Sunday, January 15, 2012

cetusan hati

Bila melihat akan perangai dan sikap generasi zaman sekarang yang semakin melupa kan agama dan adab kesopanan aku tertanya-tanya adakah ini bakal-bakal pemimpin Negara akan datang?mereka ini kah yang akan memperjuang kan agama Islam sehingga akhir zaman?akan kah mereka peduli untuk membela agama Islam?

Hati ku terusik dan menjadi sedih.di mana kah agama Islam yang sering disebut oleh kita di mulut tapi perbuatan kita tidak menzahir kan nya.kanak-kanak seusia beberapa tahun pun sudah mula mengikut ajaran dan perbuatan jahiliah akibat ikutan budaya barat.budaya itu yang sangat diagung-agung kan sedang kan agama Islam lebih indah.

Naluri keibuan ku terusik walaupun aku masih muda remaja.adakah anak ku akan tergolong sama seperti mereka-mereka yang sesat dan jahil itu?adakah aku akan dapat melaksana kan tanggungjawab yang sempurna dalam mendidik anak ku kelak?adakah aku akan memiliki seorang pasangan yang dapat membantu aku dalam mengemudi kan bahtera kami kea rah jalan yang diredhai Allah?

Terasa seperti ingin sahaja melarikan diri dari tanggungjawab tapi tuntutan agama supaya kita mengimarah kan dunia dengan menerus kan zuriat tapi aku sesungguh nya takut.takut akan melahir kan zuriat yang berpaling daripada agama Mu Ya Allah.betapa hancur nya hati ku saat itu jika melihat kegagalan diri ku dalam mendidik anak ku sendiri dan yang paling aku kesal kan aku tidak Berjaya memperjuang kan agama Mu.apa yang mampu aku doa kan adalah supaya aku dikurniakan suami dan anak-anak yang berjihad hati dan diri nya dijalan Mu.pelihara lah aku serta darah daging ku dengan nur Mu dan jangan lah sesekali Engkau pesong kan hati kami.biar lah hidup dan mati kami dijalan Mu.

Alunan zikir semakin menghilang dalam kebingitan bunyi-bunyi muzik barat mahupun muzik dari Negara kita sendiri yang menyakit kan telinga dan mengajak kita untuk terus hanyut dalam kesenangan dunia.di mana lagi kita mahu mendengar alunan suci bacaan Al-Quran jika hanya ada bait-bait lagu berlirik kan keseronokan dunia dan tipu daya cinta manusia sahaja yang meniti di bibir-bibir manusia kini.

Semakin lama semakin kurang orang yang mengunjungi rumah-rumah ibadat tapi rumah-rumah syaitan pula yang menjadi tumpuan.di mana hilang nya Islam yang ada pada diri mereka pada masa itu?adakah Islam hanya lah satu title yang kita terpaksa pegang?tidak pernah kah mereka terfikir yang mereka sebenar nya telah dianugerah kan dengan sebaik-baik ajaran dan pegangan sejak mereka dilahir kan?mengapa perlu memaling kan wajah mu?

Lihat lah kembali wahai hamba Allah sekalian.jangan lah kau paling kan wajah mu daripada Allah kerana Allah tidak pernah sekalipun memaling kan wajah nya daripada kita biar pun pada ketika itu kamu sedang melakukan perkara yang dilarang dan sangat dibenci oleh Nya.tapi kamu dengan megah dan tanpa segan silu melaku kan perkara-perkara terlarang tersebut dihadapan Nya.tidak fikir kah kamu apa yang Allah lihat pada diri mu?bila Allah tidak membantu kamu dalam urusan mu di dunia kamu akan salah kan Dia,memaki Nya,berpaling dari Nya,melupakan Nya dan menafikan kewujudan Nya tapi bila kamu tidak mengikut tuntutan Nya pernah kah Dia menyalah kan kamu dan memaki kamu dan membiar kan kamu tanpa belas kasihan?pernah kah Allah menolak taubat daripada hamba Nya walau bergunung dosa yang dibawa nya bersama?pernah kah Allah membiar kan kita keseorangan?pernah kah Allah tidak mendengar setiap keluhan dan penderitaan mu?

Ya Allah jika boleh aku memohon hajat daripada Mu ingin sekali aku memohon supaya Engkau memberikan hidayah kepada setiap hamba Mu supaya tiada seorang pun yang berpaling daripada agama Mu tapi aku tahu ianya adalah mustahil tapi aku tetap akan berdoa semoga Engkau buka kan lah hati-hati yang tertutup itu supaya diberi peluang untuk kembali ke jalan Mu.amin ya rabbala’lamin


No comments:

Post a Comment