Hadrat Uwais Al-Qarni Radhiyallahu 'Anhu Wa Rahmatullah 'Alaih
HADHRAT Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘Alaih merupakan perintis jalan Uwaisiyah di kalangan Ummat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Beliau hidup di zaman Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tetapi terhalang dari berjumpa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, pertama sekali kerana hal keadaannya mabuk cinta yang mendalam dengan Allah dan kedua kerana menunaikan tanggungjawab kepada ibunya.
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu telah menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan tidak pernah sampai ke Mekah dan Madinah bertemu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu telah membangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang mana seseorang itu boleh menerima limpahan kerohanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sekali telah bersabda kepada Para Sahabatnya,“Ada seorang lelaki di Qaran bernama Uwais yang pada hari kebangkitan nanti akan memberi syafaat kepada sebilangan besar dari kalangan Ummatku sepertimana banyaknya kambing-kambing Rabi’ah dan Mudhar.”
Dalam Hadits yang lain Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya,
“Di kalangan Ummatku ada seorang lelaki yang mana Syafa’atnya akan diterima bagi pihak segolongan manusia yang jumlah bilangannya menyamai bulu-bulu kambing dari kabilah Rabi’ah dan Mudhar.”
Rabi’ah dan Mudhar adalah nama bagi dua kabilah ‘Arab yang memiliki paling banyak kambing dan kibas. Apabila Para Sahabat bertanya tentang ciri-cirinya,Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang mafhumnya,
“Seorang hamba dari kalangan hamba-hamba Allah.”
Para Sahabat berkata,
“Kita semua adalah hamba-hamba Allah. Apakah namanya?”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Uwais Al-Qarani.
Para Sahabat bertanya,
“Di manakah dia?”

“Di Qaran.”
Para Sahabat bertanya,
“Adakah dia telah bertemu denganmu?”

“Tidak dengan mata Jasmaninya tetapi dia telah melihat daku dengan mata Ruhaninya.”
Para Sahabat berkata,
“Seorang kekasih yang sungguh ‘asyik, tetapi mengapa dia tidak menyertai dalam jemaah Para Sahabatmu?”

“Ada dua sebab. Yang pertama adalah kerana Ghalbah Hal (beliau sentiasa dalam Keruhanian yang tinggi sehinggakan dia tidak menyedari segala sesuatu selain Allah Ta’ala). Yang kedua adalah kerana dia menuruti Syari’atku. Ibunya yang beriman adalah terlalu tua dan buta matanya. Dia mengembala unta dan dengan pendapatannya dia menyara ibunya.”
Para Sahabat bertanya,
“Bolehkah kami melihatnya?”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu,
“Kamu tidak akan melihatnya, tetapi ‘Umar dan ‘Ali akan melihatnya. Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan bulu. Pada tapak tangannya dan pada sebelah kiri terdapat satu tanda yang sebesar Dirham yang bukan tanda penyakit sopak. Apabila kamu menemuinya, sampaikan Salam dariku kepadanya dan beritahu padanya agar memohon Doa untuk Ummatku. Di kalangan Para Auliya terdapat Para Atqiya, dia adalah yang terbaik.”
Para Sahabat bertanya,
“Di manakah dapat kami mencarinya?”

“Di Yaman, dia mengembala unta dan bernama Uwais. Kamu patut menuruti jejak langkahnya.”
Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya bahawa Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Aku telah mendengar Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawa, “Uwais Ibni ‘Amir akan datang dengan sejumlah bilangan orang sebanyak kabilah Mudhar di daerah Qaran, seolah-olah dia menghidap penyakit kulit. Dia mempunyai seorang ibu dan sentiasa berkhidmat dengan sepenuh hati kepadanya, dan jika dia meminta sesuatu kepada Allah nescaya dikurniakan kepadanya. Jika kamu bertemunya, mintalah padanya untuk memohon keampunan untukmu.”
Adakalanya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan menghadapkan dirinya ke arah Yaman dan bersabda,
“Aku mencium haruman Cinta.”
Dalam sebuah Hadits Qudsi yang diriwayatkan oleh Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman yang mafhumnya bermaksud,
“Allah, Maha Memiliki Ketinggian dan Yang Maha Perkasa adalah Dia,mengasihi hamba-hambaNya yang sentiasa takutkan Tuhan, ikhlas di dalam hatinya, mereka yang tersembunyi, mereka yang tidak melakukan kesalahan,yang wajah mereka berdebu, yang rambut mereka kusut masai, yang perut mereka kosong, dan seseorang yang jika dia meminta kebenaran untuk masuk menemui pemerintah dia tidak akan dibenarkan, dan jika dia melamar seorang gadis bangsawan permohonannya tidak akan ditunaikan, dan jika dia meninggalkan dunia ini, ia tidak akan merinduinya, dan jika dia keluar dari sesebuah majlis,tiada seorang pun yang akan menyedarinya, dan jika dia jatuh sakit, tiada orang yang akan menziarahinya dan jika dia mati dia tidak akan ditemani hingga ke Kuburnya.”
Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum bertanya,
“Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, bagaimana boleh kami bertemu dengan seseorang yang sedemikian?”

“Uwais Al-Qarani adalah seorang yang sedemikian.”
Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum bertanya kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Dan siapakah Uwais Al-Qarani?”
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Dia adalah seorang yang berkulit gelap, lebar bahunya dan sederhana tingginya. Warna wajahnya hampir sama dengan warnanya tanah. Janggutnya mencecah hingga ke dada. Matanya sentiasa memandang ke bawah pada tempat sujud, dan tangan kanannya berada di atas tangan kirinya. Dia menangis mengenangkan dirinya dengan tangisan yang berlarutan hinggakan bibirnya bengkak. Dia memakai jubah bulu kambing dan amat dikenali pada kalangan penduduk langit. Jika dia membuat suatu perjanjian dengan Nama Allah, dia akan memeliharanya. Di bawah bahu kirinya terdapat satu titik putih. Apabila tibanya Hari Kebangkitan dan diumumkan kepada hamba-hambaNya,
“Masuklah ke dalam Taman Syurga.”
Akan dikatakan kepada Hadhrat Uwais Radhiyallahu 'Anhu,
“Berhenti dan berikan Syafa’at.” Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Memiliki Ketinggian akan mengampunkan manusia sebanyak bilangan penduduk Rabi'ah dan Mudhar. Maka wahai ‘Umar dan ‘Ali, jika kamu dapat mencarinya, mintalah dia memohonkan Syafa’at untuk kamu, maka Allah akan mengampuni kamu.”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawa mafhumnya,
“Uwais Al-Qarani adalah yang terbaik di kalangan Tabi’in dalam pencapaian Ihsan.”
Ketika Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hampir wafat, Para Sahabat telah bertanya kepadanya,
“Kepada siapakah patut kami berikan jubahmu?”

“Uwais Al-Qarani.”
Setelah kewafatan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telah pergi ke Kufah. Sesudah menyampaikan khutbah, Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Wahai orang-orang Najd, hendaklah kamu semua bangun.”
Semua orang menurut. Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu lalu bertanya,
“Adakah sesiapa di kalangan kamu yang berasal dari Qaran?”
Apabila ada yang menjawab “Ya”, Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu pun telah bertanya dengan lebih lanjut maklumat berkenaan Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih. Mereka menjawab,
“Kami tidak kenal dia, walau bagaimanapun terdapat seorang lelaki gila yang begitu terasing dari orang ramai. Dia menjauhkan diri dari orang ramai.”
Apabila Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu bertanya tentang di mana dia sering berada, beliau telah diberitahu bahawa,
“Dia sering mengembala unta di Wadi ‘Urnah. Pada waktu malam dia hanya makan roti kering. Dia tidak pergi ke bandar. Dia tidak bercakap dengan sesiapa pun. Dia tidak makan apa yang orang biasa makan. Dia tidak tahu sedih dan gembira. Bila orang ketawa dia menangis, bila mereka menangis dia ketawa.”
Setelah sepuluh tahun berlalu yang mana Para Sahabat mencari-cari dan bertanya tentang dirinya tetapi masih tidak dapat menemuinya. Pada tahun 21 Hijrah bersamaan 644 Masihi, pada tahun yang sama Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu diangkat menjadi Khalifah yang kedua sesudah kewafatan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sebagai Amirul Mukminin, beliau telah naik ke gunung Jabal Abi Qubais dan menyeru dengan sekuat-kuat suaranya,
“Wahai orang-orang Yaman, adakah sesiapa di sana yang bernama Uwais?”
Seorang lelaki tua dengan janggut yang panjang bingkas bangun dan menjawab,
“Kami tidak tahu siapakah Uwais yang engkau tanyakan, tetapi anak saudaraku bernama Uwais, tetapi dia tidaklah begitu penting untuk ditanyakan tentangnya dan terlalu miskin serta taat bahawa dia juga perlu mencapai pada tingkatanmu. Dia adalah pengembala unta-unta kami dan dia tiada sebarang kedudukan di kalangan orang-orang kami.”
Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu sekali lagi bertanya jika dia mengenali Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih. Lelaki itu menjawab,
“Kenapa kau bertanya tentangnya wahai Amirul Mukminin? Demi Allah,tiada seorang pun di kalangan kami yang lebih cerdik sungguh dan lebih miskin darinya.”
Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu lalu menangis dan berkata kepadanya,
“Adapun kamu yang sebegitu, dia tidak sedemikian. Sesungguhnya daku telah mendengar Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Mereka yang masuk Syurga menerusi Uwais yang akan memohon keampunan untuk mereka adalah mereka yang terdiri dari kabilah Rabi’ah dan Mudhar.”
Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu bertanya kepadanya di manakah dia dapat mencarinya, dan dia telah diberitahu,
“Di atas Gunung ‘Arafat.”
Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma kemudian segera menuju ke ‘Arafat dan ada riwayat yang menyatakan mereka berdua telah pergi ke Wadi ‘Urnah di mana mereka menemui Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih sedang bersolat di bawah sepohon pokok dengan unta-unta berkeliaran mengelilinginya. Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma menghampirinya dan mengucapkan Salam dengan berkata,
Assalamu ‘Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun memendekkan Solatnya dan setelah menyempurnakan Solatnya dia pun menjawab Salam mereka. Mereka bertanya kepadanya,
“Siapakah engkau?”
Dia menjawab,
“Seorang pengembala unta-unta dan seorang yang digajikan untuk bekerja dengan satu puak.”
Mereka, Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma berkata,
“Kami tidak bertanya tentang kerja engkau mengembala ternakan mahupun tentang pekerjaanmu yang makan gaji, tetapi apakah namamu?”
Dia menjawab,
“ ‘Abdullah (Hamba Allah).”

“Kesemua penduduk di Langit dan di Bumi adalah Hamba Allah, tetapi apakah nama yang telah diberikan oleh ibumu?”
Dia menjawab,
“Uwais. Wahai kamu berdua, apakah yang kamu mahu dariku?
Mereka berkata,
“Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sekali telah memberitahu kami berkenaan Uwais Al-Qarani. Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah memberitahu kepada kami tentang sifat warna matanya yang hitam kebiruan dan telah memberitahu kami bahawa dia memiliki satu tanda putih di bawah bahu kirinya. Maka tolonglah tunjukkan kepada kami jika engkau memiliki tanda tersebut, kerana sesungguhnya jika sedemikian engkaulah yang sedang kami cari.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih kemudian mendedahkan bahu kirinya dan mereka telah terlihat satu tanda putih. Mereka kemudian memeluknya dan menciumnya dan berkata,
“Kami mengakui bahawa engkau adalah Uwais Al-Qarani, maka mohonkanlah keampunan untuk kami dan semoga Allah mengampuni kamu.”
Dia menjawab,
“Sedangkan aku tidak dapat mengampuni diriku sendiri apatah lagi seorang pun dari anak Adam. Tetapi terdapat mereka yang berada di daratan dan di lautan orang-orang lelaki dan wanita yang beriman, lelaki dan wanita yang Muslim yang doa-doa mereka terhadap Allah akan dijawab.”
Maka Hadhrat ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma pun berkata,
“Sesungguhnya, inilah dia.”
Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Wahai kamu berdua, kamu tahu tentang diriku dan aku tahu tentang kedudukanku, tetapi siapakah kamu?”
Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu Wa Radhiyallahu ‘Anhu menjawab,
“Ini adalah Hadhrat Amirul Mukminin, ‘Umar Ibni Al-Khattab dan aku adalah ‘Ali Ibni Abi Talib.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun bangun berdiri tegak dan berkata,
“Assalamu ‘Alaikum Ya Amirul Mukminin dan kepadamu wahai ‘Ali, semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalasmu dengan kebaikan untuk Ummat ini.”
Mereka menjawab Salam dan berkata,
“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalasmu dengan segala kebaikanmu.”
Dalam sebuah riwayat yang lain Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
"Unjurkan tangan kananmu.”
Maka Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun mengunjurkan tangannya dan setelah Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu melihat tanda seperti yang telah dikhabarkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu pun mencium tangannya seraya berkata,
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengirimkan Salam kepadamu dan memberikan jubah ini kepadamu dan telah memerintahkan agar dikau berdoa untuk Ummatnya.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
"Engkau adalah lebih layak untuk mendoakan kerana tiadalah kelebihanku mengatasi kamu.”
Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Aku sentiasa melakukan tanggungjawab doa ini, walau bagaimanapun kau perlu patuh kepada arahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam."

“Wahai ‘Umar, fikirkannya baik-baik. Mungkin apa yang ada dalam fikiran Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah orang lain yang selain diriku.”

“Kesemua tanda-tanda yang telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam wujud pada dirimu.”
Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun berkata,
“Berikan kepadaku jubah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, aku akan berdoa.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun mengambil jubah yang telah diwasiatkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu berkata,
“Tunggulah di sini.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pergi tidak berapa jauh dari situ lalu merebahkan dirinya bersujud ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala seraya memohon Doa,
“Ya Allah, daku tidak akan memakai jubah ini selagi Dikau tidak mengampuni kesemua Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. ‘Umar Faruq dan ‘Ali Murtadha telah menyempurnakan tugas mereka dengan menyampaikan jubah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ini."
Lalu kedengaran satu suara yang berkata,
“Kami telah mengampunkan sebilangan dengan kelebihan Syafa’atmu.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun berkata,
“Ya Allah, selagi mana Dikau tidak mengampuni kesemuanya, daku tidak akan memakai jubah ini.”
Suara itu berkata,
“Daku telah mengampuni ribuan.”

“Daku merayu keampunan untuk kesemuanya.”
Keadaan ini berlaku beberapa kali. Setiap kali suara itu mengisytiharkan peningkatan dalam bilangan mereka yang mendapat keampunan menerusi kelebihan Syafa’at Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih. Dalam pada itu Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma sambil bersikap sabar telah datang menghampiri Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku.
Apabila Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu melihat mereka seraya berkata,
“Kenapakah aku tidak mahu memakai jubah ini selagi mana Allah Ta’ala tidak mengampuni kesemua Ummat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu memandang kepada Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu dengan penuh tumpuan dan kerisauan lalu menerima Musyahadah penglihatan Ghaib 18,000 Alam Ruhaniah di bawah kain selimut yang dipakai oleh Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pada ketika itu.
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah ditenggelami dengan perasaan tidak tentu arah lalu berteriak,
“Adakah sesiapa yang yang sanggup untuk menerima tugas Khilafat dengan tukaran sekeping roti?”

“Hanya orang cerdik sungguh yang akan melakukannya. Apakah yang kau bercakap tentang jual dan beli? Tinggalkannya! Sesiapa sahaja yang berkehendak, dia boleh mengambilnya.”
Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun memakai jubah pemberian Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seraya berkata,
“Dengan keberkatan jubah ini dan Syafa’atku, bilangan jumlah Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mendapat keampunan adalah sejumlah bilangan bulu-bulu yang ada pada kambing-kambing Rabi’ah dan Mudhir.”
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu bertanya,
“Wahai Uwais, kenapa kau tidak pergi menemui Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”

“Mungkin kamu telah melihat dahi wajah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Khabarkan padaku tentang kening Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma keduanya tidak dapat menjelaskan tentang kening Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Lalu Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun berkata,
“Adakah kamu Sahabat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?"
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu pun menjawab,
“Sudah tentu.”

“Pada hari gigi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia telah Syahid, mengapakah kamu tidak mensyahidkan gigi kamu sendiri? Cinta memerlukan bukti.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun membuka mulutnya lalu Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma pun melihat bahawa kesemua giginya telah tiada.

“Aku mematahkan gigiku tanpa melihat mulut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Setelah aku mematahkan sebatang gigi, aku tidak berpuas hati. Mungkin gigi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang patah tidak sama dengan yang aku patahkan dalam mulutku. Dengan keadaan ini, daku terus mematahkan gigi-gigiku sehingga kesemuanya telah dipatahkan.”
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma telah mengalami tekanan perasaan yang kuat dan telah mempelajari suatu pengertian baru tentang Cinta dan perhubungan Ruhaniah. Mereka telah mempelajari perhubungan Ruhaniah dari Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih.
Lalu Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Doakanlah untuk diriku.”

“Aku sudahpun berdoa. Kau tidak sepatutnya meminta lebih. Dalam Tasyahud pada setiap kali Solah, aku berdoa: “Ya Allah! Rahmatilah sekelian orang Islam lelaki dan wanita dan ampunilah mereka.” Jika kamu sampai ke Kubur dengan Iman yang baik, maka sudah tentu kau akan mendapat habuan dari doaku. Aku tidak mahu merosakkan doaku."
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Nasihatilah aku.”

“’Umar, adakah kau sudah mengenali Allah Ta’ala?”

“Ya, aku sudah mengenaliNya.”
Lalu Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
"Adalah yang terbaik apabila kau hanya mengenali Allah Ta’ala dan tiada seorang pun selainNya.”

“Katakanlah lagi sesuatu.”

“Allah Ta’ala mengetahui kamu. Adalah yang paling baik ialah selain Allah,tiada seorang jua pun yang mengetahui tentang kamu.”
Kemudian Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata kepada Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu,
“Tempatmu adalah di sini sehingga aku kembali ke Madinah dan semoga Allah Merahmatimu. Kemudian aku akan membawa padamu bantuan dari sebahagian barangan keperluanku dan sebahagian pakaianku. Ini merupakan tempat pertemuan antara engkau dan aku.”
Tetapi Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih menjawab kepadanya,
“Wahai Amirul Mukminin, tidak akan ada sebarang tempat pertemuan yang lain dalam Ilmu Allah di antara engkau dan aku kecuali ini. Maka khabarkanlah padaku, apakah yang patut aku lakukan dengan barangan keperluanmu dan apakah yang patut aku lakukan dengan pakaianmu? Tidakkah kau lihat bahawa aku sedang memakai jubah dan selimut dari bulu kambing, jadi bilakah kamu melihat aku mengoyakkannya? Atau adakah kau lihat kasut yang ku pakai sudah lapuk dan koyak? Bilakah kau lihat aku tidak memakainya? Antara tangan kamu dan tanganku terdapat satu halangan yang tinggi yang tidak dapat dilangkah oleh orang yang berat badannya, maka tinggalkanlah semua perkara ini dan Allah akan memberikan Rahmat ke atasmu."
Apabila Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu mendengarkan perkataan ini,dia memukul tanah dengan tongkatnya dan menjerit dengan sekuat-kuat suaranya,
“Alangkah baiknya jika ‘Umar tidak dilahirkan oleh ibunya dan dia menjadi wanita yang suci.”
Kemudian Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berusaha untuk memberi Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih dengan pemberian wang. Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun mengeluarkan dua Dirham dari koceknya seraya berkata,
“Ini adalah pendapatanku kerana mengembala unta. Jika kau boleh berjanji bahawa Dirham ini akan berkurangan sebelum kematianku, barulah aku akan menerimanya.”
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu dengan jelas tidak dapat menunaikannya, maka Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun menolak pemberiannya.
Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Kamu berdua telah menghadapi berbagai kesulitan untuk sampai kepadaku. Sekarang kembalilah. Qiyamat semakin hampir. Kita akan bertemu pada suatu masa yang tidak akan ada lagi perpisahan. Sekarang ini aku dalam serba salah mengenangkan persediaan untuk menghadapi perjalanan ini.”
Kemudian Hadhrat ‘Umar dan Hadhrat ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma mengucapkan selamat tinggal lalu kembali ke Madinah dengan hati yang amat berat. Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pula kembali mengembala unta-unta dan pulang kepada kabilahnya.
Tidak berapa lama sesudah itu Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun meninggalkan kerjanya sebagai pengembala dan telah menuju ke Kufah di mana dia meneruskan pengabdiannya sehinggalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengambilnya ke sisi HadhratNya.
Sewaktu Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu mendengar yang Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih hendak kembali ke Kufah, dia berkata kepadanya,
“Kemanakah engkau hendak pergi?”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Ke Kufah.”
Kemudian Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu berkata,
“Mahukah ku tuliskan untukmu sepucuk surat kepada Gabenornya?”

“Aku lebih suka berada bersama golongan rakyat yang berada dekat di hatiku."
Setelah Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih menuju ke Kufah, orang ramai mula memberikan penghormatan terhadapnya sehingga ada yang terlalu melebih-lebihkannya, maka dia mengambil keputusan untuk beredar dari Kufah sehingga tiada siapa pun yang dapat menemuinya. Suatu ketika dia pernah ditemui oleh Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih dan menurut suatu riwayat yang lain dia telah ditemui oleh Hadhrat Hiram Bin Hibban Rahmatullah ‘alaih.
Kemudian tiada siapa pun yang melihatnya sehinggalah berlakunya zaman perang di antara Hadhrat ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan Hadhrat Mu’awiyah Radhiyallahu ‘Anhu yang mana Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih telah berperang bagi pihak Hadhrat ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu. Beliau telah Syahid dalam peperangan Siffin.
Semoga Allah meredhainya dan merahmatinya, dan semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kita Taufiq untuk menuruti contoh perjalanan Keruhaniannya dan melimpahkan kita dengan limpahan Faidhznya yang sempurna lagi berkekalan, Amin.

Comments
Post a Comment