BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAHAGIAN 3


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAITUL MUSLIM BAHAGIAN 3

7 tahun yang lalu…..

“Kurang ajar betul minah tudung labuh tu!ada ke aku ditenkingnya depan semua orang sedangkan itu memang tempat aku!takpe,kali ni aku lepaskan kau,”Faliq merengus marah selepas di marahi oleh Nur kerana duduk di sebelahnya.

Beberapa bulan selepas itu…

““Kau jangan nak biadap Faliq!kalau kau berani kacau mana-mana pelajar perempuan dalam kelas ni,nahas kau aku kerjakan!,”marah Nur kepada Faliq sebentar tadi di makmal komputer.

“Apa kes lak ustazah tu marah aku tiba-tiba.Datang bulan ke apa!Aku rasa aku tahu ni kerja siapa.Nanti korang!,”Faliq yang panas membara itu segera pergi mencari dua orang kawan sekelasnya dengan muka yang merah padam.

“Hoi!korang yang cuba raba si Sya tu tadi kan??!!,”jerkah Faliq kepada Hakim dan Mail.

“Errr,mana ada.Kitaorang tak tahu apa-apa,”tergagap-gagap mereka menjawab kerana takutkan Faliq.

“Jangan nak berdalih!aku tahu lah perangai korang tu.Masalahnya sekarang ni yang kau nak buat perkara tak senonoh tu kat tepi aku apahal?!tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa.Memang nak kena korang ni!,”lantas sebuah tumbukan padu hinggap di muka Hakim dan Mail.

Faliq segera beredar selepas berjaya melepaskan marahnya.Dia tidak mempunyai niat untuk menerangkan perkara yang sebenar kerana dia memang sudah biasa dikenali sebagai pelajar jahat di sekolahnya tetapi dia tidak pernah membuat perkara yang keji kepada perempuan.Itu prinsipnya.

Keesokan harinya…..

“Abang!selamat hari lahir!,”jerit Aira ceria kepada abangnya seawal pagi.

“Terima kasih adikku sayang.Ingat Aira ye dengan hari lahir abang.Ni buat abang sayang lebih ni,”Faliq segera mengangkat adik kesayangannya itu yang berusia 11 tahun.

“Mestilah ingat abang.Tapi Aira tak ada hadiah untuk abang.Aira bagi kiss je la ye.Tanda Aira sayang abang,”lantas pipi abangnya dikucup.

“Ini pun dah cukup.Bidadari kecil abang yang comel ni,”Faliq tersenyum lebar melihat keletah Aira yang comel tu.

Faliq dan Aira menuruni tangga untuk ke ruang makan untuk bersarapan sebelum berangkat ke sekolah.Di dalam hatinya tertanya-tanya samada ibu bapanya juga akan mengingati hari lahirnya atau tidak.

“Mak Jah.Mana ibu dan ayah?,”soal Faliq kepada pembantu rumahnya Mak Jah.

“Datuk dengan Datin awal-awal pagi tadi dah keluar.Ada meeting katanya.Tapi Datin ada pesan untuk berikan Faliq duit untuk sambut hari lahir pada hari ini dengan kawan-kawan.Datuk dengan datin juga pesan yang mereka akan balik lewat malam nanti,”jawab Mak Jah sambil menghulurkan duit yang ditinggalkan Datin Ramlah.

“Huh!,”Faliq merengus lalu beredar pergi ke sekolah tanpa mengambil duit tersebut.Kali terakhir ibu dan bapanya menyambut hari lahirnya adalah ketika dia berusia 7 tahun.Setiap hari Faliq menantikan ucapan daripada mereka tetapi hampa.

“Ahh!buat apa aku mengharap sedangkan aku sudah tahu mereka lebih pentingkan bisnes berbanding anak sendiri,”angin Faliq dalam keadaan yang tidak baik pada hari itu.

Di sekolah….

“Faliq.Cikgu disiplin nak jumpa,”Mat Deris memberitahu kepada Faliq.

