandung dan melahirkan anak,pasti tidak ada yang mampu.Betapa hebatnya seorang wanita itu diciptakan oleh Allah.Dan abang bertuah memiliki wanita sehebat dan solehah seperti sayang.Abang bersyukur kepada Allah yang telah mendengar doa abang selama ini.Alhamdulillah,”lantas tanganku digenggam kemas.

Terharu dengan kata-kata dari suamiku,berguguran butiran mutiara di pipiku.Tanda kegembiraan dan kebahagiaan yang kami dapati.Semoga dengan kehadiran imam kecil kami nanti akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keberkatan di dalam rumah tangga ini.Baiti jannati.Amin.

TAMAT…………..


Comments

  1. :) comel..
    ~perkara y kta suka itu belum tentu baik bagi kita. dan begitulah sebaliknya. :)
    ~sebaik-baik perancang, rancangan Allah lah y terbaik!! yakin pada NYA. :)

    >>jemput ziarah blog saya y xseberapa ye.. :)

    ReplyDelete
  2. na'am..betul tu ukhti..kita hanyalah pemain watak..pengarahnya adalah Dia..=)

    insyaa-Allah..sudahpun berkunjung ke blog ukhti..;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts