Tuesday, January 24, 2012

nur islam part 2

Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.


"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.


"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan

perempuan? Saya tak suka pemisahan -pemisahan macam ni"Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di
sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf
wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila
masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak
perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban danjubahnya serba putih. 

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sos i a l is, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." 

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah
termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa
ini. Tak ada orang lagi orang yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...
Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.


Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun masuk.

"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya ?" 

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang -dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih

khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.


" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam
sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang
kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja


"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di
sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. 

"Ana nak>sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima
jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana "Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.Oh...! keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. 

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ...," kata pelayan itu lagi. 

"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!"bentaknya. Marah campur geram.


"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak
dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital! "

"cerdik sungguh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. 

"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan
edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." 

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. 

"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.
Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot ..

No comments:

Post a Comment