jumpa aku di alam barzakh 1

"Hoi, kau jangan buat hal kat sini boleh tak?? Aku buat hal aku, kau buat hal kau. Kubur masing-masing. Kau jaga kubur kau sudah la."
Jerit Kid kepada seorang lelaki tua berkopiah kerana menganggu rutin harian seorang kacang hantu Kampung Sri Damai yang sedang asyik terpekik menyanyi bersama petikan gitar kapak yang di petik oleh Man bersama kawan-kawannya di pondok tepi jalan bersebelahan surau.
Lelaki tua itu datang mengajak mereka untuk berjemaah menunaikan solat fardhu Asar. Lelaki tua itu ditolak oleh Kid kerana menganggu masa bergembira mereka.
Lelaki tua itu jatuh nyaris-nyaris terhempas kepalanya atas batu di bahu jalan.  Lelaki tua itu bangun dan berlalu dari tempat kacang-kacang hantu berlepak terus ke masjid.
"Kid, kau tak patut la tolak orang tua tu, biar jelah dia mahu ceramah, kita buat tak tahu sudahlah," Lan, menegur Kid kerana bersikap keterlaluan terhadap lelaki tua tersebut.
"Ah, aku tak kira! Siapa suruh dia ganggu time kita nak happy-happy," balas Kid dengan nada angkuh.
"Eh, malam ni kita nak lepak mana eh? Aku boring la lepak kat kedai Mak Mah tu, penat aku asyik ngadap muka orang tua tu je," Ajib mencelah tiba-tiba.
"Weh, siapa kata kita dok ngadap muke orang tua tu?  kita tak usha la orang tua tu. Kita usha anak dia la," Lan menyampuk.
"Hah, ni yang buat aku marah ni. Linda tu aku punya la. Ko jangan buat aku panas Lan!" Kid memberikan amaran kepada Lan.
"Ala, kau punya pun aku tak kisah la. Aku dah pernah pegang tangan dia beb. Kau pernah ke?" Lan menaikkan darah Kid lagi.
"Aku dah pernah cium dia la!" Kid membalas tidak mahu kalah.
"Eleh, kau cakap je. Kami tak pernah tengok pon," Lan meyampuk dengan nada mencabar.
"Ok fine, malam ni aku nak korang tengok, aku cium dia depan korang." Kid membalas lagi dengan nada geram.
**********
Sewaktu azan Isyak, mereka menuju ke kedai Mak Mah dengan menunggang motosikal masing-masing. Dalam perjalanan, mereka sempat lagi berlumba.
Tiba di suatu persimpangan, Kid yang menunggang laju dihadapan kawan-kawannya hampir melanggar seseorang yang berjalan kaki. Dia membrek motosikalnya dengan mengejut untuk memarahi orang tersebut. Kawan-kawannya yang di belakang juga turut berhenti.
"Woi, tak reti nak jalan kat tempat lain ke!"Jerit Kid.
Seorang yang berjubah putih bangun dari tempat ia rebah dengan mengusap-usap jubahnya kerana terkena tanah dan rumput bergerak kearah Kid. Kid terkejut kerana lelaki tersebut adalah lelaki tua yang mengajak mereka ke masjid untuk berjemaah Asar yang lalu.
Kid yang melihat wajah lelaki tua itu menjadi lebih marah kerana dua kali lelaki tua itu telah mengganggu aktivitinya.
"Engkau lagi orang tua! Tak habis-habis la ganggu aku! semak betol!" Jerit Kid di hadapan lelaki tua itu.
"Kenapa anak ni bawa moto laju sangat. Boleh tumpangkan pak cik ke surau tak?" Lelaki tua itu bersuara tersekat-sekat kerana menahan sakit akibat jatuh sebentar tadi.
"Hey orang tua! dah la kau ganggu aktiviti aku, sekarang kau nak mintak tumpangkan kau pula? Jalan sendiri la weh! Menyusahkan je la kau ni!." Sinis kata-kata yang Kid hamburkan terhadap lelaki tersebut.
"Alah, sambil-sambil tumpangkan pak cik, bolehlah kita berjemaah sekali di surau."Seloroh lelaki tua tersebut sambil mengajak kacang-kacang hantu kampung Sri Damai ke surau.
"Em, sori la pak cik. Kami banyak kerja nak buat." Ujar Lan. Kid yang bengang dengan seloroh lelaki tua tersebut terus menunggang motornya ke destinasi yang mereka telah rancang Asar tadi. Mereka yang di belakang terus mengejar Kid yang sudah jauh di hadapan.