“Apahal pula cikgu disiplin nak jumpa aku ni.Aku rasa minggu ni aku tak ada buat hal lagi.Heish.Serabut betul la.Aku dah la tengah bad mood ni!,”Faliq dengan muka masamnya menuju ke bilik cikgu disiplin.

“Awak tahu kenapa awak dipanggil ke sini?,”soal Cikgu Rasis selaku cikgu disiplin sekolah.

“Manalah saya tahu,”jawab Faliq endah tak endah.

“Cikgu dapat laporan yang kamu telah cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada salah seorang rakan sekelas kamu semasa di makmal computer tempoh hari.Kamu mengaku atau tidak?!,”suara Cikgu Rasis meninggi.

“Saya tak buat la cikgu!,”nafiku.

“Cukup!saya tak nak dengar pa-apa alasan.Kamu ni Faliq memang pelajar jahat sekolah betul!Tak habis-habis nak buat kes!Cikgu akan menghukum kamu dengan rotan sebanyak 10 kali,”Cikgu Rasis yang kelihatan berang segera mengambil rotannya lalu merotan Faliq.

“Aduh!sakitnya!,”Faliq melihat tapak tangannya yang sudah bengkak dan lebam akibat dirotan untuk perkara yang tidak dilakukannya.”Ini mesti si ustazah tak guna tu yang buat laporan ni!,”gumam Faliq dalam hati.Angin Faliq yang memang tidak baik dari pagi bertambah teruk apabila dirotan.Kebetulan pada ketika itu Faliq melihat Nur di stor sukan.

“Siap kau kali ni ustazah.Dah lama aku sakit hati dengan kau!,”Faliq yang sedang tidak berfikiran waras itu segera menghampiri Nur.

Sekarang….

“Faliq.faliq tak tidur lagi?,”soal Puan Ramlah kepada Faliq.

Faliq yang termenung jauh tadi agak tersentak dengan kehadiran ibunya di dalam biliknya.Tidak perasan sejak bila ibunya berada di situ.

“Belum lagi ibu.Ibu belum tidur lagi?,”soal Faliq pula.

“Belum.Faliq ada masalah ke?Ibu tengok Faliq banyak termenung sekarang ni,”soal Puan Ramlah yang risau melihat anaknya.Puan Ramlah dan Datuk Mazlan sudah banyak berubah sekarang.Tidak lagi seperti dahulu yang hanya sibuk memikirkan soal bisnes sahaja.

“Tak ada apalah ibu.Faliq Cuma teringat kawan-kawan di Mesir sahaja,”dalih Faliq.

“Oh begitu.Kalau mereka balik ke Malaysia,Faliq ajaklah mereka ke rumah,”

“Baiklah ibu,”Faliq menghadiahkan senyuman kepada ibunya.

“Faliq.Ibu nak tanyakan pendapat Faliq tentang sesuatu ni,”

“Apa dia ibu?,”

“Ibu berkenan sangat dengan Nur tu.Kalau boleh ibu nak jadikan dia menantu di rumah kita.Faliq setuju tak?atau faliq sudah ada pilihan?,”Puan Ramlah yang memang sangat sukakan Nur sangat ingin menjadikan Nur sebagai menantunya.

“Faliq….emmm..,”Faliq yang agak terkejut dengan hasrat ibunya tidak tahu apa yang harus di jawabnya.Andai sahaja ibunya tahu kisah silam dia dan Nur.

“Ibu tak paksa Faliq.Kalau Faliq tidak mahu tak mengapa,”

“Faliq bukan tidak suka ibu,Nur memang gadis yang baik.Cuma…..,”berat untuk faliq meneruskan kata-katanya.

“Cuma apa Faliq?,”soal ibunya yang sudah tidak sabar.

“Emm.Dia tak ada orang lain ke?Gadis sebaik dan secantik dia pasti ramai yang menginginkannya.Nak ke dia pada Faliq yang tak seberapa ni,”Faliq terpaksa membuat Nur sebagai alasan bagi menutupi kisah sebenarnya.

