CERPEN:SEINDAH MAHABBAH:BAB 1

BAB 1: SEINDAH MAHABBAH USRAH



“Assalamualaikum adik-adik usrah yang akak sayangi dan rindui,”sapaku ketika baru sampai di kelompok usrahku di Masjid Uwais Al-Qarni.

“Waalaikumussalam Kak Nur yang kami sayangggg,”balas mereka dengan nada yang sedikit nakal.

“Allah,terharunya akak adik-adik-adik akak ni nampaknya sangat sayanggg dengan akak ye?,”aku tertawa kecil sambil mengusik mereka.

“Mestilah sayang kak.Kalau tak kami dah balik bilik tidur,”usik salah seorang adik usrahku, Atul sambil menahan ketawa.

“Aish,tidur je yang atul ni suka ye.Muka akak ni atul tak suka ke nak jumpa,”usikku lagi sambil mencubit manja pipi Atul.

“Alaa kak.Tak acilah main cubit-cubit ni.Tahulah Pipi Atul ni kiut,”senyuman nakal terukir di wajahnya.

“Ye,sebab tu akak geram.nak cubit selalu je rasanya,”tawaku perlahan.”Okey,okey.cukuplah gurauannya.Kesian adik-adik akak yang lain yang dah tak sabar nak dengar pengisian untuk hari ini.Semua nak dengar tak?,”soalku ceria bagi menghidupkan suasana.

“Kami dah tak sabar ni kak,”balas mereka sambil tersenyum dan merapatkan diri di dalam satu bulatan.

“Baiklah,tanpa membuang masa akak akan memulakan pengisian kita pada petang ini.Hari ini akak akan membawa topiK hijrah dan hidayah.Apa itu hidayah dan hijrah?Selalunya daripada hidayahlah seseorang akan mula berhijrah atau melakukan perubahan.Perubahan yang dimaksudkan di sini pastilah perubahan ke arah kebaikan.Bukan keburukan ye.Akak yakin,pasti ada di antara kita yang pernah mengalaminyakan?Mungkin di masa silam kita adalah seorang hamba Allah yang pernah tersalah jalan tetapi hidayah Allah itu telah datang menyapa dan memberi kekuatan kepada kita untuk berubah.”

“Siapa kita dahulu bukanlah pengukur bagi siapa kita pada masa akan datang.Bagi yang pernah tersalah memilih jalan sesungguhnya di dalam Surah Al-Zumar ayat 53 menyatakan,Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

“Dan Sabda Rasulullah SAW “Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya.

“Jadi apa yang perlu dilakukan jika kita telah berbuat dosa adik-adik yang akak sayangi semua??.”

“Bertaubat dan memohon pengampunan kepada Allah,”balas mereka serentak.

“Na’am.Pandai adik-adik akak ni,”senyumku.”Taubat itulah penghapus dosa dan kita dituntut untuk bertaubat kepada Allah kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan dosa. Allah SWT berfirman:Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (At-Tahrim: 8)”.

“Menangislah menyesali setiap dosa yang pernah kita lakukan dan mohonlah pengampunan dari Allah tidak kira sebesar mana pun dosa kita kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Sabda Rasulullah s.a.w.:“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.” Nabi Muhammad bersabda lagi : ”Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”

“Jadi,apa lagi yang kita tunggu?Adakah maut akan menunggu kita?Tidak.Maka bertaubatlah sebelum terlambat supaya kita akan menghadap Allah dalam keadaan yang suci dari dosa.Insyaa-Allah. Imam AL GHAZALI berkata, "Yang paling jauh bukannya bintang, matahari atau bulan, tetapi adalah masa yang telah berlalu dan tidak akan kembali.Bagaimanapun kita ,apapun kendaraan kita,tetap kita tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Semalam yang luput menjadi kenangan. Kelmarin yang terluput menjadi sesalan. Yang ada hanya hari ini dan yang akan datang. Gunakan hari ini sebaik mungkin, kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selama-lamanya.”


