CERPEN SEINDAH MAHABBAH:BAB 4


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAITUL MUSLIM BAHAGIAN 1


Setahun kemudian…..

Amar sudahpun mendirikan rumahtangga bersama tunangnya dan aku pula semakin menyibukkan diri dengan tugasan ku sebagai pelajar dan juga dengan program-program dakwah.Jadual seharianku sentiasa padat sehingga membuatkan aku tidak mempunyai masa unuk memikirkan soal hati yang pernah terluka dahulu.Benarlah ada kata-kata yang mengatakan “sibukkanlah dirimu dengan melakukan dan memikirka perkara kebaikan kerana dengan itu ia dapat menghindarkan kamu dari memikirkan dan melakukan perkara yang sia-sia”.

Sebelum memulakan hari,aku menadahkan tangan berdoa kepada Allah,




“Akak!,”jerit Aira ceria sambil berlari-lari ke arahku.

“Eh Aira,jangan berlari-lari macam tu.Nanti jatuh macam mana?,”tegurku kerisauan.

“Hehehe.Akak,akak,Aira ada berita gembira ni,”Aira menghampiriku dengan wajah yang sangat ceria.

“Assalamualaikum adik Aira ku sayang.Ye,ada berita apa ni?dari jauh akak dapat nampak aura kegembiraan yang menyilaukan mata,”tawaku kecil mengusik Aira.

“Eh,terlupa pula Aira nak bagi salam.Maaf ye kak.Waalaikumussalam.Haa,Aira kan gembira sangat-sangat sebab abang Aira akan balik dari Mesir hujung minggu ni!,”Aira melonjak-lonjak kegembiraan.

“Abang Aira?Yang mana ye?,”soalku.

“Aira kan ada satu je abang kak.Ingat tak Aira pernah cerita pada akak yang abang Aira yang lari dari rumah kerana ibu bapa Aira tidak setuju dengan permintaannya yang hendak belajar di pondok?,”Aira cuba mengingatkan aku.

“Ohhhhhh,baru akak ingat.Jadi sekarang dia belajar di Mesir dan akan pulang ke Malaysia?,”

“10 markah untuk akak!Aah.Abang Faliq hantar surat menyatakan dia akan pulang pada hujung minggu ini.Alhamdulillah kak.Ibu bapa saya sudah memaakan abang Faliq dan ibu bapa saya juga sudah banyak berubah.Semua atas jasa baik akak juga,”Aira memelukku sambil menitiskan air mata kegembiraan.

“Kenapa pula atas jasa akak?akak tak buat apa-apa pun.Itu semua kuasa Allah untuk memberi hidayah dan membuka hati setiap hamba Nya,”aku sedikit kehairanan.

“Sebenarnya akak,ibu bapa saya sudah banyak berubah sejak saya mula mengubah diri saya.Mungkin kerana mereka telah mendapat pelajaran apabila abang saya meninggalkan rumah maka mereka tidak menghalang saya apabila hendak berubah dan memakai tudung labuh.Jika satu masa dahulu,ibu bapa saya juga jahil seperti saya di masa lalu kak.Segala apa yang akak ajarkan pada saya,perkara yang sama jugalah yang saya kongsikan dengan mereka.Alhamdulillah sekarang kami sekeluarga sudah lebih dekat dengan Nya,”terang Aira kepadaku panjang lebar.

“Subhanallah!Allahuakbar!Alhamdulillah Aira.Akak tak pernah tahu pun yang apa yang akak kongsikan selama ini mampu merubah kehidupan seseorang bahkan lebih ramai lagi.Kuasa Allah Yang Maha Esa.Dia telah mempermudahkan urusan akak dan member hidayah Nya kepada Aira sekeluarga.Alhamdulillah,”tidak henti-hentiku memuji kebesaran Allah yang telah mengubah kehidupan hambaNya.

“Alhamdulillah kak.Sekarang keluarga saya lebih bahagia dan harmoni di bawah lindungan rahmat Nya.Dan akan bertambah kebahagiaan itu apabila abang saya akan pulang.Tak saya sangka kak dia sekarang melanjutkan pelajarannya di Timur Tengah sedangkan dahulu dialah ketua samseng dan pelajar yang jahat di sekolah,”

“Kuasa Allah Yang Maha Besar.Jika Dia ingin memberikan hidayah kepada hambaNya maka tiada apa yang tidak mungkin akan berlaku,”kagum aku mendengar kisah dari Aira itu.

“Benar kak.tapi kita juga perlu mencari hidayah tersebutkan kak.Hidayah bukan untuk ditunggu tetapi dicari,”tambah Aira.

“Na’am.Pandai adik akak ni,”ku usap kepala Aira penuh kasih sayang.

“Berkat tunjuk ajar kak juga.Oh ye akak.Kami akan membuat sedikit kenduri doa selamat pada hari ahad nanti di rumah.Ibu menyuruh saya menjemput akak kerana ibu nakkkk sangat berjumpa dengan akak.Dia kata dia banyak terhutang budi dengan akak yang dah banyak mengajar dan menjaga saya.Akak datang ye,”Aira memujukku.

Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” Hadith riwayat Ibnu Abi Dunya”
Insyaa-Allah akak akan datang.Kebetulan akak tidak ada apa-apa program pada ahad nanti.Akak juga hendak menemui ibu Aira yang dah melahirkan Aira yang merupakan anugerah terindah buat akak sebagai seorang adik yang penyayang dan baik hati,”senyumku.
“Akak ni buat Aira malu la.Akak pun akak yang terbaik buat Aira.Di saat Aira tiada adik beradik di sisi,akak lah keluarga yang terdekat yang Aira ada.Terima kasih kak untuk segala tunjuk ajar akak selama ni,”Aira lantas memelukku.Aku membalas pelukan tersebut dengan hati yang sangat terharu.

Petang ahad……

“Assalamualaikum kak.Aira dah di bawah ni.Akak dah siap?,”soal Aira di dalam telefon.

“Waalaikumussalam.Sudah.Akak sedang turun tangga sekarang.Sekejap lagi akak sampai,”tergesa-gesa aku menuruni tangga.Aira datang menjemputku untuk hadir ke majlis kenduri doa selamat di rumahnya selepas maghrib nanti.

“Subhanallah.Cantiknya akak Aira ni,”puji Aira.

“Akak pakai macam hari biasa sajalah Aira.Aira ni berlebihan memuji akak ni,”laju sahaja jari-jariku mencubit pipi Aira yang comel itu.

“Aaa!akak ni suka sangat cubit pipi Aira.Tahulah comel,”tawanya mengusik.

“Memang comel.Geram!,”balasku bersahaja.Tiba-tiba mataku tertangkap sepasang mata yang sedang memerhatikan gelagat kami.Allah!Segera ku tundukkan pandangan.Aku tidak menyedari kehadiran insan lain di situ.Seorang pemuda yang berkopiah dan berjubah lengkap tampak sungguh alim dan tenang perwatakannya.

“Akak,ni lah abang Faliq.Dia yang drive.Aira tak pandai drive,”Aira memperkenalkan abangnya.

Aku hanya mengangguk tanpa memandang ke wajah Faliq.Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri di kerusi belakang dan hanya bercakap apabila di tanya oleh Aira.Faliq pula langsung tidak bersuara.

Sesampai sahaja di rumah Aira,aku tergamam melihat aku sedang berdiri di hadapan sebuah banglo yang sangat besar dan mewah.Aku tidak pernah tahu bahawa Aira ini anak orang kaya.Katanya ayahnya hanya membuat bisnes kecil-kecilan.Belum sempat aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah,ibu Aira,Puan Ramlah segera memelukku.

“Jadi inilah Nur ye.Cantik.Sejuk mata aunty melihat Nur dengan tudung labuh dan niqab begini.Tak peliklah jika Aira selalu memuji Nur kepada kami,”puji Puan Ramlah sambil mengajak aku untuk masuk ke dalam.

“Aira ini selalu berlebihan memuji saya aunty.Aira ni lagi comel berbanding saya.Mewarisi kecantikan ibunya,”pujiku ikhlas.Puan Ramlah sememangnya tampak lebih muda berbanding usianya.

“Aunty rasaa gembira sangat dapat berjumpa dengan Nur.Terima kasih kerana telah banyak membimbing anak aunty si Aira ni dan sedikit sebanyak telah mengubah aunty dan juga uncle,”

“Allah yang merancangkan semua perkara ini aunty.Saya hanyalah penyampai.Aira juga banyak menbantu saya,”balasku jujur.Kami mula masuk ke dalam bagi melakukan persiapan untuk majlis kenduri nanti.

“Bismillahirrahmanirrahim………………..,”

Allah.Sedap sungguh suara imam yang mengetuai solat maghrib berjemaah tadi.Tajwid dan iramanya benar-benar mengusik jiwa.Hampir sahaja aku menitiskan air mata dengan keindahan bacaan tadi.

“Siapa imam solat maghrib tadi Aira?Sedap sungguh suara dan bacaannya,”soalku kepada Aira.

“Itulah abang Faliq kak,”Aira tersenyum menjawab.

“Ohh…,”.Faliq.Macam pernah aku mendengar nama itu dahulu.Oh!baru aku ingat siapa.Tetapi tak mungkin orang yang sama.Mereka sangat berbeza.Ibarat langit dan bumi.Pasti bukan!

Selesai sahaja majlis pada malam tersebut,aku dan Aira meminta izin untuk balik ke asrama kerana pada keesokan harinya ada kuliah.Ketika aku sedang menanti Aira di kereta,Faliq datang menghampiri.Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain.

“Assalamualaikum Nur,”Faliq menegurku.

“Waalaikumussalam,”pendek aku menjawab tanpa memandangnya kerana tidak selesa.Manalah Aira ni.

“Aira masih belum keluar?,”soalnya.

“Haah,”

“Nur.Nur masih ingat lagi pada saya?Saya Muhammad Faliq.Kelas 4 Rajin?,”soal Faliq.

Terkejut dengan soalan tersebut aku segera memalingkan wajahku melihatnya.

“Allah!”,hanya itu yang terluah.Benar.Itu memang dia!

“Nur,saya….,”belum sempat Faliq meneruskan kata-katanya Aira telahpun sampai.

“Eh,akak dan abang dah sampai.maaf Aira lambat sedikit.Ibu minta bungkus makanan untuk dibawa balik ke asrama,”Aira menerangkan kelambatannya.

“Tak mengapa Aira.Dah mari kita pulang.Akak terasa penat sangat tiba-tiba,”aku segera masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan pulang kami semua hanya mendiamkan diri.Aku berpura-pura memejamkan mata.Sesampai sahaja di asrama aku terus naik ke bilik tanpa menunggu Aira.Selesai menukar pakaian dan mengemas buku-buku untuk kelas pada hari esok aku terus merebahkan badan ke atas katil.Aira yang baru masuk menganggapku telahpun tidur.

Muhammad Faliq.Kenangan lampau kembali menerjah ruang fikiranku……

Bersambung………

Comments

  1. ok, sy bca dri belkang dlu.. :) btw, gud job, ya ukhti!! :)

    ReplyDelete
  2. syukran jiddan ya ukhti..^-^..bertambah semnagat saya dibuatnya..;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts