CERPEN SEINDAH MAHABBAH:BAB 3
BAB 3: SEINDAH MAHABBAH UKHWAH
“Assalamualaikum
dan selamat pagi kepada para hadirin sekalian.Saya Nur Anshariyah Bt Muhammad
Shaari akan mempengerusikan program pada hari ini yang bertajuk ‘Auratmu Duhai
Muslimah Bukan Tontonan Umum’ ”,ucapku memulakan program pada pagi itu.
“Para wanita yang dikasihi Allah sekalian.Apakah itu
aurat?Adakah semua yang berada di dalam dewan ini tahu apakah aurat kita? Tidak
mengapa bagi yang mungkin belum jelas tentang aurat. Inilah tujuan diadakan
program kesedaran ini supaya semua muslimah-muslimah yang cantik dan manis di
hadapan saya ini akan jelas mengenai apa itu aurat.”
“Dari Surah An-Nur ayat ke -------- Allah
berfirman,“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung.”
“Sudah dapat sedikit gambaran tentang aurat? Belum lagi? Tak
mengapa banyak lagi yang akan kita bincangkan. Dari ayat tadi kita sudah dapat
mengetahui dengan golongan yang bagaimana seharusnya kita menjaga dan menutupi
aurat kita.dan dari ayat tadi juga telah memberitahu pada kita tentang perlunya
melabuhkan kain tudung menutupi dada.”
“Aurat bagi seorang wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali
muka dan tapak tangan.Kita mulakan dari bahagian kepala dan ke bawah.Kita wajib
menutup rambut kita kerana rambut itu adalah aurat.Sabda Rasulullah
SAW,”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Riwayat
Bukhari dan Muslim).Dan seperti kata UAI, tak kisahlah nak pakai telekung
ke,tudung saji ke, atau permaidani pun boleh asalkan menutupi rambut dan dada.Tapi
yang permaidani tu saya yang tambah”,sedikit selingan gurauan diselitkan bagi
membuat para pendengar terhibur dan tidak mengantuk.Ternyata trick ku
berjaya.Dewan itu dipenuhi dengan ketawa dari para hadirin.
“Kemudian tudung atau selendang atau permaidani yang kita
gunakan tadi untuk menutupi rambut perlulah juga dilabuhkan menutupi dada dan
hendaklah tidak jarang dan ketat.Eh,macam mana pula tudung boleh
ketat?Haa,ketat maksudnya menampakkan bentuk leher seperti ada wanita-wanita
yang di luar sana suka memakai pin di bahagian belakang leher pada tudung dan
menampakkan bentuk leher kita.Tak boleh ye.Kemudian membuat atau meninggikan
rambut dengan membuat sanggul beSar-besar dan tinggi-tinggi pun tak boleh ye.”
“Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang
akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama,
golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang
digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi
bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu.
Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang
senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat
mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari
perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
Pasti
ada yang mengatakan bahawa dia masih belum bersedia dan ikhlas untuk memakai
tudung.Tidak mahu menjadi manusia hipokrit katanya.Suka untuk saya kongsikan
kata-kata dari UAi lagi memandangkan saya pasti ramai di antara para hadirin
adalah pengikut setia ceramah beliau bukan.Katanya “Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun
dalam keadaan terpaksa, puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN
itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan
kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah
kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah,
sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI. ia
seperti makanan, jika tidak disuap ia tidak akan masuk ke mulut.
“Ingin tahu apa kelebihan bertudung labuh?”
“Sekarang kita teruskan dengan bahagian pakaian pula.Lengan
kita adalah aurat DAN.tidak boleh memakai lengan pendek mahupun lengan tiga
suku kerana akan menampakkan aurat kita.Pakaian kita juga tidak boleh jarang
dan ketat sehingga memperlihatkan bagaimana bentuk tubuh badan kita seperti
inner yang ketat dan pakaian dari kain yang jarang tanpa ada lining di dalam.Perkara
yang sama juga pada seluar dan juga kain.Dan satu perkara yang sering dilupakan
adalah bahagian kaki kita.Kaki kita adalah aurat dan seharusnya ditutup dengan
memakai sarung kaki mahupun stoking.”
"Wahai anak-anak Adam!
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan
untuk) pakaian
menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah
yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda(limpah
kurnia) Allah (dan
rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya
mereka mengenangnya (dan
bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]
“Pakaian yang mengikut syariat itu
adalah sebaiknya dan sedikit panduan dan kata-kata yang ingin saya kongsikan
ialah,Tudung
pada wajah, jangan sampai wajahnya mengundang fitnah.
Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.Tudung pada mata,jangan
matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang,
tidak memandang. Tudung pada suara,
jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati, mengingati Allah dengan
tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar.”
“Indahnya
menutupi aurat itu berbanding tidak menutup aurat itu hanya dapat dirasai oleh
mereka yang melakukannya.Jangan takut untuk mengorak langkah ke hadapan dalam
mendapat redha Ilahi,”
“Ini sahaja pengisian dari saya dan selebihnya saya serahkan
kepada pengacara majlis dan ukhti seterusnya bagi menyambung membincangkan
mengenai tabarruj dan sesi soal jawab,”ku tamatkan ucapanku dengan hati yang
lega dan gembira kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu yang diberikan oleh
Allah dengan muslimah-muslimah yang hadir.
Program pada hari itu berjalan dengan lancar dan baik.Aku sebagai pengarah program amat berpuas hati dengan respond dan pengisian dalam program tersebut.Semoga program ini dapat memberi manfaat dan penerangan yang lebih jelas kepada para peserta yang hadir.Sedang aku sibuk mengemas kertas-kertas, seorang peserta program tersebut datang menghampiriku.
“Assalamualaikum.Boleh saya hendak bertanya sesuatu kepada
akak?”
“Waalaikumussalam.Boleh dik.Dengan senang hati,”balasku
dengan senyuman mesra.
“Saya ada beberapa persoalan dan kemusykilan mengenai
aurat.Saya ini bukanlah seperti akak yang menutupi aurat dengan sempurna tetapi
saya ingin berubah menjadi seperti akak.Saya suka tengok akak.Sejuk je mata
memandang akak bertudung labuh dan memakai purdah.Saya ini jahil kak.Ibu bapa
saya juga tidak alim,”luahnya dengan nada yang sebak dan riak muka penuh
penyesalan.
“Allah.Dik.Akak ini hanyalah hamba Allah yang biasa.Sama
seperti adik.Adik pun boleh menutupi aurat dengan sempurna.Alhamdulillah adik
ingin berubah ke arah kebaikan.Tidak semestinya kita perlu memiliki ibu bapa
yang soleh untuk menjadi solehah dik.Akak akan bantu adik semampu yang akak
boleh lakukan.Insyaa-Allah,”ucapku menenangkannya dan berazam untuk membantunya
“Terima kasih kak!Saya sebenarnya malu hendak bertanya mengenai
soal aurat ini kerana saya tahu saya sebagai seorang Islam seharusnya tahu
mengenai semua ini.Tetapi apabila saya mendengar akak memberi pengisian tadi
hati saya tergerak untuk datang bertanya kepada akak dan yakin akak dapat
membantu saya dalam berubah.Saya berharap saya tidak menyusahkan akak,”luahnya
bersungguh-sungguh dengan muka penuh pengharapan.
“Insyaa-Allah dik.Akak akan bantu
setakat yang akak mampu.Adik jangan risau.Apa sahaja persoalan yang adik
musykilkan adik boleh kemukan pada akak.Insyaa-Allah akak akan menjawabnya
setakat mana yang akak tahu,”aku lantas memeluknya yang sudah pun menitiskan
air mata keinsafan yang ku lihat penuh keikhlasan. " Ya Allah, mudahnya Kau
bukakan hatinya. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu ini.
Tetapkan hati-hati kami di atas jalan yang lurus ini. Janganlah Kau pesongkan
hati-hati suci ini sesudah hidayahMu mengunjungi. Amin,”doaku di dalam hati.
Begitulah permulaan perkenalan
ku dengan adik Aira yang kini ibarat adik kandungku sendiri.Ukhwah kami terbina
kerana Nya dan diisi dengan kecintaan kerana Nya. Indahnya ukhwah kerana Allah
dan besarnya kebaikan jika hubungan itu kerana Allah.Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya
Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling
cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri
naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”(Riwayat
Muslim)
Bersambung…..(bab yang terakhir
akan menyusul nanti)
Comments
Post a Comment