Ku perhatikan satu persatu wajah-wajah yang berada di hadapanku.Riak wajah mereka menunjukkan bahawa jiwa mereka terkesan dengan apa yang telahku sampaikan.Kelihatan mereka sedang berfikir dalam mengenai topik pengisian kali ini.Ada yang menundukkan kepala dan ada yang kelihatan sedang mengelamun jauh mungkin sedang mengingati perjalanan hidup mereka sebelum ini.

“Tidak pernah terlambat untuk bertaubat adik-adikku.Selagi mana kita masih bernafas,selagi itu peluang masih terbuka buat kita.Jadi janganlah sia-siakan peluang yang diberi,”aku cuba memberi keyakinan kepada mereka.

“Emm,akak.bagaimana pula keadaannya bagi mereka yang suka melakukan dosa dan tidak rasa bersalah mahupun takut dengan azab Allah?,”soal salah seorang daripada adik usrahku, Mira.

“Itu petanda bahawa hatinya telah mati. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran,”jawabku.

“Dari Abu Hurairah r.a.pernah berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
“Bagaimana kita hendak tahu samaada hati kita masih hidup mahupun mati kak?”,soal Fatin pula.
“Terdapat pesan daripada Imam Ghazali,iaitu "Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
“Bagaimana pula jika Allah tidak memakbulkan doa kita kak?,”soal Fatin lagi.
Aku tersenyum mendengar soalannya dan menjawab dengan tenang.” Syeikh Ibn Athaillah ada mengatakan dalam al-Hikam yang berbunyi, “Jangan berputus asa jika ALLAH melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana ALLAH menjamin penerimaan semua doa menurut yang DIA tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan akan dikabulkan pada waktu yang ditentukanNYA bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.” Sifat sabar dan yakin amatlah dituntut untuk membina keyakinan dan kepercayaan kita kepada ALLAH, dan teruslah untuk bersangka baik terhadapNYA.”

Ku lihat beberapa daripada adik-adikku sudahpun menitiskan air mata.Mungkin ada kisah yang berat di sebalik air mata tersebut.Aku cuba menenangkan mereka dengan kata-kata semangat dan bujukan.Aku mendengar setiap luahan hati mereka dan bersama-sama kami semua di dalam usrah tersebut mendapat ilmu dan pengalaman yang banyak hasil perkongsian bersama.Begitulah indahnya mahabbah sebuah usrah itu.Hubungan ukhwah kami bertambah erat dan kami saling menguatkan dan saling membantu supaya setiap dari kami akan kuat dan bangkit lebih tinggi dari sebelumnya.

Sebelum kami usaikan usrah pada hari ini,kami berpeluk-pelukan dan bersalam-salaman sebagai tanda kasih dan sayang terhadap antara satu sama lain.Allah,betapa indahnya aturan Mu.Hadirkanlah rasa kecintaan di dalam hati kami untuk saling mencintai kerana Mu.

“Terima kasih Kak Nur.Kami sayangggggggggggggggggg Kak Nur sangat-sangat,”ucap mereka kepadaku sebelum berpisah.

“Akak pun sayangkan kamu semua.Uhibbuki fillah.Hati-hati dalam perjalanan balik.Assalamualaikum,”sempatku berpesan supaya mereka menjaga keselamatan diri.

“Baik kak,akak juga.Waalaikumussalam.”

Aku mengarahkan langkahku menuju ke bilikku dengan segera kerana waktu maghrib sudah menghampiri.Sesampai sahaja di bilik aku terus membersihkan diri dan bersiap-siap untuk solat.Panjang doa yang ku panjatkan kepada Allah.Usai solat aku segera mencapai kalam cintaku, AL-QURAN.Usai solat isya’ aku duduk di meja belajarku bagi menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah.

Bersambung…………

Comments

  1. antara perkara yang sebaiknya tidak ditangguh-tangguhkan selepas solat adalah taubat. Kerna ajal n maut bukan di dalam genggaman manusia namun dlam genggaman YaNG ESA. :)

    ReplyDelete
  2. na'am.benar tu ukhti..kita manusia yang tak pernah lari dari membuat dosa dan taubat itu adalah pembersihnya..=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts