cara meleraikan nafsu

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melihat seorang wanita, lalu baginda mendatangi Zainab, isteri Baginda yang sedang menyamak kulit miliknya. Kemudian Rasulullah S.A.W memenuhi keinginan Baginda. Setelah itu, Baginda keluar kepada para sahabat, lalu kemudian baginda bersabda:
"Sesungguhnya wanita itu bila dilihat daripada depan dan belakang tampak memikat kerana ada pengaruh Syaitan. Apabila seseorang itu melihat lalu terpikat, maka segeralah pulang untuk menyetubuhi isterinya, kerana itu dapat meleraikan nafsunya." - Hadis riwayat Muslim (no: 1403)
Hadis ini mengisahkan kisah Rasulullah S.A.W di mana pada suatu ketika Baginda terlihat seorang wanita daripada jarak jauh dan kemudian dirinya khuatir (Padahal Baginda ma'sum) terjerumus kepada sesuatu. Baginda sangat kagum melihat wanita tersebut, dan Baginda juga berasa sesuatu yang berbentuk perasaan suka.
Baginda kemudiannya pulang ke rumah dan bertemu isteri baginda Zainab , dan ketika itu isteri Baginda sedang menyamak kulit. Namun, Rasulullah S.A.W tidak bergegas meleraikan nafsunya akan tetapi beliau menunggu sehingga si isteri selesai daripada pekerjaannya. Setelah selesai barulah kedua-duanya memenuhi hajat masing-masing.
Setelah itu Baginda keluar menemui para sahabatnya dan bersabda seperti yang di atas yakni Baginda berusaha untuk menolak dan mencegah munculnya godaan syaitan yang ditujukan padanya.
Hal ini samalah seperti nikah. Mengapa disyariatkan untuk bernikah? Nikah disyariatkan kerana ia merupakan sesuatu yang wajib bagi orang yang memerlukannya, kerana khuatir mereka terjerumus ke lembah zina.
Rasulullah S.A.W tidak melihat wanita tersebut dengan sengaja dan perasaan suka tersebut hanya terlintas secara tidak sengaja.
Oleh sebab itu Allah memerintahkan kaum lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan serta menjaga kemuliaan diri.
Firman Allah: "Katakanlah kepada lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memlihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."
"Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka perlihatkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam..." -An-Nur
Sesungguhnya Syaitan mendatangi kaum lelaki darpada depan dan juga belakang. Jikalau daripada depan Syaitan memperdayakan lelaki pada wajah dan payudara kaum wanita manakala daripada belakang Syaitan memperdayakan kaum lelaki pada pinggul dan kemaluannya.
Syaitan mempunyai pelbagai taktik kotor untuk memperdayakan manusia. Oleh sebab itu kita harus berusaha melawan godaan Syaitan yang sebenarnya akan membawa kepada kehancuran buat kita. Wallahualam.

Comments

Popular Posts