“Pasal tu Faliq jangan risau.Nanti ibu suruh Aira tolong siasat dan kalau tak ada ibu dan ayah akan segera merisiknya dengan ibu bapanya.Boleh??,”soal Puan Ramlah yang kelihaan sangat gembira.

“Faliq ikut sahaja keputusan ibu,”akhirnya Faliq memberikan jawapannya walaupun tidak yakin yang Nur akan menerimanya.

Malam itu Faliq tidur dalam keadaan yang agak gelisah.Seawal jam tiga pagi dia bangun untuk menemui kekasihnya.Solat sunat tahajjud dua rakaat dilakukannya dan solat istikharah dilakukannya bagi memohon petunjuk.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu,menitis air mata tatkala merindu,menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan kerana ku tetap yakini Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”.

Kenangan lampau terimbau kembali dalam kotak ingatan Faliq.

“Ahhh!kenapa aku buat macam tu tadi,”sesal Faliq selepas kejadian di stor sukan tadi.

“Aku hanya nak gertak sahaja.Tidak bermaksud untuk membuat apa-apa pada dia,”Faliq seakan dirasuk rasuk amarahnya sehingga melakukan perkara yang di luar kawalannya dan sekarang dia harus menanggung akibatnya.

Semasa dia semakin hampir dengan Nur tadi tiba-tiba kakinya menjadi kaku.Puas cuba digerakkannya tetapi tidak boleh.Faliq sendiri tidak tahu kenapa.Ketika itu dia meliha sepasang mata yang begitu indah dan takut memandangnya.Aku terpesona dengan matanya.Faliq hanya mampu melihat Nur berlari pergi selepas perutnya ditendang.

“Memang patut aku ditendang,”lirih Faliq yang menyesal dengan perbuatannya.
Pada malamnya Faliq menyelinap masuk ke bilik Nur untuk melihat keadaan Nur.Dia merasa bertanggungjawab dan berniat hendak memohon maaf tetapi tidak tahu bagaimana.Ketika dia memasuki bilik Nur tidak ada sesiapa.Bila dia mendengar tombol pintu cuba dibuka dari luar dia segera menyorokkan diri di bawah katil.Tiba-tiba dia mendengar bacaan yang sungguh indah dan menusuk jiwanya.

“Ini bacaan Al-Quran,”gumam hati Faliq.Sudah lama dia tidak pernah mendengarnya sejak kecil lagi.Dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana untuk membaca Al-Quran lagi sekarang.
Bacaan Al-Quran itu datangnya dari Nur yang cuba untuk menenangkan dirinya selepas peristiwa petang tadi.Faliq seakan-akan terpukau dengan bacaan Nur yang sungguh merdu itu.Tiba-tiba ibu Nur memanggilnya keluar.Faliq segera mengambil kesempatan itu untuk keluar mengikut tingkap bilik Nur.Sebelum dia keluar,dia sempat mencapai sebuah diari berwarna biru milik Nur.Faliq ingin lebih mengenali Nur.

Sesampainya di rumah,segera diari kecil itu dibacanya.Dan kerana diari itulah Faliq belajar mengenal Allah dan Islam.Dan kerana diari itulah Faliq mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mengambil keputusan untuk ke sekolah pondok bagi mempelajari ilmu agama tetapi dihalang oleh ibu bapanya lalu dia tekad melarikan diri daripada rumah.


Diari biru itu masih berada dalam pemilikannya sehingga sekarang.Itulah pembakar semangatnya selama ini tidak kira di madrasah mahupun di Al-Azhar,Mesir.Diari milik seorang gadis yang bernama Nur Anshariyah.Gadis yang berjaya membuka mataku untuk mengenali Allah dengan lebih dekat dan meninggalkan perbuatan burukku selama ini.


Bersambung….


p/s:cuba untuk habiskan cerita tetapi tak berjaya lagi..tangan ni asyik nak menambah cerita je..-_____-!!..maaf..harap pembaca tak bosan ye..insyaa-Allah bahagian ke 4 seleapas ini adalah yang terakhir..=)

Comments

Post a Comment

Popular Posts