BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAHAGIAN 2


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAITUL MUSLIM BAHAGIAN 2

7 tahun yang lalu…..

“Kenapalah aku ditukarkan ke sekolah biasa ni.Abi tak patut buat aku macam ni!,”luahku marah dengan tindakan abi yang menukarkan aku dari sekolah maahad ke sekolah menengah harian biasa gara-gara keputusan bahasa arabku semasa PMR sangat teruk.Selepas urusan pendaftaran,aku segera menghayunkan langkahku ke kelas ku.

“4 Rajin,inilah kelasku,”aku berdiri tegak di hadapan pintu kelas tanpa mempunyai niat untuk memasukinya.Sepanjang perjalanan ke kelas tadi aku melihat pelbagai ragam pelajar di sini.Ya Allah.Alangkah bebasnya mereka bergaul antara lelaki dan perempuan dan pemakaian juga ada yang ketat,singkat dan jarang.Astaghfirullahalazim!

Ketika aku di sekolah maahad dahulu,pelajar perempuan dan lelaki diasingkan.Kami tidak berkongsi kelas,library mahupun kantin dan padang sekolah.Sungguh terjaga pergaulan antara kami.Tetapi di sini?perrempuan dan lelaki bertepuk tampar,berdating dan bercampur dengan bebasnya.

“Ya Allah,lindungilah iman hamba Mu ini Ya Allah.Aku tidak mahu terjebak dengan cara hidup mereka yang ternyata telah menyimpang jauh dari jalan yang benar.Mengapalah aku ditukarkan ke sini,”rintihku di dalam hati.Aku akan tetap mempertahankan tudung labuhku sehingga akhir nyawaku.



“Woi!tepilah sikit!Nak masuk kelas pun payah ke!,”jerit seorang pelajar lelaki kepadaku sambil melanggar begku lalu masuk ke dalam kelas.

“Astaghfirullahalazim,”terkejut aku diperlakukan begitu.

Aku segera melangkah masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat di bahagian belakang sekali yang kosong.Tiba-tiba seorang pelajar lelaki datang dan duduk di kerusi di sebelahku.

“Siapa suruh kau duduk di sebelah aku?!,”marahku kepada pelajar lelaki tersebut.

“Siapa suruh kau duduk di sebelah aku?!Pergi!,”ulangku lagi apabila pelajar lelaki tersebut masih tidak berganjak.Akhirnya pelajar lelaki tersebut mengangkat kaki pergi ke tempat lain.

Disebabkan peristiwa itu tiada lagi pelajar lelaki yang berani mendekatiku selepas itu.

“Eh perempuan.Hari semalam aku nampak kau kat bandar.Kau freehair kan.Dah tu pakai seksi-seksi pulak tu.Nampak je macam alim kat sekolah!,”jerit seorang pelajar lelaki kepadaku sebaik sahaja aku memasuki kelas.

“Al fitnatu ashaddu minal khat!,”balasku.Geram sungguh aku rasa.Tak cukup lagi dengan perlian sekarang fitnah pula yang dia nak lemparkan pada aku.MUHAMMAD FALIQ!kau memang keterlaluan!

Aku biarkan sahaja kata-katanya dan menumpukan perhatian kepada pengajaran sebab malas hendak mencetuskan pergaduhan.Ketua samseng sekolah.Itulah dia orangnya.Suka membuat masalah di sekolah.Dengar cerita dia adalah anak orang kaya tetapi ibu bapanya terlampau sibuk dengan perniagaan sehingga mengabaikan anak.

Di makmal komputer….

“Nur,tolong saya Nur.Faliq cuba nak meraba saya,”seorang sahabatku datang menghampiri.

“Apa dia?!biadap sungguh Faliq tu!jangan bimbang.Nur ada.Sya duduk di sebelah Nur ye,”panas sungguh hatiku saat itu.Ini sudah berlebihan!

Apabila aku lihat Faliq semakin menghampiri Sya,aku segera menarik Sya ke belakangku.

“Kau jangan nak biadap Faliq!kalau kau berani kacau mana-mana pelajar perempuan dalam kelas ni,nahas kau aku kerjakan!,”marahku kepada Faliq.Jujur aku katakan hamper sahaja penumbukku melayang ke mukanya lantaran terlampau marah dan jijik dengan perlakuan tak senonohnya itu.

Faliq yang agak terkejut dengan jeritanku itu segera meninggalkan kami dengan muka yang panas membara.

“Terima kasih Nur tapi Nur tak takut ke dengan Faliq tu?dia kan ketua samseng.Nanti kalau dia buat apa-apa pada Nur macam mana?,”soal Sya yang kelihatan takut dengan renungan dari Faliq sebentar tadi.

“Tak mengapalah Sya.Apalah sangat ancaman dari Faliq tu.Dia tetap hamba Allah.Insyaa-Allah Nur ada Allah yang akan sentiasa menjaga Nur kerana Nur tidak melakukan sesuatu yang salah,”balasku tenang dan yakin dengan perlindungan dari Allah.Itu lebih baik daripada aku membiarkan perkara sumbang itu terjadi di hadapan mataku sendiri.

Keesokan harinya…

Aku berjalan seorang diri dari stor sukan selepas menghantar bola jarring yang digunakan dalam latihan pada petang tersebut.Tiba-tiba Faliq menghalang perjalananku.

“Kau nak apa?,”soalku.

“Aku nak apa?bagus soalan kau tu ustazah.Aku nak kau!dah lama aku sakit hati dengan kau.Tahu?!Kau ingat dengan tudung labuh kau yang macam khemah ni kau ingat kau hebat?!kau ingat kau malaikat?!kau dah banyak menyusahkan aku tahu tak!,”tempik faliq kepadaku sambil cuba merapati diriku.

Aku cuba untuk mengundur ke belakang tetapi aku tersepit dengan dinding.Ya Allah,bantulah hamba Mu!

“Kau yang banyak membuat masalah.Aku tak kan masuk campur urusan kau kalau kau tidak menimbulkan masalah!ingatlah Allah sikit Faliq!sekarang jauhkan diri kau dari aku!,”aku cuba untuk melepaskan diri darinya.

“Ingatlah Allah sikit Faliq!Ha Ha Ha.Lawak apa kau nak bawa ni ustazah?sekarang aku nak tengok siapa yang boleh bantu kau selamat,”Faliq seakan-akan orang yang sedang dirasuk.Dia semakin cuba merapatkan dirinya dengan aku.Ya Allah,lindungilah hambaMu ini Ya Allah!

Segera aku membaca doa yang ku pelajari di maahad dahulu bagi mengelakkan dicabul kehormatan,diambil kesempatan mahupun diganggu dan disusuli dengan ayatul kursi sambil hatiku tidak henti-henti berdoa kepada Allah supaya diselamatkan.



Tiba-tiba aku melihat Faliq memberhentikan langkah dan pergerakannya dan hanya memandang diriku.Aku segera mengambil kesempatan itu dengan menendang perutnya dan melarikan diri sambil air mata laju mmbasahi pipiku.

“Aduh!,’jerit Faliq kesakitan.

Ya Allah!ujian apakah ini Ya Allah.Berilah kekuatan kepada hambaMu ini.Teresak-esak aku menangis sebaik sahaja sampai di rumah dan memasuki bilikku.hampir sahaja aku diperlakukan dengan perkara tidak senonoh sebentar tadi tetapi pertolongan Allah itu sampai di saat aku memerlukan.Syukur Ya Allah.

Seminggu aku tidak hadir ke sekolah kerana demam akibat terkejut dengan peristiwa tersebut tetapi aku tidak menceritakan kepada sesiapa.Sya ada datang melawatku 2 hari yang lepas menyatakan bahawa Faliq telahpun berhenti sekolah dan tiada siapa yang tahu akan sebabnya.

Aku mengucapkan kesyukuran yang amat sangat apabila mendapat tahu akan berita tersebut.Ini bermakna aku selamat untuk kembali ke sekolah tersebut.Alhamdulillah.Syukur Ya Allah!

Sekarang….

Kenangan lama itu tidak mungkin aku lupakan.Masih aku ingat lagi akan betapa takutnya aku ketika itu.Tetapi mengapa kini aku harus berjumpa lagi dengan lelaki tersebut.Lupakan sajalah.Aku tidak akan menjumpainya lagi selepas ini.



Sementara itu di banglo mewah itu…..

“Nur.Nur Anshariyah.Aku tidak menyangka akan menemuimu lagi.Allah telah mendengar doaku untuk bertemu denganmu lagi,”Muhammad Faliq bermonolog sendirian di dalam biliknya.

“Maafkan aku Nur.Andai sahaja kau sudi mendengar penjelasanku dan memaafkan aku.Tetapi aku pasti itu adalah agak mustahil.Ya Allah,tunjukilah jalan yang terbaik buat hamba Mu ini,”rintih Faliq sambil erat memeluk sebuah diari berwarna biru yang sudah lama disimpannya.

Fikiran Faliq kembali terbang mengimbau kenangan silam yang berlaku 7 tahun yang lalu…

Bersambung……

Comments

Post a Comment

Popular Posts