Sesampainya mereka di kedai Mak Mah, mereka melabuhkan punggung masing-masing di kerusi tempat selalu mereka duduk melepak sambil menganggu Linda yang membantu emaknya melayan pelanggan yang datang ke kedai mereka.
Linda yang sedang menuntut di sekolah menengah di tingkatan 4 hanya membantu emaknya selepas dia siapkan kerja sekolah. Kadang-kadang dia tidak membantu emaknya kerana kerja sekolah yang banyak.
Nasib kacang-kacang hantu ini bertuah kerana malam tersebut Linda membantu emaknya awal kerana tiada kerja sekolah.
Mak Mah yang melihat kehadiarn mereka meminta Linda untuk mengambil pesanan kacang-kacang hantu tersebut. Linda mulanya menolak permintaan emaknya kerana malas melayan kerenah kacang-kacang hantu tersebut.
Setelah beberapa kali menolak, dia terpaksa akur dengan permintaan emaknya kerana emaknya banyak pesanan pelanggan yang perlu disiapkan. Malang buat Linda kerana pekerja yang selalu melayan pelanggan tidak dapat datang kerja kerana sakit perut. 
Dalam perjalanannya ke meja si kacang-kacang hantu itu, sudah kedengaran pelbagai halwa telinga yang begitu sumbang diselangi pula dengan hilai tawa yang menantikan kehadirannya.
"Sayang.. cepat la datang amik order, abang lapar nih.. " jerit Kid yang diselangi gelak ketawa kawan-kawannya. Linda hanya mampu mampu menutup telinga dengan tudung yang dipakainya sahaja.
"Amboi... cantiknya sayang abang malam ni." Tambah Kid lagi seronok dapat mengusik Linda dihadapan rakan-rakannya.
Setelah Linda sampai, Lan mengingatkan kembali tentang cabaran mereka terhadap Kid kerana dia terlalu bongkak menyatakan perkara yang haram berlaku di antara lelaki dan perempuan yang ajnabi bagi seorang lelaki yang belum lafaz akad nikah.
Kid mula panas dengan ayat yang keluar dari mulut Lan. Kawan-kawan mereka juga turut bersuara. Kid mencari waktu untuk menghasilkan cabaran yang di buat oleh kawan-kawannya.
Kebetulan pula Linda bergerak ke arah Kid untuk mengambil pesanan, Kid yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu terus berdiri dan mencium pipi Linda yang putih lagi mulus di hadapan kawan-kawannya.
Linda menjerit, dan terus berlari ke dapur memberitahu Mak Mah. Kid mendapat pujian dari kawan-kawannya kerana telah mengotakan janji.
Dalam keseronokkan mereka bergelak ketawa, Mak Mah datang dari arah dapur ke meja kacang-kacang hantu dengan membawa sebilah parang.
Ajib yang duduk bertentangan arah dapur terlihat kelibat Mak Mah datang ke arah mereka dengan tergesa-gesa sambil menggenggam sebilah parang.
"Woi, Mak Mah dah mengamuk la!" Jerit Ajib.
"Gila, siap dengan parang lagi. Tunggu apa lagi, cabut la." Kid mengajak kawan-kawannya lari dari kedai Mak Mah. Mereka bertempiaran lari dengan menunggang motosikal ke serata pelosok kampung.
Kid yang tidak tahu kemana arah untuk lari bertindak keluar ke jalan raya.
Tiba di persimpangan jalan, Kid membelok ke arah kiri masuk ke jalan raya tanpa memaling ke arah kanan untuk melihat ada kenderaan atau tidak.
"Streeeeeiiikk... Bam..!" Geseran tayar kereta yang membrek secara mengejut memecah hening malam itu.
Bontot motosikal Kid dilanggar dari arah belakang, dan dia tercampak kehadapan sejauh 200 meter.
"Stttrrrreeeeeeiiiikkkkk...." Geseran tayar kereta sekali lagi kedengaran yang hampir melenyek tubuh yang rebah dia atas jalan. Kid dilenyek kereta jenis Toyota Triton 4X4. Keadaan sedikit huru-hara dengan kemalangan tersebut...
bersambung...

Comments

Popular Posts